Nostalgia Pizza “Love” untuk Mama.
Mei 10, 2007Semalam selepas menyiapkan laporan makmal, aku meniarap di atas katil. Cuma beralas selimut berlapiskan *futon (tilam ala Doraemon), melepaskan penat dan lelah. Cukup sejuk ditolak anginan Fuji yang sepelaung jaraknya.
Aku merasakan diri ini, tiba-tiba di alam lain. Sekelilingku tiada apa. Sesekali aku menjerit, melantun-lantun bunyi itu berbalik. Aku di dalam sebuah bangunan kosong. Sepertinya aku ada misi yang perlu diselesaikan, tapi tak terungkap di alam realiti. Aku tau aku perlu lakukan sesuatu, tapi tak ketahuan apa kerjanya.
Aku berjalan ke arah tangga luas. Sungguh mewah buatannya. Berlantai marmar, berkilat, bersinar dipantul cahaya mentari dari atas bumbung. Pegangan tangga dari kayuan jati. Terasa janggal diriku di tengah istana megah. Sangat asing.
Aku menapak setingkat anak tangga. Tiba-tiba, langkah ini terhenti sejenak. Baca entri selengkapnya »
Ditulis oleh alirfan













