Nota dari Korea #1
Sudah hampir beberapa minggu SangPelangi tidak tersentuh. Baru saja kembali dari Seoul, Korea, bertemu dengan adikku, Zafran, di sana. Banyak yang dapat ku pelajari tentang kehidupan Korea di sana. Kami berlima Anuar,Azizol, Nizam, Hazwan dan aku.
Korea sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Apabila kita menyebut tentang ‘Korea’, yang dirujuk adalah Korea Selatan dimana negara itulah yang lebih terkenal dengan pelancongannya; sedangkan Korea Utara telah memutuskan hubungannya dengan dunia luar dengan menumpukan aktiviti ketenteraan. Api cita-cita mereka untuk memerangi Korea Selatan tidak pernah malap, membalas dendam ekoran sejarah silam mereka yang lebih berfahaman Komunis.

Menurut Fakhrul dan Ghani (sahabat Zafran), jika ingin melawat Korea, pelancong harus membuat pilihan sama ada untuk melawat Korea Utara ataupun Korea Selatan. Jika memilih bahagian Utara, maka kita dinasihatkan tidak melawat bahagian Selatan atau sebaliknya. Jika kita ingin melawat kedua-duanya, urusan kemasukan akan dihalang oleh prosedur dan protokol-protokol yang agak ketat dan sangat mencemaskan. Mungkin kerana kebimbangan mereka terhadap perisik-perisik perang bertopengkan pelancong asing yang diupah oleh salah satu negara.
Walaupun Korea Selatan mengejar pembangunan, persiapan untuk menghadapi Korea Utara tetap tidak dilupakan. Remaja Korea pada umur sekitar 18 tahun akan diserap masuk ke latihan khidmat negara yang berorientasikan latihan ketenteraan. Remaja Korea akan diajar menggunakan senapang, meriam dan pelbagai senjata api. (Zafran memberi contoh rakan sekelasnya yang dulu kebudak-budakan, lebih berfikiran matang selepas mengikuti program ini)
Ketika kedatangan kami, hubungan kedua buah negara ini masih lagi bergolak.
Korean Air yang membawa kami dari Nagoya mengambil masa 2 jam 30 minit untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Seoul. Pertama kali menjejak di bumi Seoul, aku sudah melihat beberapa kelainan yang aku rasakan sangat unik dalam diri mereka.
Berbeza dengan negara lain (Singapura dan Jepun contohnya), kedatangan kami kali ini disambut oleh anggota kawalan yang tidak bersenjata api walaupun negara Korea sebuah negara ketenteraan.


“Nanti, kalau Ifan masuk Juhachol (keretapi), ada satu bau pelik”, kata-kata Zafran beberapa hari sebelum aku berlepas, ternyata benar. Orang Korea berbau bawang putih. Jika pertama kali berhadapan dengan situasi ini, mungkin ada yang boleh pengsan ataupun paling kurang berasa tidak senang dengan bau itu. Menurut Ghani, bau itu berpunca dari makanan Kimchi yang menjadi lauk utama orang Korea yang berteraskan sayuran peram dan bawang.

Aku melihat sekeliling. Agak terkejut, begitu ramai gadis-gadis Korea yang cantik dan bermata besar. Rata-rata mereka seperti bintang artis yang selalu dipaparkan dalam drama mereka. “Wah, awek-awek Korea ni bermata bulat la..” Anuar mengungkap kata. “Ah, pembedahan plastik semua tu”, bersahaja Fakhrul menjawab. Terbalalak biji mata kami.

Rupa-rupanya, hampir 80% gadis di Korea melakukan pembedahan plastik untuk membulatkan biji mata. Lagi 20% adalah kumpulan gadis pedalaman yang kurang terdedah pada fesyen terkini, termasuk yang semulajadi hasil perkahwinan kacuk dengan warga asing; juga yang kurang berkemampuan untuk melakukannya. Trend membedah mata semakin menjadi-jadi sehinggakan ibu bapa sanggup menawarkan pembedahan mata sebagai hadiah untuk anak gadis mereka yang berjaya dalam pelajarannya dan berjaya masuk ke universiti. Ada yang sanggup ke China jika tidak berkemampuan kerana kos pembedahan di sana jauh lebih murah.














