Tuan Rumah
Siapa Aku.
Senja 14 April 1986, di Hospital Sultanah Aminah tempat aku dilahirkan. Diberi nama Mazni Al Irfan, Mazni bermaksud “kesopanan” dan Irfan bermaksud “pendakian”. Nama Mazni adalah nama rasmi untuk semua saudaraku, adalah hasil gabungan nama Majlah Ayup (mama) dan Jani Yunos (abah). Mazni = Majlah+Jani.
Senarai adik beradik.
1. Maznidatul Akmar Syihan bin Jani - di NusaJaya
2. Mazni Al Farhan bin Jani - di MHSE barangkali
3. Mazni Al Irfan bin Jani (aku) - di SangPelangi
4. Mazni Al Zafran bin Jani - di Seoul
5. Mazni Nor Izdihar binti Jani - di KPM Pahang
6. Mazni Al Najian bin Jani - di bawah ketiak mak, SPM
Lima jejaka dan seorang gadis, purata ketinggian tak kurang 1.5 meter mungkin mewarisi “Jin tinggi” Abah (jin: gen) yang keluarganya tinggi belaka.
Di Tadika Al-Arqam, dipanggil “lipan” bukannya Irfan. Kemudian, dipanggil Mazni di sekolah rendah, sehinggakan orang mengatakan itu nama perempuan (walhal Maznah milik wanita). Masuk Tingakatan 1, aku cuba komersilkan “Irfan”. Pernah sekali di satu pertandingan (Sains Kesihatan kalau tak silap), bila namaku disebut untuk mengambil hadiah, hilai seisi dewan bila nama “Mazni Anak Lelaki Irfan” dilaungkan, sedang aku anak Melayu. “AL” tak sepatutnya ditulis sebagai “A/L”.
Sekolah rendah di SK.Pasir Gudang 2 sehingga darjah enam. Bukan budak bijak, dapat 2A untuk UPSR (subjek lain sedih untuk dinyatakan). Masuk ke SMK.Pasir Gudang 1 dengan semangat baru, kawan baru dan kehidupan baru (terasa lebih dewasa, hehe..).
Ketika itu, abah bekerja di MSE Pasir Gudang, pilot kren berstatus supervisor. Pernah jatuh dari kren dan terselamat. Dinasihat doktor mengurangkan kerja berat. Akhirnya, dengan pampasan pencen ilat (pencen atas sebab kesihatan), kami sekeluarga berpindah ke kampung. Kampung Sungai Tongkang, Batu Pahat. (betul-betul bertentangan dengan Masjid Jamek Sg.Tongkang) Mama bertukar sekolah mengajar di SMK.Benut, Pontian. Aku bersekolah di SMK.Rengit belakang Balai Polis.
Menjual goreng pisang di Sekolah Agama paling tak dapat dilupakan. Habis waktu rehat di Sekolah Agama, aku dan adik membantu Abah di gerai, bertapakkan tempat letak basikal. Sempat jua kutuntut ilmu resepi rahsia Abah, “Sambal Jani”, membuat kanak-kanak menjilat jari.
Pernah juga menjual Ayam Golek di depan Wetland, Batu Pahat. Mesin golek buatan tangan Abah, bermodal Rm1000, siap dalam 3 minggu. Membuatku minat pada kejuruteraan setelah melihatkan mesin itu gah berjalan. Tapi, tak sampai seminggu kami berjualan, rupanya Ayam Golek banyak saingan. Biasalah berniaga, macam roda.
Kalau bukan di kampung, di mana lagi untuk aku belajar memegang parang? Menebas semak di kebun sawit Abah di Simpang Renggam. Menggali perigi untuk pam racun pohonan sawit. Memetik pucuk “Tenggek Burung” dibuat ulam, paku pakis dimasak lemak. Cerita kebun sawit tak panjang mana. Dipendekkan lagi, habis separuh kebun terbakar, dek puntung rokok tercampak di tanah gambut oleh entah siapa. (baca: keluargaku bukan perokok).
Kemudian, kami berpindah semula ke Pasir Gudang, mengikut nasihat arwah Atok Aki yang berpendapat pilihan kami di Pasir Gudang. Abah mendapat ilham untuk mengusahakan telefon awam. Alhamdulillah, kehidupan seperti sedia kala. Aku kembali bersekolah di SMKPG1 sehingga tingkatan tiga. Kemudian dengan PMR, aku sambung pula ke MRSM Mersing dengan jurusan Sains Hayat.
Hobi aku 4M. Menulis, melukis, membaca, mendengar.
