Lampu merah menyala. Kaki sebelah kiri ku tongkat senget, jemari tangan masih menggenggam hulu. 1654. Agak sibuk juga mereka di waktu petang begini. Yang gagah ada berlarian. Tua membongkok masih lagi kuat menyorong roda. Yang muda berbaju sekolah di sana sini. Tak kurang juga yang seperti aku, mengayuh basikal menyedut udara senja.
Aku asalnya mahu mengejar mesin berhantu itu. Entah kenapa dari dulu nombornya asyik menurun. Cuma sebulan sekali menaik. Itupun nantinya kan turun lagi. Mesin itu kali ini lebih angker. “Tiada dalam perkhidmatan”. Arkhh.. Tekanan.. Tekanan.. Terpaksalah lupakan saja niat berbelanja dapur hari itu.
3 batang *Onigiri yang ku sambar tadi. (kalau mesin puaka tu elok, pastinya tujuh.. Hoho..). Ketiga-tiganya berperisa *Natto. Kalian kenal Natto? Kalau kau bukan anak Jawa, aku beri amaran, jangan sesekali kau sentuh Natto. Apatah lagi nak memandangnya. Rupanya yang agak meloyakan bisa membuat kalian terluah belalah. Namun,sebab rasanya seenak Tempe mentah, aduhai.. nikmatnya Natto mencair dalam tenggorokan. Rindu pada Tempe terubat jua.
Ku tongkat “NRX Mountain” bersebelah tangga pustaka sepi. Di situlah tempat aku berseorangan di kala petang. Menjamu nikmat dunia sambil menyelongkar alam. Onigiri Natto dan air soyalah peneman rasmi. Terkadang banyak juga dapat dicedok dari pandangan mata.
Terlihat seorang wanita lingkungan 50-an. Anjing jingga comel bercerut leher bersamanya. Mari kita namakan ia sebagai Dino. Di persimpangan, wanita itu terserempak pula dengan teman lama (barangkali).
“Eh..comelnya anjing awak ni..” puji lelaki tua itu sambil mengusap-usap kepala Dino.
Apalagi, menyalaklah Dino menggila bila diusap manusia entah siapa.
“Wang.. wang.. wang…” (sejenis bunyi salakan anjing yang ditulis dalam bahasa Jepun. di Malaysia, kita menulisnya sebagai Gong..Gong..Gong..)
Sekonyong-konyong, wanita itu memaut Dino, lalu habis dikatuk kepala Dino dengan tali getah. Terbelalak aku. Mahu saja aku meluru menjadi hero. Namun, apakan daya, silap-silap boleh ke lokap jawabnya nanti. Di Jepun, jangan dibuat main. Hak asasi manusia itu dewa. Hak haiwan nombor dua.
Suara Dino semakin melemah dan terhenti-henti. Seperti menangis sendunya. Wajah Dino merintih itu membuat hati aku membuak-buak.
“HOOOIIII MANUSIAA!!!!” Aku menjerit semahunya (di dalam hati)
Akhirnya, anjing itu senyap, tunduk dan patuh. Tiada lagi serak suara menyiar rasa. Dino tidak lagi berlaku biadap pada tuannya. (siapa lebih biadap, ha?)
Aduhai.. ya tuhan.. mengapa kau persembahkan ini semua? Baru ku tahu erti sebenarnya kata pujangga. Sayangkan anak, ditangan-tangankan.
P.S: nasib baik aku bukan Superman Malaysia. Kalau tak.. huhu
Januari 18, 2008 pukul 3:29 pm
aritu aku cerita kat murakami ngan kengkawan aku psal bunyi2 kat malaysia..diorang gelak gile..antara yg paling di gelakkan adalah bunyi anjing=gong gong ngan bunyi hon kereta=pin pin / tin tin.. tak paham aku apsal dia gelak.. ape diorang ingat bunyi anjing=wang wang tu betol??siot je..
