Video Klip Pilihan Jun.. Kalau Tuhan Dikenali, Mawaddah.

Tajuk lagu, Bila Tuhan Dikenali. Dirakamkan di stesen Indonesia, TVRI.

Kumpulan Mawaddah.. kalau sesiapa yang masih belum kenal lagi kumpulan ini, saya memberikan sedikit penerangan. Kumpulan ini dianggotai bekas pelajar-pelajar Malaysia di Jordan dan asalnya ditubuhkan di sana. Apa yang membanggakan, sebelum kelahiran album mereka di Malaysia, nama mereka sudah terkenal di beberapa negara sekitar nusantara dan Asia Barat.

Bayangkan namanya cuma satu, Mawaddah. Tapi, tenaga yang menggembling Mawaddah seperti sebuah kerajaan. Aku pernah diberitahu oleh seorang kawan yang mewakili mereka (sewaktu menjayakan persembahan di Dewan Felda), boleh dikatakan jumlah ahli anggota Mawaddah yang sebenar adalah seramai 30 orang.

Kali pertama aku melihat persembahan mereka secara langsung adalah ketika malam kebudayaan sempena Festival Layang-layang Antarabangsa di Bukit Layang-layang, Pasir Gudang (tak ingat tahun bila). Persembahan masa tu memang dapat perhatian maksima dari penonton yang terdiri daripada pelbagai golongan.

Lagu yang aku minat dari mereka boleh dikatakan kesemuanya. Tapi, terbaik antara yang terbaik bagi aku adalah *Terima Kasih Tuhan.

Boleh cari video mereka yang lain di Youtube. Taipkan saja nama *mawaddah di enjin carian.

p/s: Ada lagi sebuah kumpulan kanak-kanak yang namanya Mawaddah Kecil. Rasanya mereka di bawah naungan syarikat rakaman yang sama.

50 Tanggapan ke “Video Klip Pilihan Jun.. Kalau Tuhan Dikenali, Mawaddah.”

  1. alirfan Berkata:

    Boleh lihat profile lanjut Mawaddah di sini http://www.youtube.com/watch?v=1NlKlcNojWg

  2. kamil Berkata:

    ini persolan untuk semua.. ini bukan soal jumud atau kolot, tp ni persoalan halal dan haram. aku masih berpegang pada pendapat haram bagi perempuan menyanyi di hadapan bukan muhrimnya. walaupun mesej yg disampai bagus, tp still matlamat tidak menghalalkan cara. kita tengok pendapat ustaz zaharuddin di sini —> http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=495&Itemid=72 …lepas baca, korg nilaila sendiri apa yg terbaik..wassalam

  3. dikmal Berkata:

    saya bukanlah yg paling arif utk bg pandangan..tp mudahnya begini… kalau nasyid itu, ketika menyanyi tu, boleh menimbulkan rasa2 lain, pada org2 lain, kalau hiasan berlebihan itu boleh mengugat iman org lain..maka eloklah dielakkan :)

    apa pun, kita manusia perlu saling ingat mengingati..kadang2 terlupa, maka ingatkan kembali :)

    dalam pada tu, maksud yg baik dari liriknya, perlu di ambil sbg renungan… kan mesej yg nk difokuskan, maka boldkan mesej..jgn boldkan appearance..

    kdg2..keterampilan yg berlebihan juga, menenggelamkan mesej yang nak disampaikan..

    pendapat saya yang masih mentah :)

  4. PemerhatiBebas Berkata:

    Salaam. erk. bro kamil, referring to post ust zaharuddin, ini la yg dipanggil conflict of interest apabila memberi hukum. Haram apabila ianya menjadi sesuatu yang boleh membawa kepada dosa, kepada zina hati dan sebagainya. Kalau tak membawa, macam mana? Maaflah, tapi harap anda dapat refer balik post ustaz Zaharuddin, atas sebab apa ianya ditulis. Dan merefer kembali kepada hukum-hukum oleh pihak salafi (yang pada mereka tentang hati) dan syarie (yang pada mereka adalah hukum-hukum secara umum), di sini lah bezanya.

    Soalan mudah : Apa hukum memakai seluar yang dicuri? Kalau pihak syarie xde masalah sbb, tetapi tidak pada pihak salafi, kerana takut2 membawa kepada benda2 lain yang boleh membuatkan kita lari dari Allah s.w.t. Same goes here. Pada saya kedua-duanya juga benar, terpulang pada masing-masing untuk menerima mana-mana sekalipun, berlandaskan dalil-dalil (naqli dan ‘aqli, but of course la naqli come first, baru ‘aqli)

  5. Far_east Berkata:

    Pasal hukum ni, nak ckp pon aku bukannye ustaz atau muallim. tp, takkan nak kena ustaz yg ckp baru nak ikot. Katelah seorang penagih dadah dtg kat korang pastu ckp kat korang “Weih, ko jangan isap dadah. bahaya dow..”(dgn nada lalok aaa) dan aku yakin dan optimis dalam hati korang akan ckp, “blah la ko!!ada hati nak nasihat aku!!sendiri pon isap dadah!!”.kan?kan?tukan 1st yg terdetik dlm hati.
    Kalau nak diikutkan, apa2 nasihat yg baik diterima. Tak kiralah sape pon yang bagi nasihat tu. Takkan nak tunggu ustaz gak yang nasihat. Letih ar camtu..

  6. kamil Berkata:

    Salam ukhuwwah kpd far_east,dikmal dan pemerhati bebas. Alhamdulillah, Allah pilih kita untuk discuss soal agama disini. =) Insyallah, seperti kata far_east, dalam berbincang soal agama,sangatlah perlu untuk kita “berlapang dada”, moga2 dgn sikap ini, akan tersimpul sebuah jawapan yg betul dan benar. ikhlasnya, ana hormati pendapat dikmal,pemerhati bebas dn far east..
    Sahabat-sahabat, setelah meneliti pelbagai hujah maka kita akan mendapati hukum muzik itu dan nyanyian tergantung di atas beberapa neraca pertimbangan iaitu :

    - Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau Nyanyian dibuat
    - Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya
    - Isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut
    - Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu
    - Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan

    Perkara di atas menjadi sebab dan punca halal atau haramnya muzik dan nyanyian berdasarkan kajian para ulamak dan hasil telitian menurut hujah dan dalil yang diperbahaskan sekian lama oleh fuqaha Islam. So, ianya tetap akan menjadi haram apabila wujudnya “cacat disebabkan oleh salah satu dari 5 perkara yang disebutkan oleh keadah di atas”. Dan perkara hak dan batil tidak boleh dicampur semata-mata memenuhi tuntutan nafsu kita. Adapun manfaat yg ada pada perkara yg haram, tiada apa2 makna bagi kita. Kerana sampainya mesej penyanyi itu ke dalam diri kita sebenarnya daripada Allah bukan lirik itu sendiri. Jadi, bagaimana bisa Allah berkompromi dengan perkara haram ? –> ( pertanyaan bagi pendapat dikmal ).
    Firman Allah swt :”Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya .” (Al Ahzab: 32).

