Azam Baru Ramadan.

Biasanya kita selalu mendengar ketika datangnya tahun baru, pasti ada yang menanam azam untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dari tahun lepas. Tak lupa juga untuk kedatangan tahun baru hijriah. Mungkin dalam bulan ramadan, pasti ada yang sudah pun menanam cita-cita untuk melakukan ibadah puasa yang lebih baik daripada Ramadan yang lepas-lepas.

Aku secara peribadi, rasa malu untuk menceritakan apakah cita-citaku untuk Ramadan kali ini. Sejujurnya, ia bukanlah satu cita-cita, malah menjadi tanggungjawab bagi aku sebagai seorang mukmin untuk memahami maksud dan pengertian setiap bacaan dalam gerakan solat.

(Bayangkan, umur aku sekarang sudah 21 tahun, baru nak mula menghafalnya semula. Sedangkan ia sudah diajar sejak aku tadika lagi.)

Kepada yang belum menghafal (atau ingin mengingatkan semula), marilah sertai barisan di belakangku untuk memantapkan lagi kekhusyukan dalam solat.

Inilah keseronokan yang sebenar. YEAH!!!!

Mari kita mulakan. (bagi yang tiada kesempatan waktu, boleh muatturun fail WORD ini untuk dicetak. Klik kanan dan pilih “Save Link As..”)

kredit diberikan kepada: Iraz Syamil Mohd Zahari

.
Doa Iftitah:

“Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah, dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.”

.

Bacaan Rukuk:

“Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.”

.

Bacaan Iktidal:


“Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya.”

“Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji.”

.

Bacaan Sujud:

“Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya”
.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:

“Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.”
.

Bacaan Tasyahud Awal:


“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”

Sambungan untuk Tasyahud Akhir:

“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.”

.

Doa Qunut:

“Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. Berkatlah hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Jauhkan aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperoleh pimpinanMu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau. Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf, dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan.”

.
Bacaan Sujud Sahwi:

“Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”
.

Bacaan Sujud Sajadah/Tilawah:

“Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta.”

.

Apakah azam anda untuk Ramadan kali ini? Aku nak tau jugak ni.. hehe..

9 Tanggapan ke “Azam Baru Ramadan.”

  1. khiaqusan Berkata:

    waaahh.baguiih azam bro irfan..semoga dipermudahkanNya..ameen
    salam ramadhan..

  2. aInohikari Berkata:

    alhamdulillah azam yang bagus. Sama-sama kita buat usaha untuk pemantapan solat kita . Kalau dalam tariqat, dia ada dipanggil hakikat-hakikat dalam solat itu seperti hakikat jazbah, hakikat yakin, hakikat sohih dan sebagainya, atas tujuan untuk mencapai tahap betul-betul khusyuk dalam solat. Secara detailnya boleh tanya orang dalam tariqatlah.

    Orang yang betul-betul khusyuk dalam solat kesannya kita boleh tengok di luar solat. InsyaAllah sama-sama kita usahakan.

  3. amira Berkata:

    bagusz.. azam ramadhan aku thn ni..
    nakkkkk sgt2 khatam quran.
    thn2 b4 xpnh menjadi.. hrp thn ni.. dpt la..

  4. alirfan Berkata:

    khiaqusan :
    Salam Ramadan.. ya.. abg khiaque kite.. rindu sungguh pada mu.. tak sempat bersua di IPIJ summer gath hari tu.. sungguh sedih.. (tp gembire sebab ade kt rumah..hehehe)

    aInohikari :
    Terima kasih atas info tariqat. Sungguh aku mmg tak tahu langsung pasal ni. (join IPIJ gath tak aritu? meh la share.. hehe..)

    amira :
    Ooo.. kalau sehari 1 juzuk.. memang kene disiplin. Aku sarankan ia dijadualkan, ibarat “perjanjian” dengan diri sendiri. Good Luck!!

  5. kumb@ng Berkata:

    selamat menyambut ramadhan… :D

  6. megat Berkata:

    salam ramadhan!

    insya allah lebih diberkati dan dirahmati NYA

  7. fazla Berkata:

    As’kum …
    Selamat menyambut ramadhan saudara Er-fun. Nampak yr request kat blog bahtiar pasal biskut raya..kalau mahu insyaALLAH onepiece boleh tolong panjangkan :) . Blh berbicara di YM k .

  8. bulanbiru Berkata:

    Nawaitu yg baik akan diberkati..InsyaAllah..

  9. syamil Berkata:

    nice.
    good luck, & thanks…

Tinggalkan Balasan