Siri Dialog Kritikal #1.

Wong Fei Hung (identiti dirahsiakan), mengulum sekeping Oreo penuh ke dalam rongga mulut. Mendongakkan kepala sambil menghirup Tongkat Ali. Kelihatan tulang-tulang rahang di bahagian dagu bergerak-gerak. Rasa nikmat terserlah di wajahnya.

“Kau percaya hidup selepas mati?” dengan mulut yang masih penuh.

Aku mengangguk, sambil meniru aksi Wong. Terasa bahagianya duduk bersila sambil menikmati setiap zarah-zarah Oreo bersatu dengan pelarut Tongkat Ali di dalam mulut.

“Tapi kita punya alam lain. Tak hidup semula ke dunia nyata.” tak menyempat aku menelan seluruh sebatian itu.

“Ha’ah. Sebab tu kita Buddhist mesti buat baik. Nanti hidup kemudian jadi lebih baik.”

“Wah. Untung-untung, boleh jadi Bill Gates lah kau nanti, fuhh..”

Wallaweh.. kalau betul jadi Bill Gates, aku cari cucu cicit kau belanja pergi Disneyland.”

Hahahaha.. ketawa kami menghentam ruang sepi.

Tok.. Tok.. Tok..

Dinding bilik diketuk orang sebelah. Sebagai isyarat menyuruh diam. Maklumlah, sudah 3 pagi. Lagipun ini minggu peperiksaan. Orang Jepun menelaah sakan, kami sibuk dengan cawan.

“Apalah!! Maksud baik bukan pada harta saja tau ! Hihihi..” Wong menghabiskan sisa-sisa air dalam cawannya.

Aku menambah air panas. Wong mengoyak paket kecil Ali Cafe.

Aku menyambung dialog malam Tongkat Ali yang diganggu ketukan dinding tadi. Sepertinya kami akan tidur lewat seperti malam dialog yang lainnya.

“Wong, aku nak tanya satu benda lah. Dari dulu aku nak tanya tapi tak ada orang yang sesuai aku tanyakan. Kalau kau hidup semula nanti, kau boleh ingat ke apa yang kau pernah buat masa hidup yg lepas?”

Wong sambil menggeleng, “Hidup yang baru tak boleh bawa memori dari hidup lepas. Sebab dah jadi makhluk baru.”

“Isk, rugilah macam tu. Penat kau buat baik, tak dapat bawa kenangan itu. Kalaulah aku ni seorang Buddhist yang dilahirkan semula, Urghh…rugi woo.”

Wong terdiam. Hampir 5 minit kami membatu. Wong mendongak siling dan aku merenung lantai. Kopi kami bergetar-getar dihembus udara panas dari Danbou.

“Kau fikir apa?” aku tak dapat meneka fikiran dia.

Ha’ah la. Betullah apa kau cakap, Ifan. Macam mana nak tau nikmatnya berbuat baik, kalau kita tak tau benda baik yang pernah kita buat?? Isk.. dalam Islam nanti, kau boleh ingat ke apa yang pernah dibuat masa hidup kat dunia?”

“Heh..bukan setakat ingat saja. Kalau sekecil benda jahat yang tak pernah kita perasan pun akan di’tayang’kan semula. Nanti semua orang akan tengok ‘tayangan’ flashback itu.” aku menjawab pantas.

“Oh, ada dulu masa SPM aku pernah belajar tuh.”

Sambil menghirup lagi dia menyambung,

“Alah.. lagipun aku percaya Buddha 50-50 saja”

Aku tersentak. Hati membuak, semangat inkuiri melonjak-lonjak. Dari riak wajah, seperti ada sesuatu yang dia ingin kongsikan dengan aku.

“Eh, kalau percaya 50-50, kau patut rasa bersalah dengan Buddha yang kau anut. Kalau macam tu, jadilah free thinker. Malu tau dalam IC ada tulis Buddha, tapi tak percaya ajaran Buddha.” aku menikam perasaannya.

Wong semakin gelisah. Riak muka berkerut lipat.

