Anda minat dengan lagu Indonesia? Jika suatu masa dulu, Malaysia digegarkan dengan kumpulan nasyid acapella dari Indonesi, Snada, kini lahir lagi sebutir permata di tanah Firaun. Da’i Nada diberi nama.
Dianggotai 7 angkatan pejuang nasyid iaitu Nur Akhyari sebagai vokalis solo, Ulil Amri sebagai Backup 1, Samsuri Supardi sebagai Backup 2, Muhammad Ma’shum sebagai backup 3, A. Syaikhu sebagai suara Trebles, Rafi’sebagai suara 1,2,3 dan gendang, serta Risyan Nur Hakim sebagai suara Base. Terbentuk sejak 2003 ketika masing-masing sedang menuntut dari pelbagai pengajian di Universiti Al-Azhar.
Bintang perjalanan juang nasyid mereka semakin gemerlapan setelah digilap seorang produser musik Mesir ketika melihat persembahan mereka secara `bawah tanah’ di sana. Akhirnya, mereka dipinang untuk merakam sebuah album perdana berbahasa arab yang kini disiarkan di beberapa stesen TV Music Arab. Album berjudul Maa Lii Rabbun Siwaahu (Tiada Bagiku Tuhan Selain Dia) telah siap pembikinan video klipnya pada awal 2007.
They are Indonesian ambassadors! Don’t you be proud of them! I’m…! Kata-kata prodesur itu membuatkan nama mereka semakin terserlah.
Bacaan lanjut di sini. Semoga terhibur.
P.S: Bila lagi kita nak lahirkan Raihan kedua dan ketiga?
Januari 22, 2008 pukul 8:31 am
Adus nama kumpulan nih, teringatkan mengenai ajaran Ustaz dulu2… Hadis Daei….
Januari 23, 2008 pukul 11:07 pm
uhuhu… layan…
Januari 26, 2008 pukul 7:57 am
itulah..sampai sekarang aku masih minat lagu-lagu evergreen nasyid malaysia. yang baru2 ni terlalu jiwang karat la sangat. yang kontemporari cam hijjaz, raihan plak cam dah takde nak tumbuh. alih-alih kena berpaling ke bumi jiran kita.
antara munsyid feveret aku : dai nada,tazakka, suara persaudaraan, hawari(eh yang ni dr indonesian k?), justice voice, opick, dan voice of ummi maktum( not sure its the correct name). bimbo pun sedap gak dengar, terutama lagu2 puase&raye die.
still tertanye lagu mane yang dimaksudkan. arkib nasyidku ada 1500++ file, fenin nak ingat yang mana dah letak kat blog..
Februari 11, 2008 pukul 8:49 am
Mr. Irfan, apakah raihan sudah mengeluarkan Album baru?
kami merindukan nasyid nasyid raihan.
greeting from Surabaya