Kek Batik Shizuoka (tajuk-ikut-sedap-aku)

Sejak berkurun lama blog ini tidak terurus, serba salah jadinya. Jadi, untuk mengembalikan kemeriahan SangPelangi, aku dengan bermurah hatinya ingin berkongsi sebuah resipi ciptaan aku yang diberi nama “Kek Batik Shizuoka”. Mari makcik-makcik, jangan dok baca saja, silakanlah cuba di rumah, ya? hehe..

(Sebenarnya, resepi ini adalah mengikut gerak hati aku. Jadi, untuk mengelakkan kek anda tidak menjadi, sila pastikan kerja-kerja anda diawasi oleh mereka yang benar-benar pakar. Harap maklum)

Bahan-bahan :

1. Milo 1 paket besar.

2. Gula pasir 1kg.

3. Serbuk koko (sesedap hati).

4. Biskut Marie 2 kotak.

5. Telur 3 biji.

6. Mentega.

7. Susu pekat 2 tin.

8. Bijirin sarapan Cornflakes 1 kotak.

Langkah-langkah:

1. Mula-mula, panaskan periuk. Masukkan mentega sebanyak 1 bar. Cairkan di atas api yang perlahan.

2. Sambil digaul perlahan, masukkan kesemua 1 paket besar Milo. Jangan berhenti mengacau campuran itu.

3. Masukkan telur 2 biji (pecahkan terlebih dahulu dan buangkan kulitnya ya?). Tuangkan susu pekat manis sebanyak 2 tin. Letakkan beberapa sudu serbuk koko (jika mahu).

4. Bila kesemua campuran semakin sebati, tutup api dapur. Pecah-pecahkan biskut Marie dan campakkan ke dalam periuk. Selang-selikan dengan bijiran sarapan Cornflakes sehingga memenuhi ruang-ruang kecil campuran tersebut.

5. Gaulkan sehingga kesemua biskut itu diselaputi campuran coklat yang dimasak tadi. Pastikan kesemua biskut diselaputi cairan coklat tadi.

6. Tuangkan ia ke dalam loyang logam yang disalutkan dengan plastik. Pastikan campuran sudah sejuk sebelum dituang.

7. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.

8. Siap dan boleh dihidangkan bersama air suam.

NOTA: kepada pesakit kencing manis, anda dinasihati tidak mencuba resepi ini kerana ia sangat manis dan bisa membahayakan tahap kesihatan anda.

8 Tanggapan ke “Kek Batik Shizuoka (tajuk-ikut-sedap-aku)”

  1. pauhfc Berkata:

    salam..

    boleh bukak kedai la lps ni ko irfan..bg nama kek batik shizouka sure ramai org beli.

  2. DikMal Berkata:

    ala2 honeygolde cornflake gitu :D hehehee..

  3. Far_east Berkata:

    ceh!!kek batik lagi..dh la balek msia tak jumpe aku..baru aku nak aja ko buat kek songket, ngan kek pelikat cap gajah dudok.hehe..(tak lawak)

  4. wan_atiqah Berkata:

    betul ke resepi nie…irfaN..

  5. alirfan Berkata:

    ini resepi betul lah cik kak oi..
    ingat aku memain ke? tu buktinya..
    ade orang buat kek batik tak pakai telur + butter.. ade org letak..
    cornflakes ngan ape jadah yg pelik2 tu mmg saje2 aku nk letak.. jadi pe.. sdap plak tu..

    dah try ke? aaaa…. kene try dulu.. baru leh cakap.. hahaha

    p/s: “kek kain pelikat” mmg tak lawak sungguh.. huh..

  6. amira Berkata:

    fav kek aku nih.. tp melampau sungguh sukatanye. sp yg dh ade kncing manis.. mmg brtambah manis la kencing die.

  7. harisNoor Berkata:

    mentega 1 buku????? eiiiii takotnye nk makan…

  8. bizarre Berkata:

    emm..yummy! teringin nak cube..
    bila agaknye dipasarkan di pasaran?
    or hanye menerima tempahan xclusive saje?

Tinggalkan Balasan