    Ana faham, suara wanita tidaklah aurat dan bukanlah haram jika bekeperluan tetapi adalah sebaliknya dan disepakati bahawa suara wanita itu menjadi haram jika ianya demi hiburan dan keseronokkan. Bukankah suara wanita penyanyi itu demi menghiburkan pendengar lelaki dan bukankah ianya dilakukan dengan melunakkan suaranya serta memerdukan sehingga menimbulkan keseronokkan lelaki ? Sebab bagi ana, ia bukan hanya membawa maksud kagum, tapi pasti dan pasti akan menaikkan syahwat lelaki dan menyebabkan zina hati. Ikhlasnya, ana pun meremang bulu roma bila dengar video klip di atas =) ( x mmpu untuk dengar sampai habis ). Maybe sebab iman saya tidak sehebat pemerhatibebas. Persoalannya, adakah masyarakat sekarang mampu menangkis nafsu syahwat ini? Hanya jawapan jujur yg diterima. Maka ini jelas haram seperti firman Allah swt di atas.

    Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap lelaki . Perhatikan hujung ayat 32 dari surah Al-Ahzab apabila Allah menyebut :”Dan ucapkanlah perkataan yang baik” (Al-Ahzab : 32).

    Iaitu dibolehkan wanita berbicara dengan lelaki tetapi bukan menyanyi atau memerdukan suara kepada mereka jadi tidak mungkin nyanyian itu dibuat dengan tidak memerdukan suara dan dgn tidak menarik perhatian. Jika demikian tidak dinamakan menyanyi tetapi bercakap. Mana ada artis penyanyi naik ke atas pentas dan bercakap dengan baik sebaliknya semuanya menyanyi dan meneran sekuat-kuatnya suara mereka serta melunakkan dan meneriakkan suara mereka sesedap yang mungkin. Maka inilah yang diharamkan dan dilarang dalam Islam. Isi kandungan muzik dan nyanyian itu terdiri dari senikata, maksud lagu apakah bermaksud yang baik, serta suara penyanyi yang menyanyikan. Jika lelaki maka hukumnya haram suaranya didengari oleh wanita kerana hukumnya sama seperti lelaki yang haram mendengar suara wanita yang melunakkan percakapan yang menimbulkan ransangan dan demikian wanita yang jika mendengar suara lunak lelaki boleh membuatkan cair hatinya sehingga terkeluar cecair di farajnya maka hukumnya ialah haram.

    “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya …” (An Nur: 30).
    “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

    Pemerhati bebas, ana cuma berpandukan kepada sumber Al-Quran dan Hadith. Insyallah, saya cuba fikirkan perlu atau tidak untuk saya refer kepada pendapat salafi atau lain2. Sekian pendapat yang dhaif dari ana. Kata-kata ana boleh ditolak dan dicampak, tapi tidak bagi firman Allah dan juga kata2 Rasulullah kerana semuanya benar. Insyallah, teruskan perbincangan. Insyallah, ana akan follow discussion ini..Walaupun tidak sependapat, hormati antara satu sama lain dan berbincang secara berhemah..di ditulah terciptanya keindahan Islam..Alhamdulillah..maaf terlalu panjang..ok, ana ada exam arini, doakan ana. =)

    Wassalam
    Dijemput ke blog ana

  7. alirfan Berkata:

    Salam semua. Untuk perhatian semua, perbincangan di sini bukanlah semata-mata untuk mencari penetapan tetap sepertimana yang dilakukan oleh ahli jemaah fatwa dan sebagainya. Cukup sekadar perkongsian ilmu yang sihat dan mesra supaya menjadi rujukan kita kelak di kemudian hari.

    p/s: tak sangka pulak jadi perbincangan lain.. kalau tanya pndapat aku plak.. Aku minat dgn grup Mawaddah bukan sbb paras rupa, tp sbb aku knal diorang mula2 pun mlalui mesej2 pjuangan mereka di corong radio.

  8. antiAstora Berkata:

    pelik… suara wanita berdakwah yang bermati-matian dikatakan haram. Sedangkan suara Siti Nurhaliza, Misha Omar, Nurdiana Naim dan ramai lagi tak pernah dipersoalkan.

    Plizz la, sebelum menegur orang berdakwah tu, tengok dulu senarai playlist kau yang berkepok di komputermu dan disekelilingmu.

  9. bukan kamil Berkata:

    wei kamil..relek2 ar nk bgi komen.. ader cara nk dakwah.. bila ko bgi dalil2 quran hadis n then ko ambik pendapat2 orang alim ngan campur pemikiran ko.. mmg ar bagus.. tapi cuba ko pk klo ader orang yg tak berapa baca quran n then dia baca komen ko panjang lebar tu.. ko tak rasa dia pening kepala ker baca n then susah nk paham.. n dia akan wat andaian yg bukan2.. last2 dia tak suka dgr nasyid.

    zaman skrg nasyid dah makin bnyak.. n tak dinafikan ader nasyid yg tak betol gak.. mcm nasyid pakai alat muzik yg tak bleh dlm Islam.Camner lak hukum nyer tu?Padahal orang2 yg bawak nasyid ni bukan calang2.. diorang pon ader ilmu gak..

