Cabaran Za’ba
Projek Cabaran Za’ba.
Pengenalan Za’ba. sila klik di sini
Pengenalan Projek
Projek ini bertujuan memupuk kesedaran orang ramai tentang keutamaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selain menambah minat kepada sesiapa sahaja untuk mendalaminya. Usaha ini perlu diteruskan untuk mengekalkan penggunaannya sehingga generasi akan datang dan mengelakkan ia pupus dek ditelan arus globalisasi yang kian memuncak.
Perkembangan teknologi maklumat semakin pesat. Terlalu banyak blog yang sudah wujud di dalam ruang maya ini. Atas kesempatan ini, marilah sama-sama kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita yang kian kelam ditelan zaman. Ayuh kawan-kawan.
Cara Menyertai:
1. Tulis sebuah cerita, luahan pendapat, perasaan atau apa sahaja dengan sesuka hati anda dengan menggunakan Bahasa Melayu.
2. Salin kod Setem Za’ba di bawah, dan tampalkan di dalam ruang HTML pada blog anda di muka hadapan.
| <p align=”center”><a href=”http://sangpelangi.wordpress.com/projek-terkini/cabaran-zaba/” target=”_blank”> <img hspace=”0″ src=”http://sangpelangi.files.wordpress.com/2007/01/setemzaba.gif” border=”0″ /></a></p> |
3. Setelah memaparkan Setem Za’ba, masukkan alamat blog dan tajuk artikel anda di dalam ruang komen untuk pengesahan. Formatnya <Nama Peserta> selang <www.URLanda.com> selang <tajuk artikel>.
4. Alamat blog anda akan dipaparkan dalam senaraian peserta Cabaran Za’ba.
Syarat Penyertaan:
1. Mempunyai sebuah blog persendirian (bukan jenis perkongsian).
2. Berusaha untuk menulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya (satu atau lebih artikel..
3. Elakkan singkatan ejaan (atau bahasa SMS). Berdasarkan format DBP, letakkan simbol ” ” - Untuk perbualan pasar, ataupun formal, Gelap - Untuk bahasa slanga/pasar, Condong - Untuk bahasa selain Bahasa Melayu (cadangan dari Ubie79)
4. Usaha menulis dalam bahasa Melayu perlulah secara berterusan dan tidak “hanya melepaskan batuk di tangga”.
5. Artikel adalah asli dan tidak dicetak rompak daripada mana-mana bahan lain.
6. Anda akan terkeluar daripada senarai ahli Projek Cabaran Za’ba sekiranya tidak mematuhi syarat ini.
Senarai Peserta:
1.Irfan Jani, http://SangPelangi.wordpress.com/ (..nak buat artikel baru..)
2. Adibah Abdullah, http://ummuhurayrah.blogspot.com/ (Aisyah Zaatiyah Mencari Cinta)
3. Norziati MR, http://www.norziati.blogspot.com/ (Merancang)
4. Azhar Ahmad, http://www.azharahmad.com/blog/ (Penangan Asyura)
5. http://heartless.wordpress.com/ (..dalam proses pembikinan..)
6.
7.
8.
9.














Januari 26, 2007 pukul 11:12 am
hahahahha, saya dah mula sejak saya ditegur oleh adik saya. Hummm, saya rasa adalah lebih manis dan berperisa jika, mengikut format DBP.
” ” - Untuk perbualan pasar, ataupun formal
Gelap - Untuk bahasa slanga/pasar
Condong - Untuk Bahasa Inggersi
Januari 26, 2007 pukul 11:53 am
idea bagus!! jom la join ubie, blog ko pun byk english tu, skali skala tulis BM.. jom2..
Januari 26, 2007 pukul 8:12 pm
err.. salam.. aku x dijemput ke? (kucing belang aku 99.999% bahase mlayu yg sgt cantik dan berseni) - tobak riakk -

Januari 30, 2007 pukul 10:42 am
Terima kasih kerana menjemput.
Saya akan siapka artikelnya yang sesuai…
Februari 8, 2007 pukul 6:31 am
menarik..
emm..
Maret 30, 2007 pukul 5:59 pm
akupon nak masuk..hehehe
Mei 18, 2007 pukul 12:06 am
Salam,
Cabaran ni masih dibuka lagi ke?
kalau masih ,buleh tumpang sekaki?
Juni 6, 2007 pukul 3:11 pm
tarikh tutup cabaran?
Juni 30, 2007 pukul 7:39 pm
blog aku layak tak?
Sang Kelana http://soffone.blogspot.com semua artikel berbahasa malaysia melayu
Juli 1, 2007 pukul 4:22 am
baru ke sini
Nopember 9, 2007 pukul 4:45 am
Adeh. Aku baru tahu tentang projek kau yang ini. Nanti aku promosi di blog StudioMuslim.