“Haa.. Itulah aku rasa bersalah tau, Ifan. Sejak dulu lagi aku tak percaya benda-benda mengarut ni. Dulu masa kecil, mak selalu bawa aku pergi kuil. Ajar aku sembahyang. Aku ikut saja,” akhirnya dia letuskan rasa yang terpendam , selembut magma yang mengalir lesu. Wajahnya mencoret lega.

“Kau tak tanya mak kau, pasal apa mak kau sembahyang? Kenapa mesti sembah dewa, kenapa mesti pakai colok? Pernah kau tanya?

Nanti kau dah kahwin, anak kau tanya kenapa pergi sembahyang kat kuil, apa kau nak jawab?” Aku mencongak lagi.

“Alah.. aku jawab macam mak aku pernah jawab kat aku saja lah. Tapi, mesti anak aku pun buat-buat faham macam aku juga. Haha..” disangka lawak, rupanya aku tak tergelak.

“Aku kagumlah. Kenapa orang Islam boleh percaya benda-benda future sebegini ya? Bukan setakat memahami, siap percaya dengan penuh yakin. Ada pula tu yang sanggup mati sebab nak pertahankan apa yang dipercayakan.”

Slurrp… berhenti seketika sambil sempat sekali cicip.

“Agama itu bukan untuk dipercaya saja, Wong. Agama itu nyawa. Sama macam hidup. Kalau hidup tanpa makan, mati. Kalau hidup tanpa agama, ibaratnya macam.. macam…” aku kebuntuan ayat.

“Macam berlayar tak ada destinasi. Peta sudah di tangan, tapi tak tau mana nak pergi” Wong menjahit ayat yang terputus itu.

Bersambung ke Siri Dialog Kritikal #2.

P/S: Mari doakan “Pencari Bahagia” menemui “harta” yang dimimpi-mimpi. Amin..

24 Tanggapan ke “Siri Dialog Kritikal #1.”

  1. x00x Berkata:

    apalagas…promote la dia tu…untung2 saham ko naik!!

  2. shah03 Berkata:

    Masya-Allah. May Allah bless you my bro. and give us all ‘hidayah’ and ‘taoufiq’. Ameen.

  3. aku Berkata:

    dia tu budak cina malaysia ka, jepon ?…

  4. kumb@ng Berkata:

    wong pei hong…macam penah dengar name tu…tapi di mana yeah? :P

  5. Far_east Berkata:

    Ko tak blaja kung fu ke dgn wong fei hong tu?hehe…
    Bg die ayat baek2, kang ko kene kungfu dengan die..he :D

  6. Yazid Husain Berkata:

    bagi lagi bekalan agama kat wong fei hong itu…

  7. naim Berkata:

    Rasa macam pernah belajar sekali dengan WOng Fei Hung ni…

  8. kemala Berkata:

    Wah.Cantik sungguh putik-putik persahabatan kalian. Teruskan kamu membaja dan siram jangan dibiar layu.

  9. mims Berkata:

    kagum membaca cerita kamu nih. aku penah juga menghadapi sesi soal jawab sebegini dengan seorang atheist. lebih susah berbicara dengan dia berbanding orang yang beragama sebab dia langsung tak percaya tuhan. tapi alhamdulillah berkat usaha kawan-kawan aku dengan izin Allah dia mendapat hidayah dan memeluk Islam pada Ramadhan tahun lepas. Rasa bahagia sangat masa tuh. Semoga usaha kamu ini dipermudahkanNya :)

  10. suhaila samsuri Berkata:

    cepat2 sambung citer ni..moga2 dia dapat hidayah.

  11. keraknasi Berkata:

    perkara ni kena slow2. tak boleh di buat terburu2. teruskan usaha bro.