    Ko kata bila diorang lenggok2 kan suara diorang(nasyid pmpuan) tak bleh..tapi klo tak wat camtu nnti tak sedap tak der plak orang nk dengor..kang takde orang nk dengo camne plak nk sampai dakwah.. ape2 pon tgk la niat set2 nasyid pmpuan ni aper.. sumer bergantung kat niat dioarng ar.. tak yah bgi dalil kat ko sbb ko lagi tau..
    betol kata anti astora tu..aku sokong.. siti nurhaliza sumer tu takder plak orang nk persoalkan..

    Dah ar tu..ape2 pon.. sumer ni sbenarnyer ader hikmah nyer.. khilaf antara ulama tu rahmat sbenarnyer.. akhir kata.. Ud `u ila sabiili rabbika bilhikmah..(mntak tolong kamil translate)

  10. Far_east Berkata:

    Hurm..wa,marah betol antiAstora. mcm terase plak aku..huhu. kalau ikotkan, dlm playlist aku, lagu2 pmpuan kureng aaa.majoriti jantan2. aku ske muzik. adalah mustahil kalau seseorg tu tak ske muzik kan..

    actually,aku tak kenal pon sape mawaddah tu, kalau My Chemical Romance, Muse, Arctic Monkeys,….aku tau aa. yela, kalau nak dgr lagu mawaddah pon “tak bleh”,aku dgrla aliran muzik lain mcm indi ke,punk rock ke…

    Kesimpulannye, pd pendapat akula, idea kumpulan2 nasyid yg spt itu diwujudkan mungkin adalah utk org2 mcm aku..mule2 tak tau, pastu tau, pastu dgr…bile dgr,secara tak langsung dpt menghayati lirik lagu2 tu.
    Contoh:

    Antara lirik dr lagu Terima Kasih Tuhan (aku amek dr link irfan bagi tu), “Terima kasih wahai tuhanku.. yang sentiasa melimpahkan rahmatNya.. membenarkan aku.. menghadapmu Tuhan.. yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang”
    bukankah lebih baik kalau nak dibandingkan dgn lirik yang mcm ni (yg selalu aku dgr):

    “Mama, we’re all full of lies.
    Mama, we’re meant for the flies.
    And right now they’re building a coffin your size.
    Mama, we’re all full of lies.”

    Mmg ntah ape2 kan lirik camtukan?rude kan bunyinye? tp tula hakikatnya.ni baru sikit, belum satu lagu,belum lirik2 yg lain. Tu baru dalam satu bidang muzik. Baru nasyid nak fight sket je, dah macam2 hujah keluar. Dah down org2 yg nak dgr lagu nasyid. Last2, malas nk dgr lagu nasyid..

    p/s: aku bukan nak ajak ikut cara aku, cuma beri pendapat dr pemikiran logik aku yang sgt daif lagi kekurangan ilmu nie. :)

  11. kamil Berkata:

    Alhamdulillah, perbincangan yang sihat. Selamat berkenalan anti Astora dan saudara “bukan kamil”. Alhamdulillah, masing-masing dengan pandangan yang bernas-bernas belaka. Alirfan, saya mintak maaf kalau komen2 saya mengundang ketidakselesaan di laman ni =)

    Saudara “bukan kamil” yang dihormati, semoga saudara berbahagia dengan pendapat saudara. Saya tiada hak nak sanggah pendapat saudara. Tapi oleh kerana ada persoalan yg ditimbulkan saudara kepada saya, maka sebagai tanda hormat kat saudara, saya akan jawab dengan sedaya termampu. Dan oleh sebab saudara tidak berapa setuju dengan penggunaan ayat quran dan hadis dalam komen ini, saya akur sbg menghormati permintaan saudara.

    “Nasyid pakai alat muzik yang x boleh dalam islam ? “..boleh saudara terang sikit kenyataan saudara ini. Macam pelik jer bunyi nyer =) Ermm, mmg penasyid-penasyid tu berilmu, that why diorang still guna alat-alat tu kot. Sebab diorang faham isu tu ada perbezaan pendapat atau dengan ayat mudah, tidak secara mutlak diharamkan. Saudara yang tak tau ek? hehe =)

    Ermm, saudara “bukan kamil” yg saya hormati, tidak pernah rasanya Allah memerintahkan perempuan berdakwah dengan menyanyi. Bahkan Allah melarangnya
    ( xleh bagi bukti sebab saudara x setuju saya letak ayat quran dan hadis kat sini =) ).
    Banyak lg cabang dakwah. Kalau nak nyanyi pun, depan yg halal baginya cukupla. Perempuan depan perempuan. Masalahnya, saudara yang teringin sangat kot..hehe =)
    Hehe, tak silap saya ramai jer yang persoalkan pasal artis tu. Akademi fantasia pun. Cuma kerajaan jer x layan. Takper, saya beranggapan saudara tak dapat maklumat tu disebabkan oleh kesibukan saudara =)

    Cuba bayangkan suatu hari, saudara “bukan kamil” nak halang seorang kawan yang kaki mabuk. Jadi sebab niat saudara baik, saudara ikut dia pergi pub dan minum sama2 arak tu sebab nak bagi rapat dengan dia dn mudah nak baiki dia. Rasa2nya bleh ker camtu saudara ? niat saudara kan baik =)

    Saudara “bukan kamil”, maksud ayat tu –> “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka secara yang paling baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk…”(al-Nahl: 125) [maaf, saya terpaksa letak ayat quran ni atas permintaan saudara juga =) ] .. Ermm, mungkin ada kesilapan saya walaupun saya sudah cuba jaga adab yang terbaik dalam berbincang. Tapi jika kita sudah beradab, adakah kita perlu bersedih atas layanan buruk orang lain terhadap kita? Tidak, hanya Allah yang tahu =) Jika saudara menganggap menggunakan ayat Quran sebagai sesuatu yg tidak berhikmah, saya terima walaupun sungguh pahit untuk ditelan =)

    Kepada saudara alirfan dan sahabat-sahabat semua, selamat berjuang di negara orang =) Yang tengah exam, do your best dan yang nak bercuti, selamat bercuti =)
    Kadang-kadang, perbezaan pendapat itulah yang merapatkan kita..hehe.. Itulah yang diharapkan. Saya sayang akan kamu semua kerana Allah =). Wassalam

  12. PemerhatiBebas Berkata:

    maaf ek kamil. sebenarnya ana xminat mawaddah. maka xdgr pon. ana more on nasyid2 lama je. yg baru ni dgr tp xdak la byk mane. ;)

