Sedikit nukilan di waktu Syuru’. Waktu yang dikatakan haram untuk melakukan sebarang solat sunat. Hingga sekarang masih ada di antara “mereka” yang masih lagi dalam dilema. Yang terlajak subuh, masih menunggu waktu Syuru’ berakhir untuk menyelesaikan Qada’ Subuh (kira-kira 28 minit selepas tamatnya Subuh, atau ter”tumbuh”nya “tanduk syaitan” di bawah mentari).
—————————————————-
Syuru’
Raja Syaitan masih di kerusi,
gah bersemayam di bawah mentari,
tersenyum lebar melihatkan jajahan,
tanah taklukan penuh seksaan.
Puas, asyik, girang,
askarnya menang di medan perang,
terhangguk-hangguk ber”Pesta Syuru’”.
Diteliti wilayah kiri,
ada yang lemas dibanjiri mimpi,
ada yang dirantai tujuh belenggu,
ada yang dikarung kebarung khinzir.
Diteliti wilayah kanan,
ada yang berebut harta tawanan,
ada yang rakus menghadap santapan,
ada yang tenang nantikan petang.
Wahai rakan tentera,
bangkit dan genggamlah senjata!
Lupakan cinta dunia!
Abaikan kehendak loba!
Ini medan kita! Ini tanah kita!
Adakah kau lupa,
bukankah sudah diasah parang kalian,
dengan airmata di sepertiga malam?
Adakah kau lupa,
bukankah sudah dilatih dengan ketat,
dengan senaman ribuan rakaat?
Adakah kau lupa,
janji-janji hadiah kemenangan nanti?
Tanah misteri itu bakal kita diduduki,
yang luasnya tak bertepi,
yang sungainya berjuta rasa,
yang bidadari jelita tiada tara,
yang usia kita kan selamanya muda,
apakah itu tak cukup lagi?
Wahai rakan tentera,
usah dinanti bayang sekaki.
Tewas tika di fajar tadi,
jadikan motivasi pembakar diri.
Kini,
peganglah peranmu,
yang sudah dilantik Si Pesuruh,
yang sudah diarah Si Pengarah.
Kerna hakikatnya,
senjata askar insan,
terbina dari besi iman,
lebih tajam dari tanduk si syaitan.
Al – Irfan,
0655, 12 Ogos 2007,
Pasir Gudang,Johor
—————————————————-
Firman Allah swt :-
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. ” [al-Nisa' : 103]
Sabda Nabi
:-
مَنْ نَسِيَ صَلاةً فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا لا كَفَّارَةَ لَهَا إِلا ذَلِكَ
“Barangsiapa yang terlupa solat maka hendaklah dia bersolat sebaik sahaja dia ingat, dan tidak ada kifarat yang lain melainkan itu” [Hadith Riwayat Muslim]
Di satu hadis panjang riwayat Abu Qatadah RA, beliau menceritakan keadaan Rasululah
dan sahabat yang tertidur lalu terlajak waktu solat Subuh walaupun ketika musafir. Mereka menyedari hal ini semasa mentari meninggi dan Abu Qatadah berkata :
ثُمَّ أَذَّنَ بِلالٌ بِالصَّلاةِ ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ صَلَّى الْغَدَاةَ فَصَنَعَ كَمَا كَانَ يَصْنَعُ كُلَّ يَوْمٍ
“Maka Bilal pun mengazankan solat, maka Rasulullah
bersolat 2 rakaat, kemudian baginda bersolat fajar, sebagaimana baginda melakukan pada setiap hari” [Sahih Muslim #681].
Imam al-Nawawi ketika menghuraikan hadis ini, mengatakan bahawa perkataan (كَمَا كَانَ يَصْنَع كُلّ يَوْم ) “sebagaimana baginda melakukan pada setiap hari” menunjukkan cara solat yang tertinggal dilakukan sama sahaja dengan biasa seseorang itu melakukannya.
Kesimpulan : Selesaikan Qada’ Fajar bila tersedar dari tidur. Ia jadi haram bilamana sengaja solat ketika waktu haram bersolat tanpa alasan, atau melambatkannya sehingga mentari naik.
P/s: Kredit kepada Ustaz-ustaz di Al-Ahkam.net.
September 11, 2007 pukul 7:45 am
Assalamualaikum
Puisi yang bagus. Malah (pada pendapat saya) lebih bagus dari Nafiri Sakti yang dihantar ke grup karyawanluarnegara. Menunggu karya seterusnya dari saudara Irfan.
Jangan lupa hadir ke Asakusa Mosque utk Semarak Ramadhan 2007 nanti pada 15-17 Sept nanti ye..
