My Mini City: Perang SEO bermula.

Baiklah. Walaupun sibuk dengan kerja-kerja makmal, aku masih sempat menyelongkar ilmu-ilmu yang tidak pernah diajarkan di dalam kelas terutamanya di luar bidang pengajianku. Tentu sekali, bidang SEO yang menjadi kegilaan aku sejak aku mengenal dunia internet (selain grafik).

SEO, atau dikenali sebagai Search Engine Optimization adalah sebuah sistem yang dicipta oleh manusia untuk menstrukturkan penyusunan laman-laman web di dalam ruang maya. Bidang SEO sangat luas lingkup ilmunya. SEO sememangnya amat penting untuk menjuarai dalam persaingan dengan beribu-ribu laman web yang sama kategorinya di dunia maya ini.

Sebagai contoh, Kamal mempunyai sebuah laman web berkaitan ‘fishing’. Di dalam senaraian Google, terdapat 156 juta buah laman web yang mempunyai tema yang serupa. Dan sudah pasti laman web Kamal terletak dalam senarai paling belakang kerana masih terlalu baru dan perlu bersaing dengan syarikat-syarikat besar lain yang sudah lama menapak dalam dunia internet ini sejak tahun bertahun. Jadi, apakah yang perlu Kamal lakukan untuk mendapatkan pengunjung yang ramai dan semestinya berkualiti?

Semalam, aku dicabar oleh rakan seperjuanganku, Faiz, untuk bertanding siapakah yang lebih ‘kacak’ dalam kemahiran SEO. Medan pertempuran kami adalah di sini, MyMiniCity (ini adalah bandar aku). (aku rahsiakan bandar milik Faiz. Haha.. )

Beginilah rupa bandar ciptaanku sejak 5 jam dirasmikan. (populasi : 51)

Laman MyMiniCity ini bagi aku, bukanlah sebuah laman sekadar untuk suka-suka. Peserta perlu menarik trafik untuk meningkatkan populasi. Bila meningkat populasi, maka bertambahlah aktiviti dalam sesebuah bandar yang kita cipta sendiri. Kemudian pendapatan dalam bandar itu akan meningkat.

Uniknya MyMiniCity, mereka cuma akan mengambil kira satu alamat IP pengunjung sebagai satu bilangan populasi untuk satu hari. Sebanyak mana pun laman itu di’refresh‘ (tekan F5) oleh seorang pengunjung yang sama, ia masih dikira sebagai 1 populasi dalam sehari. Jadi, di sinilah cabarannya.

Usaha keras adalah terletak pada teknik. Teknik menarik trafik pengunjung memerlukan latihan dan pembacaan yang sangat luas. Sudah beratus ringgit sebenarnya aku menghabiskan wang saku semata-mata untuk menguasai ilmu ini (kerana harga ebook bernilai puluhan dolar amerika).

Tip untuk blogger:

Jika anda seorang blogger, dan anda menaip “nama-blog-anda.com” di enjin carian, sudah pastinya anda berbangga kerana berada di tempat yang pertama. Tapi, maaf jika aku katakan, itu sebenarnya satu tindakan yang bodoh kurang bijak.

Menarik trafik bukanlah dari “nama laman web” semata-mata, tapi pengisian yang menjadi tulangnya. Jadi, inilah salah satu sebab mengapa aku sering menasihati rakan-rakan blogger untuk melupakan bahasa SMS dalam mempersembahkan luahan diri. Mengapa? Cuba anda fikirkan, jika anda ingin mencari maklumat tentang “pasar malam” misalnya, adakah anda menulis “psr mlm” di Google/Yahoo/MSN? Semestinya tidak, bukan? Jadi, Fikir-fikirkanlah.

Update TERKINI:

1) Mei 1, 0310 = Aku meletakkan “backlink” di lubuk rahsia sejak 5jam selepas dilancarkan. Populasi : 51, Pendapatan : 7650, Kedudukan: tangga ke 1877. (Kemudahan pengangkutan sudah dibuka).

2) Mei 2, 1202 = Aku menanam tiga video di Youtube dan Metacafe untuk menarik trafik ke dummy URL. Ternyata gagal kerana pengaktifan bilangan penonton sekurang-kurangnya memakan masa 3 hari. Populasi : 102, Pendapatan : 9302, kedudukan: tangga ke 1023 (Kadar menganggur bertambah, jadi aku menambahkan keberatan industri.) - Faiz masih tak berganjak.

