Kenangan Hari Lahir: Doa yang dimakbul Tuhan.
April 14, 2008Selepas mesyuarat BWP, jam sudah menunjukkan 1 pagi. Sambil berjalan pulang, dada sentiasa terhantuk-hantuk. Kaki melangkah terketar-ketar. Bukan lembaga tak berkepala yang jadi igauan, atau Senjata Sakti bahan mainan. Tapi pada bala yang bakal kunjung tiba.
Lagak gayaku bak perisik upahan. Lima tapak ke depan, ku toleh kiri dan kanan. Aku menapak penuh cermat, jangankan semut mati terlenyek, kuman pun belum tentu hilang riwayat. Aku cukup yakin, gerakan aku tak dikesan mereka.
Aspura sunyi (baca: Asrama Putera) sambil cengkerik bersiul-siulan. Ahh.. jantung tidak keruan, walau itu yang jadi harapan. Mana mungkin jam satu malam tak semeriah siang. Satu-persatu anak tangga didaki.
Tatkala kaki mencium tangga terakhir, Baca entri selengkapnya »
Ditulis oleh alirfan













