Harga sebuah kekuatan diri.
“Omae bakka,” (kau bodoh!!) herdik Funada Sensei.
“Lupakan hasrat untuk ke Universiti Toyama dan Fukui. Kau tak layak,” entah sejak bila dia menjadi seorang pelabel.
“Omae bakka da yo. Shitteru kai?” (Kau memang bodohlah. Tahu tak?)
Aku diam menunduk sambil jelingan tajam menembak lantai.
“Hoi. Hoi. Kiite iru kai omae? Ha?” (kau dengar tak ni?) sambil jari-jari Funada Sensei mencucuk-cucuk bahuku. Matanya kemerahan; bak kata juniorku, seperti orang kemabukan arak.
Ugh. Mujur bahu yang ditunjal-tunjal. Kalau dahiku yang jadi mainan, entah mungkin tunggang terbalik gerobok di depan ni agaknya. (istighfar)
“Hait,” ringkas aku menjawab.
******
“Abah ingatkan ‘stainless steel‘ ni keras, tahan karat. Cair juga bila ditempa,” kata keramat Abah ini sering bergelendangan memecah gegendang. Kalimah ini juga yang sering menjadi tangkal bila mengharung das-das tembakan Funada Sensei.
Sejak akhir-akhir ni, Abah sudah pandai bermain sastera. Kata-kata Abah sangat maha berselirat maknanya. Bermalam-malam ayat ini menghantui waktu tidurku. Ketika itu juga, terbayang sejarah silamku yang pernah hitam dengan gelombang dugaan. Terima kasih, Abah. Jantungku kini berombak tenang memecah pantaian hati.
*****
Aku dikerah menulis semula (baca: tulisan tangan) sebanyak 100 keping kertas laporan kajian makmal senior terdahulu setiap 3 hari. Aku juga dipaksa menyapu sampah, mengemas makmal keseorangan. Sedangkan dua rakan Jepun yang lain tidak. Sambil aku mengemas itu, cemuhan Funada Sensei bertubi-tubi memancah hati sehingga sebati menjadi makanan ruji.
Funada Sensei memang terkenal dengan panas barannya. Habis semua orang disumpah seranahkan. Menurut rakan kelas, semuanya berpunca dari kajian makmalnya yang tidak diangkat hadiah Nobel berberapa tahun yang lepas. Perangai Funada Sensei sama sekali sudah berubah. Aku masih ingat lagi laporan makmal Takahiro-san yang dicampak dari tingkat empat. Puncanya tidak menulis kesimpulan eksperimen dengan betul.
Cerita aku dibuli Funada Sensei telah sampai ke telinga Aoki-san, seorang pustakawan yang kini dinaikkan pangkat ke bahagian pengurusan pejabat kolej. Aoki-san sebagai seorang yang rapat dengan pihak pengurusan telah meminta pendapat ketua jabatanku tentang kebolehan menukar makmal.
“Muridesu (tak mungkin boleh). Suka atau tidak, Irfan-san perlu berusaha. Dia tiada pilihan lain, semua kuota makmal telah dipenuhi,” Aoki-san membawa khabar berita dari bilik makmal Nagasawa Sensei, Ketua Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kawalan.
*****
Untuk pengetahuan kalian, aku, Sasaki-san dan Kawafune-san sama-sama merasai kuah sumpahnya itu setiap hari. Makmal Funada Sensei memang kosong sehingga sampailah giliran kami bertiga dikehendaki membuat pilihan. Makmal Funada Sensei adalah pilihan kami yang terakhir setelah semua makmal menjadi rebutan.
Kajian kami bertiga tahun ini, adalah berkaitan dengan bangunan anti-gempa. Kami masing-masing dikehendaki mengeluarkan satu idea untuk mencipta satu kaedah struktur cerucuk yang fleksibel. Kami juga dikehendaki mencipta satu kit elektronik yang mengawal pemalar spring gergasi dan penyerap hentakan gempa untuk bangunan di Jepun secara automatik.
Kami juga dikehendaki mencari rahsia keutuhan Gojunoto, sebuah bangunan pagoda lama yang sampai sekarang gah berdiri walau diserang gempa bumi. Maka, ilmu kejuruteraan mekanikal itu nantinya sedikit demi sedikit diserap dalam ilmu digital. (Arkhh.. Aku fikir, mereka patut kaji Masjid Kobe dan Masjid Banda Acheh jika ingin menilai kekuatan sesebuah bangunan itu.)
“Gempa Tokai” yang datang setiap 100 tahun sekali memang sangat ditakuti oleh Jepun. Jadi, kajian kami adalah bersempena projek “Tokai Zero” yang menyasarkan tiada satu bangunan pun yang akan tumbang jika Gempa Tokai melanda Jepun akan datang. Hasil projek ini akan dibentangkan di hadapan khalayak umum di lebih tiga simposium dan sekolah-sekolah di sekitar Numazu,Shizuoka. Jadi, kami perlu membina sebuah model persembahan yang mudah difahami oleh kanak-kanak kendatipun.
Jadi, semua ini adalah bernilai sumpah seranah yang mesti aku bayar. Hasilnya nanti, mudah-mudahan aku menjadi seorang yang lebih keras dan tahan karat seperti Stainless Steel.