Januari 18, 2008 pukul 4:48 pm
alan baik sangat:
Haha.. tu bole tahan lagi. Sensei aku die nak suarakan bunyi gear enjin camni.. “Wassha wassha wassha…” membe jepun aku pon gelak… bunyi tu diorang reka sendiri.. tak sama langsung dgn realiti.. hahaha
Januari 18, 2008 pukul 5:19 pm
err, ape sebenarnye yg die buat kat anjing tu? ‘dikatuk tu ape ek?
Januari 18, 2008 pukul 9:40 pm
rasa natto tu sama macam rasa tempe ? atau itu tempe jepun?
Januari 19, 2008 pukul 12:08 am
walaupun bukan keturunan jawa, tempe antara feberet aku. Tapi, apakan daya, natto tidak dapat ditelan walaupun setelah bbrp kali percubaan. Sasuga Irfan! Tabik spring!!
Januari 19, 2008 pukul 12:49 am
# mardiah :
katuk = ketuk, typo sebenarnya, tapi same jgak maksud die tu.. ngehe..
# suhaila samsuri :
Nak try? cube carik kat mana2 supermarket. Giant or Jusco ade jual kot..
# jepunis :
Dulu, waktu kecik2, aku gila tempe mentah.. orang kata aku ni pelik.. hahaha
Januari 19, 2008 pukul 3:42 am
Irfan-san mesin berhntu tuh mesin ATM ke..ngehe..
Januari 19, 2008 pukul 7:29 am
penjodoh bilangan onigiri ialah batang?
~nya nya~
Januari 19, 2008 pukul 3:12 pm
Assalamualaikum buat irfan.
(irfan jani? ade iras-iras irfan khairi pula. hehe.. gurau saja)
Sebetulnya saya seorang cikgu (matematik) di sekolah rendah di klang.
Saya tahu kewujudan blog ini setelah diperkenalkan oleh isteri saya (juga seorang guru di sekolah sama). Pertama kali. Menarik. Hampir 4 jam saya habis membaca semuanya.
Saya mendapati penulisan Encik Irfan banyak yang boleh dikongsi dengan anak-anak murid saya. Kebiasaannya sebelum saya
mengajar, saya selalu akan menceritakan sesuatu untuk menaikkan semangat anak-anak murid saya. Saya fikir saya perlu menceritakan pengalaman hidup saudara di Jepun sebagai perkongsian dengan mereka. Harap saudara Irfan tidak keberatan.
Berikut adalah link berkenaan artikel yang mungkin akan saya cetak nanti:
http://sangpelangi.com/2007/11/03/berucap-di-khalayak-elit/
http://sangpelangi.com/2007/09/30/aksi-cemas-di-dunia-gerabak/
http://sangpelangi.com/2007/09/17/bila-allah-dibahan-ketawakan/
http://sangpelangi.com/2007/01/31/akukah-itik-berbahasa-ayam/
http://sangpelangi.com/2006/10/11/setan-pengacau-solat-di-kala-ramadan/
http://sangpelangi.com/2006/10/06/kurma-dlm-bhs-jpun-bermakna-kereta/
Permintaan lain, saya benar-benar mengharap agar artikel ini ditulis semula oleh Irfan kerana terdapat beberapa singkatan yang mungkin sukar difahami oleh anak murid saya.
http://sangpelangi.com/2006/09/15/rahsia-jepun-membuat-robot-mesti-baca/
Jadi, saya meminta izin terlebih dahulu kepada tuan empunya blog ini berkenaan hal ini. Harap saudara Irfan
boleh membalas mesej ini secepat mungkin.
Semoga Allah merahmatimu. Teruskan berkarya.
Wassalam.
Cikgu Salim.
