“Faham semua?” Jeong Sensei bertanya.
Jeong Sensei, rakyat Korea yang fasih berbahasa Jepun, pensyarah JAVA di tempat kami.
“Faham..” suara yang menyahut boleh dibilang dengan jari.
“Sebelum saya masuk ke topik ‘Interface‘, saya nak ulang kembali apa yang kita belajar tadi.”
“Kawafune. Ada berapa jenis error dalam JAVA?”
“Dua”
“Bagus. Irfan-san, bagi satu contoh?”
“Syntax Error?” aku meneka. Itu pun aku baca di nota di papan kapur bertingkat dua. Aku juga terlelap sebelumnya.
“Ok. Yoshikawa, bagi saya satu lagi contoh?”
“Err..” tak sempat Yoshikawa membuka suara.
“Dame’ ! Dame’ ! Dame’ !” (jangan! jangan! jangan!), Funatsu tiba-tiba menjerit.
Seisi kelas tersentak dan seluruh mata tertancap padanya. Yang diulit mimpi kini membulat mata.
Funatsu sambil mata tertutup dan bersandar, dengan tangannya memaut leher. Berulang kali perkataan “dame’” itu diteriaknya. Sesekali badan Funatsu bergoncangan.
“Haaa.. itulah dia contoh error,” sensei mencelah.
HAHAHAHAHAAHA… seperut kelas bergelak sakan.
Seusai kelas, aku mendapat dia. Bersungguh benar dia menceritakan mimpinya tadi. Dicekik kekasihnya di bucu bumbung bangunan. Ketawa kami masih berpanjangan.
P/S: Manusia juga punya error dalam pengaturcaraan tubuh. Tapi, error itu bukan satu kelemahan kerana setiap makhluk dicipta tiada sia-sia, tanpa cacat cela.
Februari 7, 2008 pukul 2:28 pm
seERROR2 bdak tu, leh lak dia bagi respon kt sensei yg tnya dia masa tngah tidor . ngam2 ja masa…hak2
Februari 7, 2008 pukul 2:52 pm
Aku tawu ape error tu…
Syntax error – biasela nie kalau tertinggal semikolon (;)
satu lagi
Fatal error – Error yang menyakitkan hati..hakhak..
Februari 7, 2008 pukul 3:20 pm
# aku :
Cantekk je timing.. ngam2.. ;>
# Far_east :
Sapa2 pn tak suka fatal error.. nama pun “fatal” means bringing death.. hahaha.. bermati2an aku nak solve fatal error ni.. pecah pale..
Februari 7, 2008 pukul 3:24 pm
Memangla kene bermati-matian..namepon fatal error atau dalam bahasa melayunye error yang membawa kematian..ngahahaha:D
Bese kalau fatal error aku buat ape ek?aku tuka komputer lain laa kalau kat lab komputer tu..he
Februari 8, 2008 pukul 10:09 am
walau apa pun error yang penah kita buat, kena belajar dari error juga..atau mau lebih sedap lagi “we learn from error”
Februari 8, 2008 pukul 7:23 pm
Ahahah, pelajaran 5 tahun yang sudah… Tak suka JAVA! Ahahahah
Februari 11, 2008 pukul 3:19 am
aduh..malunya…
Februari 11, 2008 pukul 8:43 am
ha ha, Fatal Error:-)
Februari 12, 2008 pukul 1:42 am
Itu nasib baik daam kelas. Dibuatnya time solat jumaat. Malu dei.
nota:aku selalu tertidur
Februari 12, 2008 pukul 1:52 am
# Far_east :
perkh.. sanggup tukar PC.. kesiann.. wat nyusah diri je ko ni pais.
# suhaila samsuri :
Hmm.. setuju!! Cuma kadang2 susah nak detect error.
# Azhar Ahmad :
5 tahun?? Lama sungguh.. masih ingat lagi ka? hehe..
# aTiQah :
orang jepun tak kenal malu dalam bab ni.. sebab kitorang satu klas mmg sporting la..
# lmjaelani :
Tapi belum membunuh lagi error tu.. peringkat awal..haha
# noris :
OO lagi bagus..kalao kene camtu, tobat seumur hidup tak tidur masa khutbah lagi dah..hihihi.. Lagipun, pembacaan khutbah di Malaysia perlukan peningkatan yang lebih maju.
Februari 13, 2008 pukul 3:31 pm
Dasat sungguh keerroran mimpi kawan ko tuh ek..Tak kusangka. Selalu gak aku tdo depan pensyarah. tapi takdelah sampai error cam tuh. Hehe..
Februari 14, 2008 pukul 7:57 am
#titan :
woo.. slalu tidur?? aa.. sian sensei ko ajar ko pnat2 kat dpan tau. kene error baru tau.. haha
Februari 15, 2008 pukul 4:50 am
hahaha..mnarik nye error
April 24, 2008 pukul 10:05 am
banyaknyer ko tulis..xlarat nk bace sume ni..hehe