Salam pembaca SangPelangi.com.
Hari ini saya punya beberapa buah fikiran untuk dilontarkan tanpa selindung balik. Simpang siur jalan dakwah kini semakin mencabar, menuju ke era teknologi canggih dalam dunia kini yang kian tiada pemisahnya. Jalan dakwah perlu dinaik taraf seiring dengan letusan teknologi maklumat. Kebaikan dan keburukan sering bertumbuk terajang mendapatkan perhatian.
Sering kedengaran serak garau suara-suara mereka yang menyebut dakwah mesti diberi percuma. Walhal kita perlu sedar bahawa setiap gerakan dakwah perlukan dana yang pelu dijana. Ekonomi gerakan dakwah tidak boleh bersandar pada hasil sumbangan ikhlas semata-mata. Dakwah bukanlah percuma.
Selusurilah jalan-jalan sirah sepanjang dakwah Rasulullah SAW bersama sahabat. Baginda dan sahabat punya perniagaan mereka sendiri yang hasil keuntungannya diraih untuk memutar ekonomi, mendiri tangan dan kaki, menyuap tenaga menyebar risalah di atas jalan ilahi.. “Sembilan persepuluh keuntungan adalah dari perniagaan”, sudah sedia masyhur. Mereka punya strategi sistematik untuk tujuan ini.
Banyak cara menjana “kertas bernyawa” di alam maya. Sedia maklum, antara yang popular adalah keuntungan yang dicapai dari ruangan iklan-iklan. Jika saya senaraikan satu persatu, boleh memakan masa bertahun-tahun. Hampir setiap hari bakal lahir teknik-teknik baru. Bergelut dengan soal halal haram sangat meletihkan. Bahkan bisa meletupkan perdebatan di kalangan usahawan-usahawan siber dan ahli agama. Buah amal dari pohon ilmu perlu dituai. Kita belajar teknologi bukan untuk urusan dunia semata-mata.
Perniagaan internet dan program menjana duit di internet adalah berbeza. Perniagaan internet adalah aplikasi perniagaan tradisional yang dilakukan dengan automatik secara maya. Sedangkan menjana duit adalah usaha mendapatkan keuntungan atas urusan maya. Akar umbinya kedengaran sama, tapi cara semaian “benihnya” adalah sangat berbeza, sejauh awan ke dasar laut. Teroka penerangan selanjutnya di sini.
Saya menjuruskan skop yang lebih kecil, iaitu dalam aspek pengiklanan. Penyedia laman dakwah perlu sedar bahawa iklan yang terpapar perlu mencapai piawaian dan standard yang berstatuskan halal dan tidak lagi meragukan. Dalam kategori ini, saya punya beberapa cadangan dan teknik yang boleh dikongsi.
Keperluan iklan dalam blog: Menanggung kos hosting/server bulanan, kos untuk domain tahunan, kos-kos selenggaraan dan sebagainya.
Masalah 1 : Isu Eksploitasi Wanita
Dalam dunia pengiklanan, ekspresi model dan aurat penggaya iklan tidak lagi dihiraukan asalkan dapat menarik pembaca atau penonton. Kajian guru agama saya (ustazah saya di SMK Pasir Gudang), Ustazah Maizatul, berkaitan isu “Eksploitasi Wanita” perlu diberi perhatian serius (saya pernah menyarankan kertas laporan ustazah disiarkan di dada akhbar). Penampilan wanita cantik hampir menguasai 80% dalam dunia pengiklanan. Batas aurat dan budi bicara sudah tidak dihiraukan lagi. Seperti contoh di sebuah laman blog dakwah ini; (klik untuk lihat contoh). Mengapa ini bisa berlaku? Kita selungsuri kepada masalah 2.
Masalah 2: Kuasa pengiklan.
Sebagai contoh penyedia iklan Advertlets, iklan yang mereka paparkan adalah bergantung pada mereka. Webmaster (penyedia laman) cuma menyediakan ruangan iklan sahaja dan jenis paparan iklan akan dipaparkan secara automatik dan berkala. Ketika itu, iklan yang dilihat webmaster mungkin tidak sama dengan pelawat yang lain. Iklan dibezakan mengikut golongan sasaran berdasarkan lokasi pelawat sasaran iklan terbabit dan track (jejak) dari laman mana pelawat itu datang ke laman itu. Untuk contoh pengiklan teks, ada terdapat ruang iklan yang bersangkut paut dengan perniagaan haram seperti tilik nasib, dan beberapa lagi model perniagaan barangan haram yang lain. Saya pernah lihat iklan pil viagra dan arak di laman dakwah lain tanpa disedari webmaster itu sendiri
*Maaf, saya terpaksa menangguh dahulu artikel ini kerana perlu bersiap untuk pulang ke Numazu dari Gifu. Saya akan kupaskan beberapa isu lain di entri mendatang. Antara yang bakal dikongsi adalah:
-Masalah-masalah kecil dalam pengiklanan.
-Kesan iklan terhadap laman dakwah.
-Faedah pengiklanan dalam dunia dakwah.
-Teknik dan strategi untuk laman dakwah.
p/s: Saya punya satu idea hebat untuk aplikasi dunia pengiklanan yang lebih fleksibel dan baik untuk laman dakwah. Semoga jalan dakwah tidak tercemar dengan anasir-anasir yang membahayakan.
Oktober 28, 2007 pukul 12:21 am
x sabar menanti sambungannya
Oktober 28, 2007 pukul 2:30 am
oII. Cepat-cepat sambung…. huhuhu
Oktober 28, 2007 pukul 8:12 am
tanoshiminishitema~su
Oktober 28, 2007 pukul 8:57 am
input tambahan:
Untuk iklan advertlets, webmaster bebas memilih kategori iklan yang bakal terpapar, tapi kadangkala aspek-aspek tipikal lain seperti model wanita dan lain-lain perlu diambil kira.
*baru tiba di teratak sendiri. Letih sedikit.
Oktober 29, 2007 pukul 3:59 pm
Haiyo. Ingatkan sudah dibongkar. Penat membaca dengan teliti sampai habis. Rupanya belum disambung lagi. Cepat2! Tak sabar menunggu.
Oktober 30, 2007 pukul 5:31 am
artikel yg subarashii. teruskan. x sbr tunggu sambungannya. gambaru
Oktober 31, 2007 pukul 7:25 am
Adeh, nama pun iklan Victoria Secret (jenama bra). takkan nak guna model lelaki pakai bra kot.hehe.:D
November 18, 2007 pukul 6:19 pm
Lamanya iklan promosi ni nak tamat tempoh. Ponek eden nunggu deh..