Nota dari Korea #2
Maret 18, 2008Bila melawat sesuatu tempat, aku akan selalu memerhatikan sistem perancangan bandar di kawasan itu. Dari segi cara pembangunan masyarakat dan susur galur sistem pengurusan manusia, kita bisa mem‘baca’ strategi pemikiran rakyatnya. Setiap kemudahan yang diberikan, pasti akan ada pro dan kontranya tersendiri.
Kita sedia maklum bahawa kemajuan pembangunan di negara-negara besar pasti akan meninggalkan kesan buruk. Salah satunya, kadar jurang kemiskinan akan bertambah. Golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin semakin miskin. Suasana serupa berlaku di Korea. Walau bagaimanapun, tindakan Korea mengatasi masalah ini dirasakan lebih bijak di mana undang-undang untuk menjaja di jalanan kelihatan longgar.

Di mana saja ada orang menjaja. Sekali pandang, suasana tak tumpah seperti di tanah air sendiri (Stesen Masjid Jamek atau Pasar Seni). Pada pandangan kamu, adakah menjaja itu suatu yang menyakitkan mata terutama di bandar besar? Pada saya, ia patut digalakkan. Cuma, sebaik-baiknya kerajaan menyediakan prasarana yang lebih cantik dan bersih untuk mereka yang ingin menjaja. (aku sedaya upaya untuk tidak mengatakan Seoul sebuah bandar yang agak kotor. Cuma ia lebih bersih berbanding KL).
Update: Tindakan MB Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menghapuskan kompaun menjaja pada kaca mataku, punya hikmahnya tersendiri. Kita tunggu dan lihat kesannya nanti. Baca entri selengkapnya »
Ditulis oleh alirfan