Salam ukhuwah dari tokkura.
September 11, 2007 pukul 3:32 pm
waalaikumsalam TokKura.
Terima kasih atas dorongan. Tak sangka bukan saya seorang sahaja peserta dari Jepun. Selain kita berdua, siapa lagi ya? Kalau boleh meramaikan lagi, mungkin Jepun akan tersenarai dalam projek HS-GKLN nanti.
15-17 September 2007, minggu itu adalah “shiken shuukang”, tapi saya akan cuba.. semoga berjumpa kita nanti di sana.
Salam bertaut dari SangPelangi.
September 12, 2007 pukul 1:41 am
Salam Irfan,
Betul kata tokkura, puisi ni bagus. Timbul kegatalan jari untuk mengkritiknya … tapi malu laa pulak nak membebel panjang-panjang di ‘rumah orang’ =p
Apa kata hantar ke grup? Mungkin banyak yang boleh dikongsi bersama.
meow~
September 12, 2007 pukul 9:26 am
haha.. takpe2.. aku suke kene kritik..
lagi bagus kalau kritik kat sini.. nanti semua orang boleh belajar sama.
aku akan tunggu..
September 17, 2007 pukul 11:14 pm
salam.
Bukan keletihan pose sampai tak update la, baru pindah dari rumah kawan masuk ke university hall. Baru dapat internet. InsyaAllah proses peng-update-an akan berlangsung sesegera mungkin. =D
Memandangkan penulis tak hendak hantar ke Yahoo Group GKLN untk dibincangkan, dan sang kucing kegatalan jari untuk mengkritik, i’ll just drop a few comments here, insyaAllah boleh ramai-ramai ambil manfaat =D
Stanza 1 tu, baris 4, “tanah taklukan penuh seksaan” macam tak berapa sesuai dengan ‘mood’ stanza. Imej yang diperoleh agak pelik. Kenapa penuh seksaan? Bukankah orang yang tak bangun Subuh riang gumbira bercanda di bawah selimut. Seksaan tu di akhirat (dengan izin Allah =|). Hehe. Baris 5 dan 6 “puas, asyik, girang/ askarnya menang di medan perang” tu mungkin boleh diekonomiskan lagi penggunaan kata. Rephrase with other expressive words, kasi jimat sikit, less said, better impact kadang2.
Stanza 2 dan 3 pulak, pada penilaian aku, perulangan “ada yang” dalam baris 2, 3, 4 tu macam lewah, lebih kemas dan cantik kalau ditiadakan. Untuk mencipta perkaitan antara ketiga-tiga baris itu mungkin boleh ditambah satu baris lagi atau edit pemilihan kata. Demikian juga dalam stanza 7, kata ‘yang’ yang memulakan baris 4-7 tu pun seperti lewah dan lebih elok kalau ditiadakan. Baris 8 “apakah itu tak cukup lagi” juga nampak terlalu langsung dan kurang puitis. Stanza 8 pun, baris 7 dan 8, “yang sudah dilantik Si Pesuruh, yang sudah diarah Si Pengarah” kelihatan lewah, boleh dibaikkan lagi.
Secara kesimpulannya, aku rasa bila menulis puisi, baca balik berkali-kali, cuba lihat mana-mana perulangan yang tak perlu atau ayat-ayat yang macam direct sangat. Puisi akan nampak lebih matang kalau penjimatan dilakukan secara berstrategi. Antara sebabnya, bila kita rasa ayat terlalu panjang atau tak berapa best, maka kita akan berusaha mencari perkataan yang lebih ekspresif, atau menyusun ayat dengan cara yang lebih kreatif untuk menyampaikan maksud yang sama (atau lebih jelas). Mari berjimat cermat dalam menggunakan kata-kata. Hehe.
Untuk aspiring writers dari bumi Nippon, silalah masuk blog GKLN.. boleh daftar juga.. http://gkln.blogspot.com/
(sambil melayan lagu Into The West)
Salam Ramadhan.
meow~
September 18, 2007 pukul 11:23 am
Wahhh2…. best2.. bagus2…
terima kasih ya Dibah..
nantikan hasil ubahannya di ruangan ini.. (2hari lagi)..
tunggu..
Oktober 1, 2007 pukul 10:03 am
alamak… terasa diri nih masih lagi ciput dalam mengarang puisi… tambah lagi perbendaharaan kata aku masih kurang lagi… aku cuba nk menyokong dan membangunkan bahasa melayu tapi tak mampu laaa….. isk iskk… laman kat e-sastera pun dah terbiar… waaaaaaaaaa!!!!