  13. PemerhatiBebas Berkata:

    btw, kepada ‘bukan kamil’, tlg bagi contoh bende2 muzik yg xleh main dlm Islam? gitar? di mana dalilnya ek? Luqman : 6 ? Hadis riwayat Al-Bukhari ttg golongan akhir zaman yang lalai dengan arak, khinzir dan hiburan ? Emm, seingat ana xde masalah sebenarnya bermain gitar. Ini kata-kata dari Ibnu Hazm di dalam Halal dan Haram dalam Islam karangan Ustaz Yusuf Qaradhawi :

    “Ayat tersebut menyebutkan suatu sifat yang barangsiapa mengerjakannya boleh menjadi kafir tanpa diperselisihkan lagi, iaitu apabila dia menjadikan agama Allah sebagai permainan. Oleh kerana itu jika dia membeli sebuah al-Quran untuk dijadikan ayat guna menyesatkan orang ramai dan dijadikannya sebagai permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah s.w.t. Samasekali Allah tidak mencela orang-orang yang membeli lahwal hadis itu sendiri yang boleh dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk menyesatkan orang dari jalan Allah.”

    pada hakikatnya muzik secara general hukumnya akan jatuh pada siapa yang mendengarnya, atas alasan apa ia didendangkan, di mana (contoh : conference or party maksiat), bila (contoh : sehingga melewat-lewatkan waktu solat atau sampai ke tahap tertinggal solat dsb).

    btw saudara ‘bukan kamil’, konsep itulah sebenarnya yang membuatkan keadaan semakin runcing. Di mana umat Islam sendiri xleh nk terima dalil-dalil naqli, sebaliknya majority or fully dependent on hukum akal logika, which sometimes would not make sense.

    Betul komen kamil tentang artis-artis lain tu. The authorized je kadang-kala menutup sebelah mata apabila ada orang komen tentang isu artis wanita.

  14. open minded Berkata:

    salam kepada sudara kamil,and then shabat2 semua,,sy disini xnk la bg pendapat ape2 pon,,cume,,harap kalo leh,kite semua berfikiran terbuka,,jgn la terlalu kolot sangat,guna satu pendapt sahaja,byk lagi pendapt2 yg len,,

    so,harap pas ni,kite semua leh terima pendapt2 masing2..manusia kalo ikut kan hati binasa,jika ikut kan alquran dan sunnah,insyaallah selamat dunia akhirat,,waallahualam

  15. orangbaru Berkata:

    salam kepada semua. Aku orang baru kat sini,, beetul kata open minded tu. kena saling menerima,,tapi apa yang aku baca dari awal, saudara kamil cuma tekankan pada
    “HUKUM PEREMPUAN MENYANYI DEPAN BUKAN MUHRIMNYA” yg akan mggnggu nafsu syahwat lelaki. so, aku rasa betul jer dia cakap tu iaitu x boleh ( berpandu pada quran dan hadith ). aku takderla arif bab agama tp adaler blajar sikit2..huhu haha.. walupun kdag2 aku sendiri dengar gak pompuan nyanyi tu, tp bagi aku, yg benar tetap benar.. x adilla klu nk ikut selera kita jer..huhuhuhu

    setau aku, yang ada perbezaan pendapat tu tentang hukum nyanyian jer yg dikatakan akan melalaikan manusia, bukan hukum wanita atau lelaki yg nyanyi..kalau hukum wanita nyanyi depan lelaki tu, rasanya dah jelas lg bersuluh tak boleh..kalau salah betulkan aku,bmbng ilmu sesat..nauzubillah..

    last skali, nasihat aku, yg mmg ada perbezaan pndapat, kita bleh ikut pendapat masing2..tp dalam hal yg dah jelas diterangkan x boleh dalam quran dn hadis, x yahla ikut pndapat masing2 lagi..bahaya tu.. ni pndapat akula sbg org baru kt sini.. bro irfan, aper khabar? sihat ker ?

  16. alirfan Berkata:

    salam semua.. alhamdulillah nampaknya perbincangan lebih tenang (walaupun antiAstora sedikit “berat”).

    Aku bukannya ingin menyimpulkan apa-apa.. cuma rasa sedikit berbangga dengan kalian semua, yang mempunyai kemahuan, dan sanggup meluang masa bersama2 utk berbincang perkara ilmiah lebih2 lagi berkaitan soal hukum-hakam.

    Kepada pembaca yg lain, harap dapat mengambil apa2 pengisian untuk direnungkan bersama..

    Teruskan perjuangan kalian.

    p/s: perbincangan akan terus dibuka sampai bila2 selagi tidak melanggar adab dan budi bahasa yang keterlaluan. Terima kasih.

  17. van_zack Berkata:

    apa la korg berdebat2 .. malas aku nk baca thehe .. lagu ni best .. suara penyanyi dia pn best … penh dgr je nama Mawaddah ni .. tk pnh dgr lagu dia thehe

  18. pencarian Berkata:

    sape leh tlg aku nih..

  19. ainohikari Berkata:

    bismillah

    tak sangka blog ni menjadi tempat perbincangan plak.
    alhamdulillah..byk2 syukur kpd Allah swt.
    sesungguhnye kejayaan sebenar manusia adalah dalam agama.
    yakni taat perintah Allah dan ikut sunnah Nabi s.aw.

    kembali kpd topik perbincangan.
    sepertimana yang ditulis oleh ustaz Zaharuddin dlm blognye dan yg dibincangkn oleh akhi kamil dlm ni, ana rasa dh ckp jelas akan hukum wanita menyanyikan lagu dan perkara2 yg sewaktu dgnnye adalah HARAM. janganlah kerana bercanggahan dgn pendapat kite, kite sanggup menidakkan atau menolak hukum2 yg Allah jelas bgtau dlm al-Quran dan hadith Nabi saw. bahaya tu tuan2.