3) Mei 2, 2312 = Aku mula aplikasikan pembelajaran JAVA di dalam kelas dengan menggunakan redirect ke laman-laman proxy (anonymous IP ). Gagal. Kelemahan, pengoperasian JAVA sangat lembap. Aku mula menulis dalam skrip PHP untuk auto-refresh terhadap laman aku (disembunyikan di belakang iframe) melalui beberapa proxy terpilih. - Faiz dah mula melancarkan strateginya. Dari populasi 6 meletup ke 132 dalam masa 3 jam.

4) Mei 3, 0302 = Entah kenapa, tiba-tiba aku menggunakan Alexa Rank Booster dan ping laman aku dari beratus-ratus senarai proxy (majoriti dari Seoul dan Hong Kong). Dah kemaruk trafik agaknya aku ni. Tiada perubahan drastik dikesan. Populasi aku : 125, Populasi Faiz : 211. Faiz memotong.

5) Mei 3, 0315 = Populasi aku : 184, Populasi Faiz : 304. Aku makan asap. Aku mencari kupon pengiklanan Yahoo yang berbayar, untuk trafik dari Amerika dan Canada. Sudah mula berkira-kira untuk mengaku kalah. Hahaha..

16 Tanggapan ke “My Mini City: Perang SEO bermula.”

  1. FarEast Berkata:

    Siot..ade port lubok backlink. Takpe2..aku bagi handicap 100 population kat ko memandangkan esok aku ade exam. lek2…aku tak letak name city aku kat sini…hehe

  2. FarEast Berkata:

    Hallo..Waa..ade lubok backlink upenye..siot..takpe2 aku bagi handicap 100 population. Pastu, jgn nangis la kalau keciciran…keh..keh.. :-D
    Takpe2 aku tak letak nama city aku kat sini. Ingat wei..seminggu..sape punye population lagi tinggi die memenangi percutian tido di bilik sendiri..<–tak lawak

  3. selipar jepun Berkata:

    aik? irfan pun main juga ka? Oh.. rupanya ada ilmu di sebalik game ni.. baru kutahu..

  4. inda Berkata:

    naruhodo……….

  5. aliff Berkata:

    best gak nih!

  6. FarEast Berkata:

    Hoi2…dah 145 nampak..ini dah lebih dari handicap..siot, aku tido kejap jek dah naek menggile.OoOoO..ade lubok backlink upenye. siot,, jage2..gua start kejaar haaa..

  7. FarEast Berkata:

    Apsal tanggapan (komen) aku tak keluar???

  8. alirfan Berkata:

    oi Faiz.. siot ko.. apsal ko power gile ah???
    Menggila naik population ko dalam 3,4 jam…
    Tabek spring gile… penat aku fikir ape skill ko pakai..

  9. alirfan Berkata:

    Woi2… ini dah lebih.. dari 5 population.. dalam beberapa jam je ko dah naik..

    Update Terkini:
    Irfan 163 — VS — Faiz 136

  10. aku muhammad hilmi Berkata:

    Syoq gak aku tgk hampa dua org..
    Dua2 aku dah lawat blog.
    Aku tggu result nanti.. hehehe
    Good luck ahh..

  11. catzer Berkata:

    aiyak kan best kalau den ada masa nak main “seo” ni..kekekeke

  12. alirfan Berkata:

    # aku muhammad hilmi :
    Huhu.. ternyata Faiz memang power la hilmi..

    # catzer :
    Kepada rakan-rakan, boleh lawat blog Catz untuk maklumat lanjut pasal SEO. Memang lubuk SEO blog die tuh.. hhihihi..

  13. rashid Berkata:

    “Menarik trafik bukanlah dari “nama laman web” semata-mata, tapi pengisian yang menjadi tulangnya”.. terimakasih atas maklumat ni.. mungkin boleh diperjelaskan lagi.

  14. alirfan Berkata:

    # rashid :
    Jika nama blog awak, “CariKerja.com” misalnya, trafik akan datang dari pelawat yang menaip kata kunci “Cari Kerja” di enjin carian. Ini kerana nama domain (.com/.net) adalah aspek yang turut diutamakan dalam senarai susun atur web di Google.

    Tapi, itu masih belum cukup. Oleh itu, pengisian laman web itu juga mestilah berkualiti dan unik (selari dengan nama laman web). Pengisian maksud saya, adalah isi kandungan teks/visual/audio yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan ‘nama laman web’.

    Jadi, pengisian/(isi kandungan) adalah sangat penting seperti pentingnya ‘tulang’ pada tubuh manusia. Google akan merangkak keseluruhan laman anda dengan mengesan beberapa patah perkataan yang sepadan dengan kata kunci yang ditaip di Google.

    Err.. faham tak eh? maaf kalau berserabut sedikit.

  15. anego Berkata:

    ni macam command and conquer gak ke?

  16. en_me Berkata:

    ahaha, me dah lamer x main simcity gittewww..

Tinggalkan Balasan