  12. pulasari Berkata:

    salam 3laik…

    oh..masa tersu berlalu

  13. alirfan Berkata:

    # x00x :
    nak promote ape? produk baru? hehe..

    # shah03 :
    Aminn… kepada Bro.Shah jugak..

    # aku :
    Oo itu Wong Fei Hung memang datang dari Hong Kong punya… wakaka..
    (identiti dirahsiakan la, Din)

    # kumb@ng :
    Haa.. kite satu geng la camni.. minat citer kungfu kan?? hahaha..

    # Far_east :
    Heh.. Tapi kungfu die tak reti hape pon.. tayah takott.. ngehe

    # Yazid Husain :
    insyaAllah.. tapi bekalan kat dada pn msti mau cukup..aku pn lemah lagi ni.. hehe..

    # naim :
    Haa.. Naim pnah blajar kungfu? apa betui?? ;>

    # kemala :
    semoga cuaca terus cerah tanpa ribut yg bakal melanda.. amin..

    # mims :
    Wahh.. itu semestinya kejayaan paling bermakna selama kau hidup.. bahagianya..

    # suhaila samsuri :
    Mana boleh cepat-cepat.. yang dikejar tak dapat, yang dikendong ni pun kene simpan baik2.. hehe..

    # keraknasi :
    Setuju!!! Setuju!! ha.. suhaila, mana boleh terburu2.. betul tak, kerak nasi?

    # pulasari :
    harap2 masa takkan terus berlalu sebelum sempat aku berbuat apa2.. amin..

  14. kamel Berkata:

    salam
    emm, kat cni pun ramai gak mmbe2 yg b’tanye. kita cuma mampu jwb stakat yg kita tau je. + doa tuk drg. hopefully dorang pun dapat nikmat hidayah tu satu hari. ameen2

  15. fajar Berkata:

    menarik.
    tiba-tiba rasa teruja!
    moga ada cahaya di hujung sana
    terang dan bersinar

  16. hata Berkata:

    kita pernah di soal pasal penganut agama islam yang salah laku sewaktu menjalani interview oleh GM berbangsa cina, serba salah nak jawab atau patut diam.

  17. hata Berkata:

    kita pernah di soal pasal pengamal agama islam yang salah laku sewaktu menjalani interview oleh GM berbangsa cina, serba salah nak jawab atau patut diam.

  18. Mr Ah Fa Berkata:

    Syok gile baca writing ko ni beb, teruskan beb, akan ku rajinkan diri singgah kat sini jugak :-D Huhuhui!

  19. Mr Ah Fa Berkata:

    Err, btw, aku tgh download Photoshop Top Secret ni, baru masuk DVD ke 3, amma!

  20. affuan Berkata:

    huhu, murni sungguh niat ko. tapi, kenapa yang islam sendiri malas beramal dengan agama yang dianuti sejak lahir? sampai nak tuko2 agama? hm..

  21. titan Berkata:

    Ayat penuh dengan tanda tanya. Hehe. Bukan nak cakap apa. 80% orang Islam kat Malaysia solat 5 waktu memang tak cukup. So, susah nak cakap..

    So, marilah sama2 kita saling ingat-mengingati.

  22. anego Berkata:

    saya pun sedih, student2 saya x nak sembahyang, dgn alasan tak tau nak jamak ketika dibawa melawat tapak!

    kanashee neh!

  23. alirfan Berkata:

    # kamel :
    Terima kasih untuk doa itu kamel. Aminn..

    # fajar :
    dan cahaya itu terus bersinar dan menyinarkan lainnya.

    # hata :
    So, apa yang kamu jawab? Ceritakan.. ceritakan.. hehehe..

    # Mr Ah Fa :
    Hoo.. aku pon dah jadi peminat kau jugak. Idea matang. Aku beli DVD tu US240, sedap2 je ko donlod eh? cis..cis..cis dan cis.. haha

    # affuan :
    Macam bak kata Raihan “Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertakwa.”

    # titan :
    Aku sambung lagu Raihan tu ye, “Ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai.”.
    dalam maksudnya tu.

    # anego :
    Anego ajarlah diorang cara-cara ibadat tika musafir. Besar ganjaran tu.

  24. dewi Berkata:

    ehmmm….
    cerita yg mengajak dan menuntut kita untuk berpikir….
    sekaligus bertanya tingkat keimanan kita sendiri….

Tinggalkan Balasan