P/S: Mahu merasai hidup di negara yang punya kadar bunuh diri paling tinggi di dunia? Marilah ke sini.














April 21, 2008 pukul 1:32 pm
Gambare senpai~!insya allah boleh lepas….
tpi,mmg xdpt nak nafikan,blaja kat sini mmg tensen…….. X.x
April 21, 2008 pukul 1:53 pm
irfan gambatte ne! =)
April 21, 2008 pukul 2:58 pm
mak aiii..
kasar gila sensei ko..
apa2 pon, ganbare..ops, silap…GANBAROU!!!…
salam dari kisarazu..
April 22, 2008 pukul 1:11 am
gambatte kudasaiiiiiiiiiii !
April 22, 2008 pukul 6:59 am
oo yeahh..nihon da yo!!
gambarou ya!!
April 22, 2008 pukul 12:38 pm
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya irfan! berusahalah! semoga di permudahkan Allah swt.
April 22, 2008 pukul 1:40 pm
sensei tu psycho jgk ek. sabor je la cik abang. kita ni masih dalam proses menjadi pemimpin. kena cemuh ni baru sebahagian daripada cabaran menuju puncak alam.
April 23, 2008 pukul 8:24 am
psycho nye sensei tu… cuak2
mesti munculnye sang pelangi lepas hujan tu nanti
ganbatte kudasai!
April 23, 2008 pukul 11:17 am
Haha..lek ar..gelak2 sudeh~ sedih tu sedih ar gak kene maki2.. klo tak kene maki,tak Jepun ar.. haha.. aku pon masuk kenkyu empe.. tapi tu ar..saikin empe baik lak.. tapi orang jepun ni senang sgt berubah.. hari ni garang gila,esok kang baik plak.. hari ni baik,jgn plak sangka esok baik lagi.. hahaha.. kita sama2 ar gambaro.. daigaku ukaru youni.. tte iuka, sotsugyo dekiru youni.. haha.. tapi mmg ar.. tension dok jepun doh..lagi2 dok kosen keliling sume nihongjin.. tapi tu ar penting nye berkawan.. ah..malas nk mengarut lagi.. haha..
April 24, 2008 pukul 4:25 am
Ish2…kasehan engko..
patotla nko kebizian kebelakangan ini..
eh, jepon mmg camtu ke aaa?
siot jek sensei tu..kalau die tunjal dahi ko, ape ko buat agak2nye ek?
hehe
April 25, 2008 pukul 4:42 am
irfan,
1. Ini sudah aku lalui dulu. Subjek Crimina Law. Sama macam yang kau rasa. Tapi aku tahu kau kuat. Boleh sekental besi. Tuhan ada, minta dan merayu kpd dia. hati Funada Sensei hanya Tuhan yang boleh tentukan. Tuhan, Allah yang punya maha kehebatan.
2. Lupakan Fukui. University itu bermasalah dgn pljr Malaysia. 3 rakan aku tidak balik grad kerana sentimen pelajar asia terutamanya Malaysia. nagaoka gidai dou?
3. Boleh hubungi aku? ym, skype, via konferensi video malam pun tak apa. emel di atas.
April 26, 2008 pukul 11:07 am
Mak aiii..memacam ko kene ek dengan ko punye sensei. Takpe. Itula dugaan seorang pelajar.
April 26, 2008 pukul 1:04 pm
uiks, cabaran nih. anyway, sabar fan
April 26, 2008 pukul 6:28 pm
hush!!! dasyat btul… tp,
1)apa yg kita xsuka, mungkin yg terbaik utk kita.
2)Allah x kan uji hmbaNya melebihi kemampuannya..
3)Stp kesusahan psti ada kesenangan…
April 27, 2008 pukul 5:53 am
salam
irfan
tahun ni mmg dugaan kita nak kena tempuh sotsuken kan..setahun..nak kena mengadap sensei tu maybe tiap2 hari..aku pon sama,dpt sensei yg aku tak pilih..awal2 dtg lps cuti aritu mmg serabut gila ar aku pikir..bdk2 kls aku suma ckp aku zannen dpt sensei tu..suma suruh aku bersabar..cuak doh dgr..rasa mcm tak mampu nak tempuh hidup setahun lagi kat sini..dgn nak pikir daigaku nya lagi..mmg serabut ar..tapi tu la,kita ada Dia yg Maha Berkuasa kan..merayu la kat Dia..Dia yang boleh tentukan segalanya..semoga hati ang tenang n dipermudahkan segala urusan..insyaAllah..hope aku pon boleh setabah ang..
April 28, 2008 pukul 11:41 am
kagum denganmu,
tabahkan semangat,
menghadapi dugaan.
April 30, 2008 pukul 12:38 pm
huwa….
lama x dtg kat si pelangi ni….
banyak post dh rupanya..
huhuhuu….mcm biasa….
semua best n suspence tu….
kna cari waktu nk explore semua ni….
aik…byk komen dr negara serantau (indo) yek…
hum….en.epan dh melebarkan sayap kat sini ek…hua3….^^