  20. van_zwan Berkata:

    haha.. I am back … akhirnya .. pintu hatiku terbuka utk mmbaca apa yg korg bincangkan … erm.. ssh gak ni … aku pn bknnya org pandai dlm bab hukum2 ni … bkn nk mmbantah la yg apa Ustaz tu ckp… tp Ustaz tu terlupa nk kemukakan satu contoh .. bnda ni aku tktaula cerita atau pn hadis ..so aku cerita dlm ayat aku … korg pnh dgr tk .. pada zaman Nabi ada penyair pompuan .. dia menyairkan (betul ke bm aku ni?) keagungan tuhan .. aku dh lupa dia islam atau tak .. tp klu tk silap aku la …. dia bebas menyair pada masa tu di khalayak ramai ..

  21. kamil Berkata:

    alhamdulillah. semoga Allah cucuri rahmat atas kalian semua. lanjutan dari soalan yang dikemukan oleh saudara van_zwan, pada zaman Nabi ada ramai penyair perempuan. Sebagai contoh, Hindun binti Utbah bin Rabiah , Khansa binti Amru, Khaulah binti Azwar Al-Asadi, dan Qatilah binti Harits bin Kaldah… tu jer senarai yang saya tau, maybe ramai lagi. Jadi, saya pun tak tahu penyair mana yang dimaksudkan oleh saudara van_zwan ? mesti kenal penyair tu dulu sebelum dibincangkan kerana masing2 ada sejarah hidup berbeza, contohnya tarikh dia peluk Islam, umurnya ketika itu dn sebagainya.

    Sbg contoh Qatilah binti Harits bin Kaldah. Mengikut riwayat,dia diceritakan dikatakan penyair wanita ranking pertama ketika itu, dia adalah saudara kandung Nadhar yang sering menghalang orang-orang yang ingin menemui Nabi saw. Beliau telah menawan dan membunuh saudaranya itu pada Perang Badar, seraya melantunkan sebuah syair yang dianggap merupakan sebab Rasulullah saw. melarang daripada membunuh tawanan Quraisy. Lepas tu beliau masuk Islam dan meriwayatkan hadis-hadis dari Rasulullah saw.

    So, kalau tidak keberatan, harap saudara van_zwan dapat mengemukakan butiran yg lebih lanjut untuk sama-sama dibincangkan =) bagi mengelakkan sebarang kesilapan. sekadar pandangan saya yang lemah. harap yang lebih arif dapat berkongsi ilmu. Wassalam =)

  22. open minded Berkata:

    erm,,betul apa yg diakt kan oleh saudara kamil 2..tp kan..leh tak saudara kamil trngkan dalil..pas 2,,ttg nyanuian sekarang ni,,sbb sume nasyid skrg dah main lat muzik,,mcmana 2???

  23. nis Berkata:

    assalamualaikum..
    ana cume nk menambh kt cni, buat renungan shbt2 bersama..
    pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan kacau bilau.. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita…” ( HR Ibnu Majah)
    bersamalah kte berusaha mncri yg lbh baik n lbh suci.. buat golongn hawa, jln dakwah msih bnyk cbgnya.. =)

  24. kuburan Berkata:

    saje nk divert perbincangan.

    mawaddah ni bukan geng2 al-arqam ke? no offense kalu kt sini ade org arqam, atau irfan sendiri pro-arqam, tp saya kira semua faham isu arqam.

    tak pasti ape kedudukan mawaddah sekarang, tp saya terima semua mesej2 mawaddah, selagi xde benda2 macam “pemimpin ajaib” etc. rasa gatal badan.

    salam hormat kpd semua.

    p/s: wah irfan, dah jadi medan ilmu dah blog ni. syabas!

  25. kumb@ng Berkata:

    salam semua..

    sementara ada kesempatan ni aku pun nak celah…

    hujah serba jelas dah diberi oleh saudara kamil dan yg sependpt dgnnya tapi masih ada yg tak paham-paham…

    oklah utk yg masih menyangkal hukum cuba kita fikir kenapa org perempuan takde yg jadi bilal surau atau masjid?bukan ke suara wanita ni lebih sedap,lunak,nyaring dan bole menarik perhatian lelaki supaya pergi bersolat. tujuannya pun baik supaya mengingat waktu solat dan mengajak org solat.kenapa ya?…hmmm… :-s

    sebenarnya byk cara wanita bole buat utk menyeru pd kebaikan bukan saje melalui alunan-alunan yg mendayukan.matlamat mawaddah memang baik cuma cara saja yg tidak kena…sekian.wasallam.

  26. kamil Berkata:

    Assalamualaikum, merujuk kepada persoalan saudara open minded bertarikh June 17th, 2007 at 6:24 am, saya sebenarnya bukanlah selayaknya menghukum sesuatu seperti seorang hakim.. Tapi alhamdulillah, kita buka topik perbincangan ini untuk sama2 kita kongsi ilmu yang kita ada.. yg salah kita betulkan, yang betul kita rapat-rapatkan=)

    Firman Allah swt :”Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (al-Ahzab: 32).

    [ SETAKAT INI, KITA CUMA BINCANGKAN HUKUM PEREMPUAN MENYANYI DI HADAPAN BUKAN MAHRAMNYA SAHAJA]

    ok,saudara open minded mengajukan persoalan baru >> apa hukum MENYANYI (x kira laki or pompuan ) berpandukan realiti pada hari ini ?

    Merujuk kepada 5 aspek yang diambil kira oleh fuqaha dalam menetukan hukum menyanyi ( ada di komen ke-2 saya )..

    1) NIAT & TUJUAN NYANYIAN ITU DIBUAT >> Kalau baik tujuannya, ok jer la.

    2) Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya >> kalau lagu tu boleh menyebabkan kita mendekatkan diri kepada Allah, ok jer la. banyak jer lagu2 yg bagus dan “halal” bagi kita, tp dah lumrah manusia suka pada yg x elok dn berdosa.

    3) Isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut >> pegisian dalam lagu atau nyanyian serta muzik itu juga menentukan kehalalan atau keharaman.sekiranya yang diisi dan dinyanyikan itu ialah kata-kata kotor dan lucah serta keji, penuh dengan maksud yang buruk dan bercanggah dengan Islam maka sesungguhnya tidak syak lagi lagu atau nyanyian itu ialah haram.

