Atok Aki Bertarung dengan Ular Laut
April 28, 2007Tempoh bacaan: 15 minit untuk pembaca pantas.
Tahun kejadian: masa aku Tingkatan Dua. (aku lahir tahun 1986)
——————————————————————————
Jam menunjukkan 2.30 petang.
Sebentar aku lalai dengan “dunia” ku yang satu lagi itu. Macam biasa, aku dengan makanan ruji ku, “Red Alert: Tiberian Sun”, hasil pemberian Pak Mahid sempena pembelian PC dengan PERKESO Abah. Tak sedar sudah 1 jam aku menghadapnya sedari pulang dari sekolah.
“Jangan lupa, Abah ko lambat balik hari ni, Ko kene jalan kaki..”, peringatan atok selepas kenyang dengan santapan. Santai benar dia bersandarkan kerusi kegemarannya.
“Aaa?? Alaa… Kalau tau awal, tak de la terperuk kat depan PC tadi..”, aku mengeluh, agak kesal nada itu.
Aku mencapai tuala. Berlari ke bilik mandi. Cuma 5 minit sahaja prosesnya. Mengapa? Jangan tak tahu, gosok gigi, sabun, syampu, bilas.. kesemuanya serentak menjadi satu. Itulah aku. Bukannya mandi yang semacam kerbau itu, tapi “mandi kerbau” yang bersabun dan bersyampu.
Aku ke beranda, terus duduk di anak tangga. Terkocoh-kocoh mengikat tali untuk “Pallas”, kasut rasmi ke kelas agama.
Tiba-tiba.
“Nnnggg……”
Berdesing telinga kiri aku tak semena-mena.
“Eh, ada orang meninggal agaknya di belah kiri ni..”, bermonolog sendirian. Biasalah, cakap orang-orang tua, cuma prasangka tiada fakta. Banyak sungguh petua orang tua, ada yang benar jangan taksub padanya. Ada yang salah, jangan dientengkan pemikiran mereka.
Siap semua. Tak sabar rasanya ke kelas Cikgu Salbiah. Sejak pagi aku tertunggu-tunggu, menanti subjek kegemaran ramai di kelas agama. (subjek “munakahat” hari Selasa,hehe..).
Sambil memandang Casio di lengan kiri. Telinga ini reaktif kembali.
“SSSSsssst….”
Sesuatu bunyi seakan berdesir seperti suara kentutan lembut. Secara automatik, kepala ini terpusing 40 darjah. Mata ini terceruk ke sudut meja. Baca entri selengkapnya »
Ditulis oleh alirfan













