Sajak dari ibu: Pencarian yang Ketiadaan Noktah
Semalam, semasa aku menelefon ibundaku, Ama, aku diperdengarkan sebuah sajak bertema ketuhanan. Sajak ini ditulis ibunda sewaktu pulang dari mengerjakan haji 2006. Jadi, atas keizinan ibunda, aku mempersembahkan, Pencarian yang Ketiadaan Noktah untuk lauk santapan rohani kalian.
Penghayatan sajak ini, memerlukan penelitian pada teknik pembacaan. Jadi, aku cadangkan kalian mengawal intonasi demaklasi berpandukan tanda baca di setiap akhir ayat-ayat dan bait-bait.
Selamat menjamu rohanimu dengan penuh selera.

Pencarian yang Ketiadaan Noktah.
Di sini..
Siapa pun bisa sebak,
membawa segala keresahan cinta.
Dan di sinilah..
sesekali sendirian di tengah manusia, mencari
dalam segala kerendahan hati.
Di sini..
sesekali ada yang resah,
menunggu dengan gelisah.
Bagai pencari yang bimbang.
Bagai musafir yang malang.
Ruang luas tak mungkin aman dan selamat.
Berilah aku aman di perutMu yang sejuk.
Di marmar lembut hamparan permaidani,
merangkup segala duka bahagia.
Keamanan terasa.
Lari dari kelelahan.
Lari dari keresahan.
Dalam penyerahan,
sebak di dada adalah cinta padaNya.
Haru rasa adalah kasih rindu padaNya.
Di sini..
Aku kesepian.
Aku dalam pencarian.
Aku dalam kesetiaan,
di lautan manusia, siapalah aku????
MencariMu melaluiNya
Akukah itu di tengah manusia sebak dada,
kerana cinta padaNya
Di manakah kau tika itu…?
Di sini..
Aku tak bisa lama,
Sampai saat dan ketika senja menggulung jua,
lalu kubiarkan detik berputar.
Masa beredar,tapi..
ketiadaan noktah.
Ya Allah..
Aku ini hambaMu.
Rumah ini rumahMu.
Kau mudahkanlah segala urusanku.
Hanya nikmatMu jua hanya rehdhaMu jua,
tambah-tambahkanlah keredhaanMu itu padaku.
Baikkanlah kepulanganku.
Datangku bukan yang terakhir,
atau gantikanlah syurga untukku.
Amin..
Ya Rabbil Alamin.
Majlah bte Ayup
12 Januari 2007














April 25, 2008 pukul 4:49 am
doakan aku bisa menjejak tanah haram ini.
April 26, 2008 pukul 4:03 am
semoga di mana sahaja kita berada, akan sentiasa di bawah lindunganNya.
dan semoga apa sahaja yang kita lakukan diberi petunjuk dan memperoleh redhanya.
April 27, 2008 pukul 1:53 am
tak sabarnya nak menginjak kaki bermukim di lokasi sajak tu ditulis.
semoga perancangan kita semua untuk ke sana menjadi nyata. Insya Allah.
April 27, 2008 pukul 3:30 pm
InsyaAllah..bila la agaknya aku akan sampai ke sana.. InsyaAllah andai diizinkan olehNya..