Maret 14, 2008 pukul 7:53 am
oooo…dasat gak no awek korea ni
hmm…
awek jepun pon sama ka?
Maret 14, 2008 pukul 2:26 pm
Wah..segei.Bulat-bulat gitu matanya sik….InsyaAllah,setiap ciptaanNya pasti tersirat hikmat dariNya.Bersyukurlah kita andai dikurniakan kulit sawo matang,khususnya orang melayu walaupun seringkali kita ingin meniru dan menginginkan kulit putih seleput.Islam itu indah,dan penilaian Allah itu bukan pada paras rupa,namun pada kadaran taqwa dalam diri seseorang insan.Bilal,seorang yang agak hitam kulitnya,namun sangat mulia kerna keislamannya yang begitu cekal.Ayuh berusaha menjadi BILAL.JunduNya.InsyaAllah.
Maret 14, 2008 pukul 5:21 pm
korea.cambest.nak pg tpi xder kawan over there…hurm….
citer la lagi.
Maret 15, 2008 pukul 4:24 am
wah.. baru tau saya kalau 80% orang korea operasi bedah plastik pada biiji mata….
Maret 15, 2008 pukul 9:15 am
wah , aku kok tidak di ajak ya
Insya Allah aku bisa ke sana nanti , someday
Maret 15, 2008 pukul 10:57 am
hai handsome, u t care ok. uncle faris. email- ahmadfarisomar@gmail.com
handsome ke? ni bina. ok la kot..
ni istihar. nanti balik m’sia, masak nasi beriani,pastu jual kat depan rumah kite
Maret 15, 2008 pukul 11:07 am
salam semangat terus akhi!
Maret 15, 2008 pukul 4:12 pm
seronok dapat melihat budaya orang luar.
Maret 15, 2008 pukul 5:16 pm
salam..ehh baru pasan ex-roomate kite penah ckp die pun asal nagoya.. mayb sumday nak gi sana, sbb dia nak jd tourist guide. heheh
uii..menakutkan la konflik korea u-s tu..tak suka perang! X( peace no war! (^^)V
Maret 16, 2008 pukul 3:17 am
huhuhuhuuu…
teringat Hero Winter Sonata!
Maret 16, 2008 pukul 3:32 pm
# batuterang :
awek jepun rasanya mcm tu jugak kot, cuma bedah mata tu mcm tak terlalu menggila mcm korea la..
# warkahraudhah :
yup.. setiap kejadian punya hikmah..
# amalina :
kalau tak ada kawan, kena la mula cari kawan kat sana ya?
# realylife :
insyaAllah, berjalan, melihat, mentafsir..
# amaa :
huhu.. my mum, for de 1st time read my blog rite? haha.. malunyee..
# achoey sang khilaf :
salam juga.. terus2 semangat..
# Yazid Husain :
erm, nanti senang2 jom la ke sini ya? hehe..
# kamel :
haa.. bila lagi nak datang sini?? kami menunggu..
# anego :
Heh.. kamu peminat drama Korea? kita sangat berbeza ya? haha..
Maret 17, 2008 pukul 12:10 am
cerita tu jek irfan…pasal HERO dia arkitek kan…ehehhe
p/s: muka kamu adik-beradik ’sebijik’ betul ek?
Maret 17, 2008 pukul 7:46 am
ye lah.. macam kembar.. =)
Maret 18, 2008 pukul 7:41 pm
cop..double cek..anda tak silap org kan? rase macam ye je~
ha’a muka sama la. cuma nmpk cam ifan yg adik, zafran abang. ahah
Maret 19, 2008 pukul 8:31 am
wowh…pegi korea..best x? aku ingt nk g jepan hujung tahun ni…tp belum pasti lg…bergantung pd kekuatan ekonomi
Maret 24, 2008 pukul 12:33 am
patutla..suka2 hati diorang ek bedah sana sini..kat malaysia. Transplan sebijik mata RM1500..