Mencintai Suami Orang.

Berfikir aku setanak otak. Tidaklah cuak isu ini membuak-buak. Tapi secubit rasa, lontaran idea dari kalian (pencorak SangPelangi), bisa merungkai rantaian ribut sebelum bencana.

Aku bukanlah tabib cinta. Apatah lagi pakar motivasi hubungan keluarga. Dari sekecil masalah cinta hingga belenggu hidup keluarga, entah kenapa ditembak tembus ke dalam telinga. Aku seperti sebuah pondok telefon. Tempat bergayut sang perjaka meluah masalah tentang cinta.

Terkadang bimbang tutur kata ini menambah duka. Tapi, demi kawan, siapa mahu lihat mereka derita? Tangan ini masih kuat untuk dipaut, teman. Paling tidak, hati kau nanti sedikit tenang. Nanti, kau carilah mereka, “penikmat garam” yang lebih usia.

Maaf, entri ini bukan ku tujukan pada pembenci “madu”. Jika anda antara di kalangan mereka, jauhkan diri dari entri ini, bukan dari SangPelangi. Hehehe..

—————–Dipetik dari Utusan————–

Idayu (bukan nama sebenar), 23, mahu masyarakat tahu bahawa tidak semua gadis yang berkawan dengan suami orang itu dianggap pengikis dan perampas.

“Saya bukan gadis yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri kewanitaan seperti yang lelaki harapkan sebagai teman hidup. Sikap saya amat kasar dan tidak tahu menjaga adab sopan apabila di khalayak. Tapi sebaik bekerja di syarikat ini saya mula berubah dan punya keyakinan untuk menjadi wanita sejati,’’ katanya.

Lima bulan setelah bekerja di sebuah syarikat korporat di Petaling Jaya, kata Idayu, seorang lelaki dikenali sebagai J cuba mendekatinya.

“Pada permulaannya, J selalu datang ke syarikat saya untuk berurusan dengan pegawai atasan kami. Setiap kali dia berkunjung ke pejabat saya kami hanya berpandangan dan saling melempar senyum.

“Selama tiga bulan itu juga saya merasakan ada perubahan pada diri saya. Hati dan perasaan saya menjadi tidak keruan setiap kali terpandang wajahnya.

“Keinginan untuk berkenalan dengannya semakin hebat. Risik punya risik, saya mendapat khabar J sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

“Menariknya pula, J sering bertanya tentang saya kepada para pegawai atasan. Rupanya saya tidak bertepuk sebelah tangan, dia juga suka kepada saya dan ingin berkenalan.

“Dengan bantuan kawan-kawan, J akhirnya dapat menghubungi saya. Mulanya kami hanya mengirim mesej. Selepas itu telefon bertanya khabar. Mungkin Kak Nor bertanya kenapa saya melayannya?

“Jawapannya mudah saja. Saya sunyi sebab tidak ada kawan lelaki. Layanan dia terhadap saya membuka hati saya untuk terus berhubung dengannya,’’ tambah Idayu.

“Perkenalan itu memberi saya harapan bahawa J baik orangnya. Dia tidak mengambil kesempatan ke atas saya. Selalu dia bercerita tentang keletah anak-anaknya apabila kami berbual di telefon. Dia juga pandai menjaga hati saya, tidak menyakiti perasaan saya, walaupun saya selalu buat perangai. Dia cukup tabah dan sabar. Yang paling penting dia pandai buat saya ketawa. Saya bahagia bila dapat mendengar celotehnya. Itu kelebihan yang dimiliki J,’’ ujar Idayu berterus terang.

Namun kata Idayu, jangan salah sangka J tidak pernah memberi kemewahan, malah tidak pernah mengucapkan selamat ulang tahun kepadanya.

“Kami juga tidak pernah keluar berdua. Hanya berpandangan di pejabat, telefon dan bertanya khabar,’’ jelas Idayu.

Tambah Idayu, dia ingin tegaskan bahawa bukan semua gadis muda yang berkawan dengan suami orang itu ingin mengikis.