Melukis : Padaku bukan anugerah atau bakat. Di waktu kecil, pantang ada pertandingan melukis, kami dan Abah mungkin orang pertama tiba. Adik dan abang sering menang. Sedang aku, jangankan habuk nak dibawa pulang. Tapi itu bukan penghalang. Minat itu ibarat parang. Di maktab, aku ketua grafik di badan editorial. Kerja mencorak majalah, buletin, laman dan macam-macam. Kini, baru berjinak dengan perniagaan sambilan, dengan eCoverApple.com merekacipta logo syarikat dan persatuan. Hiasan buku pun tak ketinggalan. Di IrfanReka.com tempat berkongsi rahsia tanpa bayaran.
Membaca : Sejak 8tahun dipaksa Mama menghafal puluhan karangan. Abah pula dengan rotan, suruhku khatam Al-Quran seusia sembilan. Mungkin itu penyemarak minat membaca. Dulu, novel bersiri penyiasatan koleksi kami. Mama dengan bacaan sastera, Abah dengan cerita seram. Bila tiba pesta buku, berbondong-bondong yang Abah beli. Sekarang entah ke mana pergi. Sudah ke Palestin barangkali. Satu tragedi takkan ku lupa, himpunan penuh komik “Dragon Ball” dan “Doraemon” dibakar Abah di halaman. Merengek kanak-kanak perjiranan menagih kasihan, agar buku itu disedekahkan. “Inilah racun pemikiran“, kata Abah ke”macho“an.
Menulis : Mama, seorang guru Bahasa Melayu, Sastera dan Sejarah. Sesekali curi-curi kubaca buku miliknya. Menyusahkan. Di sebelah mesti ada Kamus Dewan. Shahnon Ahmad, Othman Puteh, A. Samad Said penulis pilihan. Waktu cuti takkan bahagia. Jadual penuh dengan derita diatur Mama. Paling seksa, televisyen tak pernah dibuka. Rosak dipanah petir. Hendak dibaiki dikata membazir. Jadi, “Pentas Bangsawan Radio Singapura” adalah hiburan. Kasihan. Di sekolah, sibuk rakan berkongsi cerita drama, “Gaban” ataupun “Satri Baja Hitam”, aku cuma melopong terdiam.
Selepas SPM, aku suka-suka menghantar artikel di ruangan pendapat Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kerap juga tersiar. Artikel “Jangan Perkecil Saintis Muda” yang takkan kulupa. Mendapat maklumbalas dari pembaca. Nanti aku kongsi buat tatapan semua. Ini telah menyemarakkan lagi semangatku untuk menulis. Terkini, tak cukup setahun menyertai Grup Karyawan Luar Negara (atas ajakan Adibah Abdullah), Aku masih perlu banyak belajar lagi cara-cara menulis. Masih tercari-cari identiti dan gaya penulisan sendiri.
Mendengar : Siapa yang tak sukakan muzik. Macam-macam genre yang wujud di muka bumi. Telah kucuba dengarkan semua, tetap nasyid jua yang melekat di hati (selain Rock Kapak). Sejak di Al-Arqam aku sudah dihidangkan dengan nasyid. Hingga ke maktab bergelar penasyid. Nahwan Nur dan The Zikr pilihan utama. Yang terkini pun boleh tahan. Walau lari dari akar umbi, tetap mempunyai satu landasan. Menghibur sambil mendidik. IKIM.fm, kaulah jantung, pengarang hati. hehe..
Kenangan yang tak dapat dilupakan.
Pahit : Ditampar ustaz di khalayak ramai. Enggan ku ulas. Boleh kau baca di entri lepas. (baca di sini)
Manis : Ada banyak. Salah satu, tatkala “Smart Helmet” johan keseluruhan. Panjang kisahnya. Banyak onak dan duri.
Seram : Dinding rumah diserang ribuan ketukkan ngeri. (baca di sini)
Kini aku di Shizuoka. Belajar kejuruteraan Elektronik dan Kawalan (Digital) di Kolej Teknikal Numazu, tajaan JPA. Masih banyak lagi yang perlu ditempuh. Hidup ini cuma berhujung di pintu maut. Atau dunia yang akan kiamat. status: bujang, calon dah ada..mama je yg tak tau.. hehe..
Dikemaskini: 9 September 2007














September 19, 2007 pukul 6:30 am
Salam ramadhan penuh keberkatan.
September 20, 2007 pukul 11:36 pm
selamat menjalani ibadah puasa di nippon..
September 24, 2007 pukul 12:08 pm
Dalam kekelabuan kubaca ayat di celah garisan. huhu. menarik. saya datang dari blog Bluehikari
September 24, 2007 pukul 1:23 pm
Wahaha.. matamu sungguh awas.. memang aku tabek..