    4 )Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu >> aspek inilah yang telah kita bincang psal kumpulan mawaddah tu. perlakuan dan pelaksanaan muzik atau nyanyian itu juga menentukan apakah ianya halal atau haram…ini kerana jika sesuatu nyanyian itu dinyanyikan dengan merentak-rentak badan sambil berjoget dan mengerakkan badan maka hukumnya ialah haram…demikian juga jika dinyanyikan sambil berjoget dan menimbulkan ransangan seksual syahwat maka juga haram.juga dimaksud dengan cara pelaksanaan ialah berlakunya nyanyian itu dengan menutup aurat dan tidak melanggar batas-batas syariat seperti tidak menimbulkan finah dan tidak terdedah kepada lain jantina ( bukan mahram ).

    5) Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan >> dalam waktu tertentu seperti waktu kematian dan waktu lain yang membawa kepada kelalaian dan fitnah maka muzik dan nyanyian akan menjadi dosa dan fitnah.contohnya seperti waktu solat dan telah azan menandakan tiba waktu solat maka ketika itu nyanyian dan muzik wajib dihentikan dan disegerakan untuk menunaikan kewajipan kepada Allah swt.
    jika dilakukan pada keadaan waktu ibadah seperti waktu solat maka hukumnya tidak syak lagi haram kerana melalaikan dari menunaikan ibadah wajib kepada Allah swt.
    Akedemi Fantasia start pkul baper ek? hehe..

    Ok, berpandukan pada 5 kriteria tu, anda berhak membuat penilaian sendiri bagaimana situasi sekarang..dngn artis disanjung tinggi,x tutup aurat bahkan dgn terang2 cabar Allah..bagi saya, secara realiti, ini sudah begitu parah dan menggila..saya tidak salahkan penasyid2, bahkan saya salah seorang peminat nasyid..tp kita kena sedar, nasyid dan nyanyi tu adalah benda sama sahaja..tp sebab kita dah dimomok dngn pemikiran sekular, kita menganggap asalkan nama nasyid, semuanya bagus.

    Sekalipun nasyid In Team dan UNIC dengan lagu mereka berjudul kasih kekasih dapat membuatkan muslimat bertudung labuh tergedik-gedik berangan lelaki, membuatkan muslimat berjubah menghayun kepalanya kiri dan kanan sambil menikmati sedapnya lagu itu berkhayal maka jelas sekali haramnya nasyid ini. (walaupun kadang2 aku dengar gak.sedih2..muhasabah diri =) )

    Ini bahkan jelas seperti yang dimaksudkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dalam Shahihnya membawakan hadis Abu Malik Al-Asy‘ari (dirajihkan oleh Ibnu Hajar dalam Fath Al-Bari, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pasti akan ada golongan daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan al-ma‘azif (alat bunyi-bunyian)” (Hadis sahih, riwayat Al-Bukhari). —> berselindung di sebalik nama nasyid..

    Adapun apabila lagu kumpulan “ Scorpian” atau kumpulan “Fuck Ass Jackson” melagukan sebuah lagu misalnya bertajuk “ My mother” yang memuji ibu dan menjadikan pendengarnya menghargai ibu serta menghasilkan mesej dan kesan yang baik dan tidak melalaikan maka ianya jadi halal.

    Demikian juga sekiranya wujud kumpulan bernama “ Your Father Is Hitler” menyanyikan lagu yang apabila kita mendengarnya kita menjadi kuat bekerja dan tidak mahu membuang masa maka menjadikan ianya harus.

    maaf panjang..mmg suka tulis panjang2 nih =) terima kasih yg sudi membaca. Jadi, kesimpulannya, masing2 bleh buat penilaian berdasarkan 5 kriteria tadi.. x salah kita nak berhibur, tp jgan sampai melalaikan kita. sbb apabila kita lalai, hukum tu pasti berubah. ok, jaga diri leklok semua =) wassalam

  27. iskandar zulkarnain Berkata:

    Laman web yg padat dengan isu menarik-tahniah. Jemput ke blog saya

  28. Unlimited Income : Apa Kata Anda? « Blog Personal Dik Mal Berkata:

    [...] 1. Blog Sang Pelangi - Nasyid Pilihan [...]

  29. open minded Berkata:

    tima kasih kepada saudara kamil atas pejelasan yg diberikan..baru lah sy faham apa yg dimaksudkan..semoga ALLAH membantu saudara berdakwah kejalan ALLAH TAALA..sy harap selepas ni,saudara kamil boleh memebuka isu yg lain,contohnya seperti kes murtad,kes syiah,yg berluasa sekarang.??..

  30. adibah abdullah Berkata:

    assalamualaikum,

    Tanak hurai byk2 psl hukum dakwah melalui nasyid, Muslimat berdakwah melalui nasyid, hukum suara wanita, dsb. Dh banyak dibincangkan oleh org2 yg lebih berilmu dan berkelayakan.

    Sekadar nak memperingatkan diri sendiri n kite semue, ‘moral of the story’ bagi dibah, yang paling jelas di sini adalah, kalau nak buat kerje baik - esp dakwah - buatlah dengan cara yang paling ‘jelas’ dan ’sahih’. Kurangkan, dan lebih baik, tiadakan langsung, unsur2 yang syubhah, menghampiri haram, apatah lagi yang sah-sah haram.

    Kerja dakwah ni bukan senang. Banyak cabaran, dari banyak pihak. Untuk memahamkan Muslimin sendiri dah satu hal, tak masuk lagi untuk memahamkan pula yang belum Muslim, yang mana kedua-duanya adalah sasaran dakwah, tapi kedua-dua pihak juga banyak salah faham tentang dakwah, baik dari segi konsep mahupun pengisian.

    Kalau dalam bentuk penyampaian dakwah pun masih ada kecelaruan, waswas, malah pertelagahan, apa yang haq apa yang batil, apa yang halal apa yang haram, tidakkah ini menandakan akan ada ’sesuatu yang tidak kena’ dalam isi penyampaian dakwah tu pulak? Umat - baik Muslim mahupun belum - yang sepatutnya dapat disampaikan dakwah yang jelas dan sahih, ditimpakan pula dengan persoalan yang baru. Yang mungkin belum sampai tahap mereka untuk memahami.

    Penggerak dakwah pun, kalau tak banyak, sikit-sikit, akan lebih sukar untuk bersatu. Tak nak hurai banyak-banyak lagi, nanti tersilap cakap.