“Seperti saya, sekadar ingin menumpang kasih. Tidak lebih daripada itu. Belum terniat untuk mengahwininya sehingga ke saat ini. Ada masa, saya rasa bersalah pada isteri dan anak-anaknya. Tetapi saya akui semakin hari hati saya semakin sayang kepadanya. Saya cuba tinggalkan dia dan cari yang lain tetapi lelaki-lelaki bujang di luar sana tidak menghargai saya.

“Mereka tipu dan cuba kikis duit saya, itu lebih menyakitkan hati. Sedangkan bersama J, dia terlalu menjaga hati saya. Dia percayakan saya, malah dia benarkan saya berkawan dengan orang lain yang sesuai untuk saya. Hubungannya itu turut diketahui oleh ibu,’’ kata Idayu.

“Saya tidak pernah berselindung apa-apa daripada ibu malah ibu juga pernah berbual dengan J menerusi telefon. Ibu juga mengatakan J seorang yang baik. Tapi ibu mana yang inginkan anak gadisnya berkawan dengan suami orang, tapi ibu nampak bahagia di mata saya apabila J menelefon mungkin sebab saya satu-satunya anak gadis ibu. Walau marah dia terpaksa telan.

“Kak Nor, saya sebenarnya serba salah. Sama ada hendak tinggalkan J atau meneruskan hubungan dengannya. Apa yang perlu saya lakukan? Saya betul-betul menyayangi dia tetapi setakat ini belum terfikir untuk berkahwin dengannya.

“Adakah saya perosak rumah tangga orang? Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh berkawan rapat dengan J. Tolonglah saya selesaikan masalah ini Kak Nor?’’

(baca ulasan dari Kak Nor di sini)

———————————————–

Situasi ini tak ubah seperti yang pernah ku dengar dulu. Sahabatku (seorang hawa), entah kenapa tiba-tiba meluahkannya. Tapi, ternyata caraku dengan Kak Nor ternyata berbeza. Biasalah, rambut sama hitam, hati lain warna.

Aku namakan sahabatku itu sebagai Lamda, teman lama sekolah rendah dahulu kala. Juga menaruh hati pada seorang suami orang bernama Gamma. Bezanya, lokasi mereka dipanah cinta. Mungkin “gatal”nya Romeo Gamma boleh dianggap punca. Tapi, mari kita lihat dari sudut yang lain.

Aku tidak seperti Kak Nor, menasihati Lamda untuk meninggalkan Gamma sedangkan sedia tahu Gamma seorang yang baik. Lebih-lebih lagi, ibu Lamda sudah mengetahui perhubungan mereka. Pertama sekali, aku menanyakan Lamda apakah dia sedia berbagi kasih? Berkali-kali ku peringatkan, madu yang ini tidak manis, malah sepahit gelugor di air masin.

“Lamda bersedia”. Mengangguk-angguk.

Jadi, aku cadangkan Lamda berbincang dengan ibunya. Katakan hasrat untuk bernikah dengan Gamma. Kemudian, ku suruh Lamda meminta Gamma memperkenalkan dia dengan isterinya. Biar kau tahu bagaimana rupa si isteri Gamma. Adakah lengannya seketul Sazali Samad, atau pemegang sabuk emas tinju wanita?

Beberapa bulan aku setelah keberangkatanku ke sini, sepucuk emel yang kuterima dari Lamda.

“Terima kasih, Mazni.” (dulu, orang memanggilku Mazni.)

Jadi, persoalannya sekarang, apakah salah Lamda menyukai Gamma? Kejamnya kita menghalang cinta sedang jalan penyelesaiannya bukanlah terlalu sukar. Islam itu mudah (tapi tak boleh dipermudahkan). Mengapa mesti suku kata Pe-Ram-Pas itu difobiakan?

Hampir tak semua Hawa gemarkan “madu” yang ini. Tapi, percayalah, jika hubungan dibina atas niat yang betul, berlandaskan syariat, apakah salahnya kita berusaha? Percayalah, setiap amal yang dikerjakan atas kerana nama Dia, pasti akan dimudahkan olehNya. Barangkali, ruang-ruang hubungan ukhwah itu nanti kan terbuka luas, sebentang sawah di alam syurga.