Januari 19, 2008 pukul 9:21 pm
katuk(typo)=ketuk..
kalau dalam loghat orang terengganu, katok=ketuk/pukul(@ seangkatan dengannya)
cikgu salim, itu artikel sebelum irfan ni nak jadi pejuang bahasa..hehehe. tapi kalau sebuah artikel yang baru ditulis, mungkin ia akan hilang sedikit elemen ‘jenaka’nya. terpulang pada tuan artikel lah ya..
Januari 20, 2008 pukul 9:41 am
sian anjing tu.. isk isk
lari topik sket,
nak mintak tolong r
komputer aku ni..ting tong! dah tak boleh:
-bukak gmail
-bukak yahoo mail
-pakai y!m
-post n3 ngan komen kat blogspot
-tgk videos kat crunchyroll
-youtube pon dah tak bleh
Y_Y wuu..wuuu.. helpless. taktau da nak tanye sape.
seb baik bleh anto komen kat wordpress.sesape tau ape kes komp ni, tolong la ye..
ape ni? virus ke? wuuu Y_Y
Januari 20, 2008 pukul 1:14 pm
wah! dulu aku dicabar kawan2 jepun aku makan semangkuk natto. Aku amik soyu sket letak dlm natto dan terus makan lahap begitu sahaja. Mereka terkejut lalu tepuk tangan! sugoiiiiii kata mereka. Ya rahsianya spt ko kata..hanya anak jawa yg berani makan tempe mentah! Mmg terubat rasa hati bila rindu nak makan tempe…nattolah jawabnya. Aku ada resepi mcmana natto boleh kau jadikan tempe goreng! nak tak?
Januari 21, 2008 pukul 9:03 am
minta link blog, menarik ceritanya! thanks.
Januari 22, 2008 pukul 6:06 am
# bizarre :
Hik2.. baru tau ke? penat saya kasi hint tu.. ;p
# tk2 :
Ala.. ada yang panjang2 tu..
# cikgu salim :
Waalaikumsalam cikgu salim. Terharu di atas penghargaan itu. (saya sudah emel cikgu semalam)
# SoffOnE :
Ala, tak reti aku nak berjenaka2 ni, Safwan.. buat ayat skema kene ade lawak eh..hehe..
# kamel :
Kamel, nanti saya buka thread baru untuk tujuan ini. Nanti kita ramai2 setelkan sama2, ye?
# rudy@bluehikari.com :
Wahh.. Nak2… Bro buatlah entri pasal Natto jadi tempe tu.. ramai yang rindu kat tempe ni tau.. hehehe
# hata :
Silakan hata. Kalau dapat link awak, boleh saya letakkan kat tepi kanan tu nanti.. ;>
Januari 26, 2008 pukul 5:46 am
Hehe..semua post ko memang aku cukup suka. Menarik hati dan tak melampau. Sesuai untuk semua mata yang membaca..:D
Sian anjing tu..
Januari 26, 2008 pukul 7:09 am
# titan :
Melampau?? ade blog TERlampau ke? bak contoh.. nak tengok.. (haha.. dun ged mi rong, ok )
Januari 26, 2008 pukul 10:35 am
owhh, sian kat anjing tuh.. mmg bahye kalu silap tegor erkk, penjara..huuh.
p/s: waa, fan, artikel dlm blog ko nih nanti jadi femes la kat skul malaysia.. ^_^
Januari 26, 2008 pukul 9:00 pm
ye, time kasih!
ssob
Februari 1, 2008 pukul 6:57 am
baru aku terpikir… kenapa la aku jer dulu layan natto… naruhodo… similiar with tempe… lama x mkn nie… ader gi cr kat ISETAN klcc nie.. ish2…
Februari 13, 2008 pukul 1:52 am
time travel p japan, ada singgah sehari di TOYAMA. local kata makan natto yg dibakar atas daun..err…daun apatah best….tapi pasal dah bejalan sakan x ingat dunia…hemmmmm x sempat langsung!
Tapi kalau summer plan in Hokkaido jadi…nak jugak rasa natto tu…..