    Kesimpulannya, kalau nak buat keje baik, TERUTAMANYA kerja dakwah, seboleh-bolehnya elakkanlah unsur2 yang meragukan. InsyaAllah, masih banyak jalan yang lebih jelas dan sahih, atau setidak-tidaknya tidak ada kekhilafan yang besar tentang kesuciannya.

    Sekadar peringatan bersama, jom rujuk Hadith 6 dlm Hadith 40 Imam Nawawi.

    Allah Maha Mengetahui.

    salam,
    meow~

  31. yaya Berkata:

    semekum.gomen ya.cuma nk tahu. bdk2 perempuan ni pelajar mesia dr jordan ke?bile kump ni ditubuhkan? yg nyanyi lagu ‘Terima kasih Tuhan’ tu kumpulan mawaddah ni jgk ke? igtkan kumpulan mawaddah ni bdk sekolah rendah.br tau.thanx 4 info.

  32. musafirkinanah Berkata:

    aa,,dioarng pelajr msia,study kat jordan..aa,sam la 2..

  33. muslimahAustralia Berkata:

    Salamun’alaikum semua….sebelum ana lanjutkan…ana menyokong pendapat saudari Adibah Abdullah…cuma sekadar menambah, ana teringat lagi satu hadis dari Imam Nawawi …Rasul SAW pernah berpesan: “Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada yang tidak meragukan”…(silalah semak pada masa lapang… ;)

    First and foremost, alhamdulillah…bersyukur sbb isu ni dah jadi very ‘catchy’ (if that is the best word choice)…apapun, ana sekadar ingin berkongsi apa yg ana dapat hasil daripada sedikit bacaan…TIADA NIAT MENGGURUI SESIAPA…sekadar memberikan pandangan serba dhaif…peringatan utk semua..ana bukan berpangkat ustazah/orang yg dalam ilmu agama-nya…tapi berusaha utk menjadi “protaz” (inshaAllah)…justeru, apa-apa yang disampaikan (i.e. personal opinion) boleh diterima JIKA bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah dan harap ditolak JIKA tidak sama…(I wish I haven’t done it)…One more thing, since saudara Kamil dan yg lain ada menyertakan dalil2/hujah2 yg cukup kuat dan mantap…jadi, ana tak berniat utk mengulanginya…

    Sebagai intro, Subhanallah, betapa lengkapnya Islam itu…sehingga ianya tidak mengetepikan keinginan penganutnya untuk berhibur…dan hakikatnya, Islam tidak memandang kehidupan ini sebagai sesuatu yg gelap-gelita, kesedihan dan kehampaan. Tetapi, Islam memandangnya sbg taman yg indah, hijau dan menyenangkan, berkembang sesuai dgn perkembangan alam…

    Bercakap ttg soal hiburan mengikut Islam, ada banyak cara yang digariskan (e.g. sukan, pelancongan, rekreasi, memanah, memancing, etc)…salah satunya adalah termasuk nasyid…tapi, apapun bentuk hiburan yg dilakukan, semuanya itu diperbolehkan Islam selama hal itu TIDAK MELAMPAUI BATAS!

    Sebelum ana teruskan, basically, info yg diperoleh adalah dipetik dari satu buku yang ana angkut dari Malaysia sebelum berangkat…tajuknya “Problem remaja masa kini dan penyelesaiannya menurut Islam”…hasil karangan Dr. Abdul Halim Uwais…inshaAllah, semoga bermanfaat buat semua…Amin

    Hiburan Islami ialah hiburan yang memiliki tujuan di bwh naungan syariat Islam, mewujudkan wawasan yg diharapkan Islam dari seseorang muslim dlm kehidupan ini. Inilah kunci pokok keistimewaan hiburan Islami, ia tunduk terhadap method Islam dalam kehidupan, kesederhanaan, keadilan dan keseimbangan. Keistimewaan yang terpenting dari method hiburan Islami ialah MENCARI HAL-HAL YANG BERMANFAAT…Berikut dinyatakan kaedah2 universal bagi keistimewaan method hiburan Islami, iaitu:

    1. harus berpegang pada landasan ‘amar makruf nahi mungkar’.
    2. berpegang teguh pada ketentuan2 Islam, i.e. Halal, haram, makruh, mubah (harus) dan sunat.
    3. bertujuan membentuk manusia soleh, dan berpegang pada pendapat umum, iaitu MENCEGAH MENYEBARNYA KEKEJIAN DAN KEJAHATAN.

    Mengenai hukum hiburan menurut syariat Islam, hukum asal dalam segala perkara ialah mubah (dibolehkan), HINGGA ADA DALIL YG MENUNJUKKAN KPD HARAMNYA.

    Muhammad Al-Ghazali menerangkan bhw hukum pokok dalam masalah hiburan adalah BOLEH, seraya berkata:

    “Kita tidak akan mendakwa sesuatu itu haram kecuali apa2 yg telah diharamkan oleh Islam melalui ayat2 Al-quran dan hadis. Ini mencakup segala bentuk permainan moden kecuali yg dpt memabukkan ataupun permainan judi”

    ….mendengarkan nasyid (lagu2 tanpa muzik) yg dinyanyikan dgn suara (ana rasa ini merujuk kepada nasyid Acapella, Allahu a’laam), ianya diperbolehkan DGN SYARAT HAL ITU TIDAK MELUPAKAN PEKERJAAN/MENGURANGI KEKHUSYUKAN DLM BERIBADAH KPD ALLAH SWT!

    Dalam perspektif Dr Al-Khusaini Abu Farkah (Dekan Fakulti Dakwah Universiti Al-Azhar Mesir) bahawa hiburan yg dibolehkan oleh syariat Islam adalah HIBURAN YANG TIDAK MENDEKATI ATAU MENGAKIBATKAN HARAM.