Perempuan lebih ramai daripada lelaki? Aku tahu alasan ini sudah tak boleh dipakai lagi. Tapi, sedarlah kawan-kawan, umat Muhammad nanti ibarat buih di pantaian. Sekali dihentam ombak, apa bisa bulat ke sedia kala?

Jodoh kan urusan Dia. Mengapa mesti kau pakai jalan rimba sedang lebuh raya terbangun di sana? Oh, lebuh raya ada tol? Fikir-fikirkanlah.

Diulangi, entri ini bukan untuk pembenci “madu” ya? Hahaha..

P.S; Kalau orang tanya aku, mahu “madu”? Aku geleng. Jawab ringkas, tak mampu. Haha..

28 Balasan ke Mencintai Suami Orang.

  1. Far_east mengatakan:

    Hurm..pasal madu la plak!!menarik=P
    Err…lambda mane yg ko maksudkan neh?yg aku tawu lambda = v/f
    hehe..:D

  2. rasso mengatakan:

    Chenta tak kenal ruang dan waktu…

    waima madu… ermm…. gadis begini menarik bukan? ehehe

  3. ya karim mengatakan:

    Aih, macam2 irfan ni. ada saja idea nak kasi hangat sangpelangi.
    weh, jalan rimba tu susah nak eksyiden tau, jalan highway tu kerajaan punya.. banyak eksyiden plk tu. Hahaha

  4. selipar jepun mengatakan:

    Lamda tu mungkin satu dalam sejuta.

  5. en_me mengatakan:

    me teringat movie indon: berbagi suami iteww..

    salam weekend bro!

  6. suhaila samsuri mengatakan:

    Ya Allah, klu aku jatuh cinta, biarlah dgn lelaki yg bukan suami org, sbg org perempuan, sy sendiri dpt bygkan betapa pahitnya klu org yg kita syg suka kat org lain, dtmbah lagi klu dah jd suami..cewahhh tp kan tgk kes di atas, lelaki juga yg mulakan dulu, tak cukup lagikah isteri yg ada haih..*mengeluh

  7. iziana mengatakan:

    hurmmmm…
    mencintai suami org seboleh-bolehnya perlu dielakkan
    tp jodoh tu ditangan tuhan kn?
    lgpn poligami memang halal dlm islam
    cuma lelaki kenalah cermin diri dulu b4 take d step
    mampu ke dia adil? boleh ke dia tanggung 2 famili nnt?
    jgn ikut perasaan saja la
    kena rational kn?

  8. alirfan mengatakan:

    # Far_east :
    lambda tu mane ko knal.. anak pakcik Alpha.. ;p

    # rasso :
    Heh.. pantang ko eh.. dahi dah ckup licin ke? hehe..

    # ya karim :
    Uik.. identitimu sukar ku kenal.. orang baru eh? syape name?

    # selipar jepun :
    mungkin j

    # en_me :
    cerita ape tu eh? tak pernah plak dengar tajuk camtu..

    # suhaila samsuri :
    erm.. lelaki boleh disalahkan dalam hal ni..

    # iziana :
    biase kita dengar dan lihat, jarang kes macam ni berakhir dengan bahagia..
    tapi, rupanya propaganda media je tu..hehe
    setakat dalam pemerhatian aku, yang tak bahagia tu kes terpencil..
    selalu jumpa jenis yang OK je.. (tapi, kalau diorang tak bahagia pon, mane aku tau, kan? takkan nak sibuk2 jaga tepi kain orang)
    haha..

  9. iziana mengatakan:

    miahahhahaa
    btol2
    ada je membe2 aku yg mak dia bini nombo 2
    tp dia ckp eventho mak dia dan madunya x rapat
    tp x gado pon
    jez biasa2 jer
    haha

  10. ezfa mengatakan:

    ak tertarik dgn isu yg ko utarakan.kdg2 kita x blh gak nak slh wanita atau lelaki.msg2 b’hak utk dicintai atau mencintai.x semestinya kita b’kwn dgn suami org dianggap satu kslhn.di akui memg akn menyakitkan hati isteri.tp yg penting adlh kejujuran dan keikhlasan.klu kita sekadar ign b’kwn atau b’kongsi mslh,ia x jd mslh.tp cuba kita fikir sejenak atau fkr byk kali jika ianya terjadi pd diri kita sndri(wanita).adakah kita sgp utk menerima hakikat bhwa suami kita dicintai oleh org lain?Fikir2kan lah apa yang tersurat dan cuba fahami apa yg tersirat.

