Kenangan Hari Lahir: Doa yang dimakbul Tuhan.

Selepas mesyuarat BWP, jam sudah menunjukkan 1 pagi. Sambil berjalan pulang, dada sentiasa terhantuk-hantuk. Kaki melangkah terketar-ketar. Bukan lembaga tak berkepala yang jadi igauan, atau Senjata Sakti bahan mainan. Tapi pada bala yang bakal kunjung tiba.

Lagak gayaku bak perisik upahan. Lima tapak ke depan, ku toleh kiri dan kanan. Aku menapak penuh cermat, jangankan semut mati terlenyek, kuman pun belum tentu hilang riwayat. Aku cukup yakin, gerakan aku tak dikesan mereka.

Aspura sunyi (baca: Asrama Putera) sambil cengkerik bersiul-siulan. Ahh.. jantung tidak keruan, walau itu yang jadi harapan. Mana mungkin jam satu malam tak semeriah siang. Satu-persatu anak tangga didaki.

Tatkala kaki mencium tangga terakhir,

Hiiaarghhhh!!! Happy Birthday, * Encik Kacang !!”,

Aku disergah. Terkujat. Tuhan saja yang tahu bumi mana isi perutku gugur. Melihat satu-persatu wajah mereka, bersama ’senyum jahat’ yang.. Arkh.. sinis sekali. Sambil tangan masing-masing mengendong bantal.

Aku pasrah. Lalu melabuhkan tubuhku di atas katil, sambil ku balut kepala dengan bantal untuk keselamatan. Berlapis-lapis bajuku sarung tebal. Semuanya untuk menyerap hentakan. Bilik aku kini dipenuhi jejaka-jejaka bernafsu buas. (baca: asrama di maktabku sistem sebilik 4 katil)

Ready?” Wak Kang, ketua aras. Dia yang paling bersungguh-sungguh.

Aku tarik nafas dalam-dalam.

“Jangan main kepala, ha. OK. Ready, kataku sambil tangan menakup bantal atas kepala.

“Yahh… Semoga murah rezki.” Gedebuk.

“Semoga panjang umur.” Gedebuk.

“Semoga dapat apa dicita.” Gedebuk.

“Semoga….” Gedebuk. Gedebuk. Gedebuk (darab seribu).

Ketika itu suara mereka ditenggelami bunyi-bunyi pukulan bantal. Mula-mula, seorang demi seorang yang memukul tubuhku. Kemudian, upacara itu kian hangat. Ditambah hilai tawa rakan-rakan yang lain. Lantai bilik seperti hendak meruntuh.

Aku tak tahan. Walau mata terbuka, cuma hitam yang ku lihat. Kepala berpusing-pusing. Dek kerana tak sanggup menahan pening, aku masih mampu berteriak,

“Ya Allah, aku mohon Kau hantarkan Wak Juki ke mari!”

Tidak semena-mena, selang beberapa saat saja, kedengaran jauh satu bunyi libasan yang menakutkan.

ZASSS… ZASS… ZASS…

Ya.. Itulah bunyi isyarat kedatangan dia. Hero penyelamat. Kedatangan warden aspura, Cikgu Marzuki (atau digelar kami Wak Juki) tepat pada waktunya. Seorang demi seorang longlai bila punggung dicalar rotan. Sekelip mata, suasana jadi sunyi. Saki-baki rakan-rakan pembantai berdesup menyembunyikan diri. Di bawah katil saja termuat tiga orang. Di balik pintu, dua orang. Paling memelikkan, gerobok besi terpenuh empat orang.

“Sudah, sudah. Jangan ingat saya bodoh. Keluar semua dari bilik ni. Kita roll call. Kalau tak cukup orang, siaplah”

Alhamdulillah, aku menarik nafas lega. Malam itu, detik 14 April takkan mudah dilupa orang. Malam di mana seramai 90 pelajar lelaki ber’jalan itik’ berulang alik berkali-kali. Kira-kira setengah kilometer jaraknya mungkin. Semua orang merasai ‘hadiah’ itu kecuali aku, birthday boy yang tersenyum sinis di sebelah Wak Juki.

“Wah. ‘Keramat’ betul tarikh lahir kau ni. Hahaha.. “, gelak Encem, jalan bercangkung sambil kedua tangan memegang kepala. Setelah itu, masing-masing pulang ke bilik. Dengan kaki terkengkang-kengkang, peha kebas bak ditanggung beban. Pengalaman itu tak mudah dilupakan.

P/S: Tak perlu ucapkan aku selamat hari lahir. Kerana aku khuatir bila saat tibanya hari lahirmu, aku tidak melakukan sepertimu. Aku tiada masa untuk menghafal tarikh lahir orang, walau kawan rapatku sendiri. Entah kenapa.

10 Tanggapan ke “Kenangan Hari Lahir: Doa yang dimakbul Tuhan.”

  1. selipar jepun Berkata:

    Haha kesian. Pillow fight tu memang tradisi budak emaresem ke? kt tmpt aku cmpk ke kolam, lg sadis beb. weh, bwp tu ape? badan wabak penyakit ke? kikiki gurau je irfan.

  2. zinnirah Berkata:

    hmmm..tak paham diorang buat apa…kena pukul ke?cam dasat je…..huhu…nasib baik warden datang…

  3. anakjohor Berkata:

    haha…aku ingat lagi brader irfan nie,wak kang,jejan sume..tyme tue aku form 1…and wak juki a.k.a Cg Marzuki tue cikgu homeroom aku!batch f5 pastue da hampeh da

  4. kechik Berkata:

    kt aspuri plak time bday aku..ak diikat kt ampai…huhuhuhu..diconteng muke ngn water color…marlisa n the geng nyer plan…..tp..xda penyelamat pun dtg….ustzh ishqi xdtg…

  5. alan baik sangat sebut ulang2 8kali sehari Berkata:

    tanjobi omedeto..

  6. misoshiru Berkata:

    Macam ni la budak2 hostel..huh..tapi best juga bila kenang balik benda2 cenggini…

    Ingatan terhadap seorang teman itu bukan hanya pada ungkapan selamat hari lahir, tapi,ingatan itu lebih utuh dan lebih bermakna bilamana kita mengingati sahabat2 kita dalam doa setiap hari.. :)

  7. anego Berkata:

    P/S: Tak perlu ucapkan aku selamat hari lahir. Kerana aku khuatir bila saat tibanya hari lahirmu, aku tidak melakukan sepertimu. Aku tiada masa untuk menghafal tarikh lahir orang, walau kawan rapatku sendiri. Entah kenapa.

    dewasa dah adik anego ni.
    gambatte neh!

  8. Miza Berkata:

    erm… sian ko… huhu… aku pun kena gak… tapi perempuan style lain sket…
    habis dicurahnya bedak kat aku… berbotol2… kebtlan ada housemate ku yang hari lahirnya awak 3 hari dariku… pun kena jgk…

    semoga diberkati Allah sentiasa… Amin…

  9. sis reen Berkata:

    rindu pada kenangan di mrsm kian menebal!

  10. ramzy0 Berkata:

    wahh, aku bace skali lagi, klakar la post nih. hua x3

Tinggalkan Balasan