    Sedangkan hiburan dgn menampakkan aurat wanita, seperti tarian2 (baik dari timur atau barat) yg ditarikan oleh para wanita, hukumnya adalah HARAM. Semua gambaran tadi adalah merupakan hiburan yg diharamkan berdasarkan pada usul syar’iyah (ana assume, maksudnya adalah “Kaedah Syari’e”) dan kaedah2 usuliyah, bahkan gambaran2 tadi dalam syariat diistilahkan sbg zina, yg di dalamnya terdapat zina mata, zina hati, zina telinga dan zina kaki…dan seterusnya…(rasanya saudara Kamil pernah utarakan isu ini..sila semak komen dari beliau)

    InshaAllah, I guess that’s pretty much about it…maaf andai tidak begitu membantu merungkaikan persoalan2 di laman ini…ana mencuri masa yang ada…ada amanah lain yg perlu diselesaikan juga…tolong doakan moga Allah membantu urusan ana di sini…inshaAllah, berharap semoga ada faedah buat semua….walaupun tak banyak..sedikit pun dah memadai…ana pun masih lg belajar..dan akan sentiasa menjadi pelajar kpd ilmu Allah yang cukup luas ini…may the force be with us…Amin

    In a nutshell, I would leave it open…terpulang utk diri setiap pembaca utk menyimpulkan discussion ttg isu hiburan ini…yg penting…BUATLAH PERTIMBANGAN DENGAN NERACA ALLAH, BUKAN NERACA MANUSIA (YANG MUNGKIN DIPERDAYAKAN OLEH NAFSU)….TAK DINAFIKAN, SUDUT PANDANG YANG BERBEZA ADALAH SATU KEHARUSAN/MUNGKIN KEMESTIAN TERUTAMA APABILA MEMBICARAKAN ISU CABANG DARIPADA AGAMA ISLAM…ANDAI TIDAK MAMPU MENGHILANGKAN PERBEZAAN, NASIHAT ANA ADALAH KEMBALI MERUJUK KEPADA ALLAH DAN RASUL…ITU LEBIH BAIK (IN FACT, INI JUGA DISEBUT OLEH ALLAH DALAM AL-QURAN)…Wallahu ta’ala a’laam….ana al-faqirah ilaLLAH…

    Salam perkenalan buat semua dari ana yang jauh di perantauan…semoga Allah memberkati kalian semua….Amin…

  34. musafirkinanah Berkata:

    erm,,bagusnya muslimah austaralia nie…pandangn yg mantap..

  35. muslimahAustralia Berkata:

    in reply to musafirkinanah>> Segala puji hanya layak bagi Allah…ambil yang baik dan buang mana2 yang tak baik (if any)…Allahu a’laam

  36. musafirkinanah Berkata:

    barakallahu fiq..

  37. salman Berkata:

    sya nak tanyak tentang lagu iman mutiara, dengan dasar apa di keluarkan???

  38. salman Berkata:

    salam perkenalan dari saya salman dari lombok mataram

  39. Muhammad Abdullah Berkata:

    Mawaddah adalah antara propaganda Assaari (ketua ajaran sesat Al-Arqam) untuk mengaburi dan mempengaruhi masyarakat. Saya pernah kawan dan pernah join diorang nyer program. Pening sampai sekarang

  40. lUthfie Berkata:

    ass…..phakabar smua….afwan aq ikut terkenal , boleh da?
    aq kurang tau ttg hukum islam, tp yg aq tau segi da’wah tu bisa disampaikan dengan berbagai cara….bukankah kalo kta ingin da’wah ma preman kta hrs masuk kedalam lingkungannya…?ga mgkn klo kita bw ke mesjid….!nah, tuk teteh mawaddah yg sedang berda’wah lewat hiburan, tukan salah satu jalan yg diberikan allah,,,!prtnyny… sdh sampai mana da’wah kita ….?setuju da…?plezzzz dikomentarin ya…..!aq tunggu……asss

  41. lUthfie Berkata:

    ikut terkenal lg ah…
    maaf……mas abdullah….wong jgn githu dong ngomongnya…kan ga enak suudzon gt..!la wong orang da’wah tu didukung gitu lho…!
    nah…mas pening ya…minum obat panaqol aja mas..insya allah sueeembuh

  42. lUthfie Berkata:

    slm kenal buat antiastora, k’salman, bang abdullah, a’kamil n muslimah from australia…..smg dpt bercakap2 kembali….

  43. Liezmaya.web.id Berkata:

    wah saya sangat suka Mawaddah…musiknya merdu…..
    saya sedang mencari MP3 Mawaddah yang berjudul kematian….apabila ada yang punya tolong dikirim ke liezmaya@gmail.com plzzzzzzz, susah sekali dapatnya….gak ada :(

  44. salamun Berkata:

    krjaan nk haramkn mawddah, kononnye sesat, jom heboh elok la plk…biasala…… ank angkat krajaan..

  45. oldkino Berkata:

    dakwah ikut sunnah rasullah
    pasti berjaya

  46. mohd anas Berkata:

    antum semua diminta jgn berdalih kalau terlalu ‘furuq’ sesuatu hal itu.tapi mmg aurat adalah perkara usul,walaumacamana sekalipun,tetap suara pereapuan itu aurat,so??xpyh byk cite,ya muslimin,p dakwah pd muslim,ikut thoriqah rasulullah s.a.w..then,girls for girls only,ok?selesai msalah X??pelajarilah kewajipan daulah khilafah sbg the total solution for this zaman fitan..www.mykhilafah.com

  47. al-fakru Berkata:

    ana setuju sgt dgn akhi mohd anas. ape yg lbh penting jom kt bersama2 berjuang tegakkan kembali daulah islamiyyah. spt yg djnjikan ALLAH dlm surah annur ayat 55 insyaAllah sistem khilafah akan kmbali meneraju dunia. amin. ALLAHUAKBAR!!! tp bleh tlg bgtau x sape vokalis mawaddah yg kat atas ni… hehehe…. http://www.mykhilafah.com

  48. al-fakru Berkata:

    dalam kt mngamal sunnah2 rasulullah s.a.w. kt hanya buat sunnah yg kecil je. sunnah terbesar rasulullah (dakwah & daulah islam) knp kt xnak ikut? http://www.mykhilafah.com

  49. primowani Berkata:

    Bagaimana cara download lagu mawaddah? Sy sgt senang dgn lirik & isi lagunya? Krn didalamnya mengandung nasehat yang bermanfaat bagi kita yang masi hidup.

  50. Blog Personal Norakmal Jasni » Blog Archive » Unlimited Income : Apa Kata Anda? Berkata:

    [...] 1. Blog Sang Pelangi - Nasyid Pilihan [...]

Tinggalkan Balasan