Oktober 29, 2007 pukul 1:56 am
salam……
Hai efun, kabare. lama x cntc sht ea..
saja inform maktab ada join pertndgn maxiscyberlink buat projek khdmt msyrkt
ktorg wat pondok wakaf dgn tema 4 musim di jepun…so nak mnta pndgn idea yang bleh ditmbh ke pape je le… g ke website http://kyoutsuu.blogspot.com
projek ni under cguzamzana sy bantu2 mana2yang patut je..
eh lupe plak nak wish ek selamat hari raya aidilfitri…
bagi le idea guano nak hias taman ala2 jepun yek..tq
Oktober 31, 2007 pukul 5:21 am
Owh, maktab ade buat pondok wakaf baru, siap ade tema lagu tu..ape lagi fan, balek Malaysia nnti bawak balik la benih pokok sakura ke, boleh tanam kat sebelah pondok tu nanti.he
Desember 10, 2007 pukul 4:01 am
salam… membaca tulisan irfan ni, mengingatkan cerita saya semasa kecil.. bayak juga persamaannya.. lahir pun 15 april, dah dekat sama tapi tetap tak serupa. Nasyid? Saya memang peminta nasyid. Dapat masuk UPM dan join Nahwan Nur bersama abg Qhalid dll pencetus minat sehinggalah ke FarEAst sekarang. Tahniah. Belajar rajin-rajin. Balik nanti, jadilah penyumbahng kepada dunia islam k…\
tunshy2004@yahoo.com
Januari 15, 2008 pukul 2:57 am
mula2 hati ini berbunga riang…tetapi bila ku terbaca ayat diakhir sekali yg tdk di’hilight’kn…ohhhh!!! tidak!!!! rupa2 nya kau sudah berpunya..huhu.. terlepas peluang ku..huwaa…
Januari 15, 2008 pukul 1:43 pm
uik? ape kene bizarre ni? tak paham..
Januari 15, 2008 pukul 2:18 pm
ntah…sy pon xpaham ape yg dituliskan..huhu..
Januari 24, 2008 pukul 12:36 am
salam….waduh2…dia sudah salah orang la…saya bukan shah reza…tp shahreza :P….tp saya knal la shah reza d jepun tuh…hummm…heheh
Januari 24, 2008 pukul 1:02 pm
salam..
ehhe. sebenarnya main lompat2.. tibe2 terjatuh kat sini pulak ;p
salam ta’aruf akh irfan!
-kagum. kagum.. belajar di Jepun tuuu~
^_____^
Februari 5, 2008 pukul 8:56 am
nak baca ayat-ayat cinta online?
http://harieshandoyo.wordpress.com/download/
Februari 5, 2008 pukul 9:12 am
# reza :
TERmalu.. hahaha.. takpe2.. dapat kawan baru.. hehe..
# qurrah :
salam. lompat dari mane tu Qurrah? selamat datang ya? tak sangka la umur kamu 16 tahun. Penulisan matang.
# Bayan :
A2C dalam PDF? cetakan dengan izin ke? Bila plak A2C bukak lesen utk open read PDF?
Februari 7, 2008 pukul 10:53 am
Terima kasih sudah mengunjungi bahtera saya…
Kenapa statusnya dicetak kabur?????
Februari 7, 2008 pukul 11:17 am
Bimbang kalau-kalau ibu baca… hihihi
Februari 12, 2008 pukul 1:00 am
hajime maste..
atau sepatut yang perlu Salam..
rasa ‘cool’ baca blog alirfan saat hati gundah gulana
honto ni arigato ghuzaimasu!
Februari 25, 2008 pukul 8:53 am
Sang pelangi ni selalu saya lihat di teratak nurani,kan? ke saya silap..?
Februari 25, 2008 pukul 10:58 am
Aslkm…….punya hobi yg mirip sama2 hehehe
salam kenal kawan.
Februari 26, 2008 pukul 7:59 am
Salam, tuan rumah. Izinkan hamba linkkan blog tuan hamba ini di blog hamba.
Maret 3, 2008 pukul 2:42 pm
salam kenal aja neh…
Maret 4, 2008 pukul 2:09 am
ternyata ada Sang Pelangi disini… maaf baru saja kutemukan, salam kenal
Maret 23, 2008 pukul 2:09 pm
assalamualaikum…sebenarnya secara tak sengaja terbuka blog ni selepas cube merelease tension selepas penat menghadap buku animal structure…huhu..esok test..terharu bile bace pengalaman awak yang lepas-lepas…whateverpun gud luck!!dan teruslah menulis….
April 3, 2008 pukul 5:19 am
hye……mmg seorang yg suke berborak n menulis….
tgk introduce ni pon da tau hehehehe
nway…..nice 2 read ur site….
daaaa
April 3, 2008 pukul 4:56 pm
Salam…
Aku cuma nak ucapkan syabas sebab kau cuba terapkan bahasa Indonesia (bahasa serumpun dalam laman ni)…
Tapi kalau kau berjaya untuk menjadikan laman ini 100% bahasa Melayu, itu aku lebih - lebih sanjung… (situs web dalam bahasa Melayu laman sesawang)
Cuba - cubalah komersialkan…
p/s: Ko minat berniaga rupanya? Boleh kongsi pengalaman… Shukran…