  11. alirfan mengatakan:

    # iziana :
    erm.. tak rapat.. tapi tak gado.. hik2..
    entah.. tu mane kita tau.. takkan gado nak tunjuk2 kat orang kot? ;p

    # ezfa Says:
    Aa.. senang je tu.. bace komen Rasso kat atas..
    Cinta itu buta, beb.. haha

  12. suhaila samsuri mengatakan:

    to ezfa : aku ada tebaca buku ‘membina hati bahagia’ by dr Tuah, salah satu tips utnk menjga pehubungan ialah, jgn kita meluahkan apa2 masalah2 kpd suami org, isteri org, dan yg sudah berkahwin jgn pula nak ngadu kat perempuan/lelaki bujang, kerana di kuatiri simpati bertukar syg maka terjadilah kes spt di atas.

    actually, aku byk dengar kisah2 mcm ni, dr kwan2 yg putus sebab org ketiga, berpunca dr sifat simpati. ish2…

  13. titan mengatakan:

    Aku teringin. Tapi aku takut mak abah aku tak bagi je. Girls aku no hal..Diorang ok. Parents aku je tak bagi. Abah aku ok jer. Mak aku tu je..

    Hehe. Apapun, dengarlah cakap orang tua. Berkat tu penting..

  14. alirfan mengatakan:

    # suhaila samsuri :
    Hohoo.. kalau part sampai putus tu.. Memang salah sangat la..
    Benda makruh tapi paling dibenci Tuhan.. Cerai..
    Thanks rekomen buku tu.. Nak try baca jgak la..

    # titan :
    Amboi titan, lain macam je tu?? Haha.. Ye la, orang dah mampu.. bole la..
    Erm, betul, betul, betul (gaya ipin)
    Jangan sesekali membelakangkan family.

  15. Azhar Ahmad mengatakan:

    Uhum…. kadang2 cinta tak mengenal darjat….. Tetapi, kamu perasan tak siapa yang silap…. Dua orang perempuan yang silap. Permpuan di pejabat – Kenapalah suka main api, kedua – perempuan di rumah – Kenap[alah tak belai sisuami…

  16. alirfan mengatakan:

    # Azhar Ahmad :
    Alamak.. no komen la Bro.Azhar.. blom kawen lagi.. takleh nak tau.. hik2..
    Tapi kan, boleh jadi salah si suami yang mudah tergoda?
    Godaan.. dugaan..

    Bak kata Ustaz Hasrizal, “kucing yang lapar, jangan di acah dengan ikan”.. jadi, salah si peng”acah” itu ke?

  17. ramzy0 mengatakan:

    aku blom kawin, so tak leh nak ckp pepe. tapi kalu dah jodoh, nak wat camaner erk..

  18. mardiah mengatakan:

    Salam. bagi saya, ia bergantung kpd lelaki tu sendiri. kalau pompuan goda cemane pon, kalu leaki tu teguh hati, teguh iman n sayang kat isteri die, die takkan mengkhianati janji dia jugak.

    And, kalau die bebetu nk kawin dua, dia sepatutnya menggunakan care yang halal dan berhikmah, yakni, beritahu isteri yg pertama terlebih dahuu, bukan main tepon2 pompuan lain, cite pasal anak2 die dan sebagainye. Itu tak mengikut Islam.

    Dan bile dah kawin dua, atau 3, 4, lelaki jugelah yang kene bersikap adil dn sebagainya. So, kalau ade berlaku masalah dlm ketiga-tiga situasi ni, yang paling bersalah adelah lelaki!!! Because they have the main influence dan kuasa kawin lebih or jatuh cerai pun di tangan mereka? betul x?

