Sebetulnya, tajuk yang ingin ditulis adalah “Kes Sufiah : Media (Barat) Punya Agenda Tersembunyi“. Tapi, memandangkan tajuk itu berbunyi sedikit radikal, mungkin akan membuatkan persepsi pembaca tertumpu kepada artikel ilmiah. (biasalah, segolongan kita agak alergi dengan perkataan “ilmiah” itu.)
Entri aku kali ini sama sekali bukan untuk mengupaskan isu berkenaan kes Sufiah. Jadinya, tak perlu menuding jari kepada sesiapa. Tak perlu mencari gajah di seberang sungai sana. Kita sudah mendengar segalanya dari pihak media kita, (itupun dicelup/diterjemah dari media barat) dan segala macam wahana.
Apa yang ingin aku utarakan, adalah budaya kita yang lebih cenderung menyerap segala isu dengan mentah.
Aku masih teringat, tatkala aku membelek bingkisan Harakah seusia dua belas, aku dimarah guru. (baca: aku bukan penggiat politik). Guru kata aku membazir duit membeli itu. Aku dituduh tidak berjiwa politik. “Baik baca buku UPSR tu lagi bagus,” tengking guru. Katanya aku terlalu muda untuk membaca semua itu.
Sekarang, orang kita dah tak baca isu dari sebelah pihak saja. Semua jenis akhbar laku keras. Kalau dulu Utusan, B.Harian, TheStar jadi pilihan, sekarang ada lagi lakar tinta dari pihak yang satu lagi. Tiada lagi alasan kebimbangan pemikiran yang mudah diracun. Sebetulnya silap pembaca yang “buta mata”.
Kalau ada antara kalian jenis manusia yang membaca dari satu sumber, bolehkah aku klasifikasikan anda seorang prejudis? Prejudis bermakna tidak adil. Tidak prejudis, simbolnya adalah Yang Tuan Arif. Sedang Tuan Arif perlu mendengar hujah pendakwa dan peguambela, begitu juga dengan diri anda.
Oh, sudah jauh aku melalut. Baiklah, mari kita membaca tulisan dari ahli keluarga Sufiah pula.
Misconception 1: All the Yusof children were taught via Farooq’s “accelerated learning methods” — a tortuous regime involving studying in the freezing cold, punishments for answering questions incorrectly, and “stretching and breathing exercises”.
Actually, Farooq wasn’t even responsible for the majority of the teaching! For most of the Yusof children’s early life, Halimahton was practically a single parent as Farooq was in prison (having been convicted of mortgage fraud) or on the run for six years — he only returned to the household when Iskander, the youngest at the time, was seven years old. By this stage, the Yusof children were already prodigies and were also anything from three to seven years ahead in most academic subjects, in spite of the fact that they spent most of their time engaged in less bookish activities (such as tennis or playing with other children).
April 11, 2008 pukul 4:33 pm
peristiwa ini memang pahit. namun, ia sebenarnya suatu pengajaran… bagi sesiapa yg mahu menggunakan mata, telinga & minda. wallahu’alam.
April 15, 2008 pukul 1:23 pm
futsu no ninggen ni suginai.. kadang tersilap.. biasalah tu.. just kene ada orang ingat kan dia balik kembali ke jalan benar.. tapi ape2 pun.. Allah berkuasa bagi hidayah kat sapa2 yg Dia nak,n Dia berkuasa gak sesatkan sape2 yg Dia nak.. wallahualam..