Siri Dialog Kritikal #1.

Februari 16, 2008

Wong Fei Hung (identiti dirahsiakan), mengulum sekeping Oreo penuh ke dalam rongga mulut. Mendongakkan kepala sambil menghirup Tongkat Ali. Kelihatan tulang-tulang rahang di bahagian dagu bergerak-gerak. Rasa nikmat terserlah di wajahnya.

“Kau percaya hidup selepas mati?” dengan mulut yang masih penuh.

Aku mengangguk, sambil meniru aksi Wong. Terasa bahagianya duduk bersila sambil menikmati setiap zarah-zarah Oreo bersatu dengan pelarut Tongkat Ali di dalam mulut.

“Tapi kita punya alam lain. Tak hidup semula ke dunia nyata.” tak menyempat aku menelan seluruh sebatian itu.

“Ha’ah. Sebab tu kita Buddhist mesti buat baik. Nanti hidup kemudian jadi lebih baik.”

“Wah. Untung-untung, boleh jadi Bill Gates lah kau nanti, fuhh..”

Wallaweh.. kalau betul jadi Bill Gates, aku cari cucu cicit kau belanja pergi Disneyland.”

Hahahaha.. ketawa kami menghentam ruang sepi.

Tok.. Tok.. Tok..

Dinding bilik diketuk orang sebelah. Sebagai isyarat menyuruh diam. Maklumlah, sudah 3 pagi. Lagipun ini minggu peperiksaan. Orang Jepun menelaah sakan, kami sibuk dengan cawan. Baca entri selengkapnya »