Pengetua aku ditangkap rasuah.
Semalam beberapa orang junior yang baru tiba dari Malaysia mendapat sekeping surat rasmi dari pihak pentadbir. Surat itu juga dipaparkan dalam laman rasmi kampus kami di sini.
Ia berbunyi:
Seperti yang semua maklum, pengetua kita telah ditahan atas dakwaan rasuah, adalah sesuatu yang paling memalukan. Kami (sangat) memohon maaf atas kerisaun yang timbul di pihak anda semua.
Mendapat kerjasama penuh dari pihak err.. (macam BPR) sambil menunggu laporan penuh, segala aktiviti pembelajaran di kalangan pelajar tidak akan memberi kesan.
Kepada semua penuntut dan ibu bapa penjaga, kami secepat mungkin akan memaklumkan kepada anda semua jika terdapat sebarang berita.
Insiden ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada jentera pendidik di seluruh Jepun khususnya para sensei di kampus aku.

Inilah dia wajah pengetua aku itu, Ooshima Sensei
.

Sidang akhbar. Sebelah kanan tu sensei aku. Hihi..
Berita lanjut di sini, di sini, dan di sini. Laman yang aku bawakan tadi menggunakan bahasa Jepun. Jangan lupa aplikasikan perisian ini.
P/S: Ditangkap kerana disyaki rasuah saja sudah dianggap kesalahan membunuh. Itu baru saja disyaki. Di Malaysia entah macam mana pula keadaannya.














April 7, 2008 pukul 8:43 am
macam2 leh jadi skang. dunia akhir zaman..
ya Allah, mintak jauh suma tuh…
April 7, 2008 pukul 9:41 am
ooshima tu dh nk dekat2 nama kosen aku tu bahaya ni ..
aku dpt kocho baru taun ni .. kocho lama dh bersara .. ii kocho datta ..
April 7, 2008 pukul 3:30 pm
wah, mana-mana pun ada masalah inikan
April 8, 2008 pukul 4:51 am
tangkap-tangkapan aja ya…pikiran mereka..
trima kch
April 8, 2008 pukul 8:42 am
Di malaysia di sorok2 lagi
April 8, 2008 pukul 10:09 am
Ada adegan hara kiri tak…
April 8, 2008 pukul 1:22 pm
erm, kat malaysia ni namanya negara islam tp pendekatan utk membanteras rasuah tidak islamik pun…
rasuah merupakan gejala yang perlu dibendung hingga ke peringkat akar umbi…
April 9, 2008 pukul 12:26 am
rasuah….
pernah tanya sorang sensei kat u dulu,
kenapa x practice? kenapa nak mengajar?,
jawapan yang saya dapat: sebb nak jauhkan diri dari rasuah!
p/s: En. Wan Burhanuddin - gengki deska?
April 9, 2008 pukul 4:23 pm
Ooshima nie bukan ke “pulau besar”?