    Yelah, kan ade hadis psl seorang perempuan akan menarik 4/5 lelaki bersmanya ke neraka? Sebab keempat-empat lelaki tadi tidak menunaikan kewajipan mereka yang sangat besar itu lah. Sebab tu jugelah lelaki dapat bahagian yang lebih dalam harta pusaka, sebab kewajipan n tanggungjawab mereka lebih besar! Tapi, adekah lelaki sume sedar mende ni? Yang mereka nampak hanyalah part yang nikmat itu saja, bab tanggngjawab, tolak ke tepi! Wahai muslimin, bangunlah, dan tunaikanlah kewajipanmu!!!

    maafla, saya ni mmg feminist sket. nak wat camne, byk sgt nampak sikap2 kaum adam yang sangat menyedihkan n mengecewakan. macammane Islam nak gemilang, kalau pemuda-pemuda nya dok sebuk bermain cinta?

    wallahua’lam, wassalam.

  19. alirfan mengatakan:

    # mardiah :
    hai.. entalah mardiah.. ingatkan lelaki ni dah kawen masih terpelihara dari cinta sebegitu.. rupenye blom lagi.. tapi tak semua tau mardiah.. picisan2 itu yang mesti dididik..

  20. yukidaruma mengatakan:

    xlayak nak bg komen sbb xder pengalaman.but nice topik r senpai.haha.

    bg aku la..kalo bakal suami aku tu MEMANG boleh adil..aku xkisah.lagipun,suami bukan hak milik sepenuhnya seorang isteri…stakat ni mmg pk cmni..tpi rse nye kalo dah kawen..ahaks..xtersanggup gak kot.ahaks.

  21. rudy@bluehikari.com mengatakan:

    memang pahit hidup bermadu. tetapi ia HALAL. hanya hawa yang kuat dan tabah sahaja boleh mengharunginya.

  22. bizarre mengatakan:

    salam..eerk..ada gaya jd penulis novel nih..huhu..

  23. alirfan mengatakan:

    # yukidaruma :
    Betul.

    # rudy@bluehikari.com :
    Hoho.. kata nasihat dari seorang Abang yang sudah berumah tangga. Bro, pernah tengok kes madu bahagia dikalangan kawan2 tak?

    # bizarre :
    Aik? Novel tang mana tu? Part mana yang macam novel tu? Haha.. jauh sekali..

  24. fajar mengatakan:

    Salam,
    Menarik betul isu ini. Satu perkara yang sangat pasti adalah kepayahan untuk membahagikan kasih sayang secara adil dan saksama. Bukan mudah untuk menjadi suami yang memiliki dua isteri atau lebih. Tapi, seandainya niat itu murni dan bersyariatkan Islam, maka berdepanlah dengan penuh ketulusan dan kejujuran.

  25. fajar mengatakan:

    bukan saja kaum Hawa saja kena kuat, bahkan Adam juga kena kental.

  26. beezeewhiz mengatakan:

    assalamualaikum.
    Sebagai seorang muslim, bagi saya kita tidak boleh menolak atau menghina hukum poligami yang ditetapkan Islam. Saya takut jika terlebih ‘bercakap’, boleh terjejas iman saya.
    Sebagai seorang isteri yang mengamalkan monogami, saya tidak punya hak untuk menjadi judgemental-sama ada untuk memandang rendah atau memandang tinggi kepada praktis poligami ini kerana saya tidak ada pengalaman.
    Tetapi hati wanita saya cuma berkata “Saya tidak sanggup untuk menghadapinya”. dan saya salute kpd wanita2 yang tabah mengharungi hidup poligami ini. Nak tahu hati isteri/wanita? Jadilah isteri/wanita.

  27. water mengatakan:

    A Special Keepsake To celebrate a wedding to a
    corporate event. To be funny on the site, you’ve got to be sharp and practice economy of language.

  28. San Francisco mengatakan:

    To get some immediate relief from the body, as
    well. Plant medicine can eliminate warts on body, face, feet,
    hands or soles of the event according to your choice and desire.
    Click the links in the area they infect.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: