Bila akhbar cuma indah khabar dari rupa…

Sejak akhir-akhir ini, satu persatu pembongkaran pelaburan internet palsu dilakukan. Sehinggakan ada kakitangan kerajaan sendiri yang terlibat dalam pelaburan tersebut. Segala jenis manusia terlibat sama tidak kira yang bergelar doktor, jurutera, apatah lagi yang bekerja biasa-biasa.

Pelbagai reaksi dari pelbagai pihak yang kita dengar. Beberapa ulasan dari ahli ulama’ berkenaan hal itu sudah cukup menjernihkan keadaan. Ada yang sedih, kerana kerugian melampau, malu pada saudara kerana telah terjerat sama. Bagaimana pula keadaan tokey-tokey yang mengaut untung? Cuma dibiarkan terlepas berpesta di luar negara (barangkali), tanpa kita sedar, “orang kita” yang menjadi dalangnya.

Namun, apa yang membuatkan aku bising hari ini, bukanlah aku antara mangsanya, atau aku yang menjadi pengikir duit mereka. Tetapi kerana fungsi akhbar pada hari ini yang “cuma indah khabar dari rupa” itu yang sedikit mengecewakan aku.

Mereka lantang bersuara menindas dan menolak skim-skim seperti ini. Skop kupasan isu itu dipampang berhelai-helai untuk mengatakan “tidak” pada skim pelaburan internet yang meragukan.

Tetapi malang sekali, tanpa mereka sedar (atau mungkin buat tak nampak), iklan-iklan yang mempromosikan skim t*h* itu berkepuk di ruangan iklaneka. Ayat-ayat manis seperti “Cuma bermodalkan RM**, boleh untung RM**, Sertai pelaburan **, ” dan macam-macam lagi selalu terpapar untuk menarik ramai mangsa (Harian Metro sangat ketara akan hal ini).

Mungkin cuma satu sebab positif yang mampu kita fikirkan. Jawatankuasa siaran berita dan iklan adalah terdiri dari dua buah badan berbeza. Mungkin perbezaan pihak pengurusan membuatkan hala tuju mereka bercanggah. Satu pihak ingin memaparkan berita yang benar, dan satu pihak ingin melipatgandakan keuntungan dari hasil sewaan tapak pengiklanan.

Baru-baru ini, satu lagi akhbar tempatan telah sekali lagi memanaskan arena perniagaan internet masa kini. Ia berkenaan penyenaraian beberapa laman web yang dikhuatiri telah menggalakkan pelaburan internet yang meragukan. Penyenaraian itu memang sangat bermanfaat dan sepatutnya diucapkan terima kasih kepada yang terlibat kerana sedikit sebanyak ia berjaya membantu

Tetapi, apa yang mengecewakan, penyiasatan yang dikatakan secara menyeluruh itu rupa-rupanya cuma khabaran indah belaka. Dua buah laman web yang telah memberikan aspirasi dan inspirasi kepada ramai orang turut tersenarai sama. Laman web www.bicarajutawan.com dan www.wangcyber.com tidak sepatutnya tersenarai di situ. Baca laporan Utusan di sini.

Kenyataan berikut benar-benar sangat mengecewakan.

“Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.”

Sungguh memalukan bagi sebuah badan keselamatan IT negara, Pusat Keselamatan Siber Malaysia telah memasukkan BicaraJutawan dan WangCyber ke dalam senarai hitam tanpa sebarang usul periksa. Sememangnya mereka memang belum lagi benar-benar menyiasat status kedua laman yang saya nyatakan tadi. (atau mereka masih belum kenal pengertian perniagaan internet sebenarnya?)

———————————————————————————————————————

1.) www.BicaraJutawan.com (BJ). (klik sini untuk ke Forum)

- Laman ini telah dibangunkan oleh seorang yang dikenali sebagai Pakdi adalah seorang konsultan / trainer untuk usahawan muda dan juga seorang pelabur kecil di Bursa Malaysia

- Kewujudan forum di BicaraJutawan.com telah melahirkan ramai usahawan baru, seperti pengusaha tani, restoran, kedai dobi, kedai roti, penjaja di pasar dan macam-macam lagi.

- Forum BJ telah menggariskan beberapa peraturan dan ini jelas menunjukkan BJ sangat tegas membanteras skim-skim penipuan. (klik sini untuk lihat peraturan berforum di BJ).

- Forum BJ juga adalah forum terbaik yang pernah aku jumpa selama aku menggunakan internet kerana perbincangan berkaitan permasalahan pengurusan kewangan dan hartanah yang sering diutarakan di sini. Selain itu, BJ juga telah menimbulkan banyak idea-idea perniagaan terbaru dan telah mencerahkan pandangan graduan-graduan yang selalu pening dengan perancangan masa depan.

- Pendek kata, aku memberi 10 bintang per sepuluh kerana telah membantu ramai rakyat Malaysia dari segi nasihat kewangan dan idea perniagaan bijak.

2.) www.WangCyber.com (WC). (klik sini untuk ke forum)

- Forum ini adalah medan perniagaan internet sebenar. Mengapa aku berani mengatakan sebegini? Mudah. Baca laporan NST di sini.

laporan pertama

laporan kedua

orang yang dimaksudkan oleh NST itu adalah antara tulang belakang dalam forum WC. Beliau adalah SAMSUL Zamzuri Abu Bakar, 32, dikenali sebagai Alang, adalah salah seorang usahawan internet sebenar yang disegani (maaf jika tidak menyebut beberapa nama).

- Forum WC juga adalah antara forum yang benar-benar telah mengubah haluan pelabur-pelabur skim “penipu” untuk beralih arah ke perniagaan internet sebenar.

- Forum WC telah mewujudkan beberapa panduan teknikal berkaitan teknik-teknik membina laman web, pengurusan blog, teknik pemasaran internet dan banyak lagi.

- Sedangkan ahli semuda 12 tahun (Cyber Boyz) mampu membuat laman web nya sendiri berpandukan tunjuk ajar ahli forum yang lain, apa lagi yang dikatakan “mencurigakan”?

———————————————————————————————————————

Jadi, adakah aset negara sebegini besar yang diwartakan “sesat”? Apakah penyiasatan mereka menyeluruh? atau cuma menyeluruh pada aduan-aduan saja?

Saya yakin (walau saya tidak tahu), aduan yang mereka terima berkenaan dua laman di atas adalah datangnya dari mereka yang telah “ditendang keluar”. Merujuk pada peraturan forum WC dan BJ, sesiapa yang melakukan SPAM akan ditendang keluar dan IP mereka akan disenarai hitamkan daripada mengunjungi semula (dengan kata lain, di”block” secara mutlak. Walau ini yang dikata berburuk sangka, tapi itu cuma firasat aku sebagai ahli nujum tak bertauliah.

Saya yakin, jika anda sendiri yang mendaftar ke sana (BJ dan WC), anda sendiri boleh “terbeliak mata” kerana beberapa pendedahan teknik-teknik pemasaran yang sebenar dan sesungguhnya sah. (bukan ayat promosi, tapi itulah fakta). Kenyataan Pusat Keselamatan Siber Malaysia secara terbuka melalui pihak Utusan perlu diselidiki semula.

Perbincangan lain:

1. Utusan Malaysia: Bicarajutawan.com kena pantau?
2. Utusan Malaysia: Wangcyber.com mecurigakan?

Link yang mengupas isu tersebut.

http://www.topix.com/world/malaysia/2007/05/37-laman-web-skim-cepat-kaya-dipantau

http://press.immalaysia.com/dunia-im/wangcyber-bicarajutawan-dieksploitasi/

http://amanz.net/2007/05/18/wangcyber-skim-cepat-kaya/

http://ibnuhassim.com/

Sahabat BJ juga mengupas:

1. En. Aku
2. The Baker’s Place
3. Dikmal
4. Alyani
5. Labanon

————————————————————————————————————————-

p/s: Bagi sesiapa yang berminat untuk meluaskan lagi skop pemasaran perniagaan konvensyional ke ruang maya, kedua-dua forum WC dan BJ memang sangat di alu-alukan. Dengan syarat, anda tidak melakukan SPAM dan menjaga tatatertib semasa berforum.

p/s: Mengapa aku begitu emosi? Kerana aku aktif di situ dan sudah masak dengan susur galur dua laman di atas. Jangan dilupa, asal usulku sebagai “jurugrafik bebas” adalah bermula di BJ dan di WC dengan mendapat tempahan untuk mereka cipta logo syarikat-syarikat milik ahli forum di sana (aku beralih dari www.TheLogoBrand.com kepada www.IrfanReka.com) . Kini setapak lagi ke arena antarabangsa dengan www.EcoverApple.com

p/s: Pernah juga kecewa bila ada akhbar menyiarkan “adab pemakaian tudung” tapi dalam masa yang sama iklan perempuan seksi ada di sebelah. Semoga hala tuju akhbar tempatan lebih fokus dan teliti dalam penyiaran mereka.

17 Tanggapan ke “Bila akhbar cuma indah khabar dari rupa…”

  1. dikmal Berkata:

    Salam Irfan,

    Sesungguhnya, memang indah khabar dari rupa..

    Tidak tahu pada siapa harus dituding, tetapi saya amat mengharapkan pihak berwajib mengkaji semula pernyataan yang telah di buat, dan jika di dapati badan-badan berkaitan tidak bersalah, kenyataan mohon maaf adalah perlu.

    Laporan seumpama ini sedikit sebanyak mencalarkan imej BJ dan WC.

    p.s : BJ dan WC adalah gedung ilmu tanpa bayaran! ini gedung ilmu milik rakyat!

  2. alirfan Berkata:

    Ya betul.. kesilapan sebegini akan diterima bulat-bulat oleh pembaca yang setia pada Utusan. Sebuah akhbar berpengaruh tidak sepatutnya melakukannya.
    Hidup BJ n WC!!! yeah..

  3. Faiz Sulaiman Berkata:

    Ye..laporan akhbar utusan hari ini sungguh tidak relevan.

    “Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima”

    Daripada ulasan akhbar berkenaan seperti di atas, aku mmg sangat meragui “pihaknya” yg konon nya membuat penyelidikan??sapekah “pihaknya” tu? ape BUKTI “pihaknya” tu melakukan penyelidikan?berape lame “pihaknya” buat penyelidikan?what the **** kan..

    Haa..kawan2 sume nak tau?nie la org melayu.org melayu k..klu semua kat dalam satu lubang besa yg kite namekan lubang melayu, ramai2, mmg diorg suke. pastu, klu ade antara kalangan melayu yg cube utk keluar dr lubang tu..haa.ade la kalangan2 dlm lubang tu yg akan menarik2.bukan nak support sesame keluar dari lubang..

    kalau website http://www.BICARAJUTAWAN.com yg SANGAT bagos (aku setuju dgn efun.kasi 10 stars out of 10 la) tu boleh disenarai hitamkan, mmg aku ckp news tu KAROT semate2. okla..sape yg kat malaysia nie yg tau pasal CASHFLOW ciptaan Robert Kyosaki??aku pon tak tau kalau takde http://www.BICARAJUTAWAN.com satu permainan yg sangat bagos,sgt membantu..mcm mane bleh dikatekan website penipu?aku sendiri pegi main CASHFLOW101 nie kat Puri Pujangga UKM.
    kpd PakDi dan clan2 BJ.aku tetap sokong website tu.klu g saman surat kabar tu pon takpe.nanti bleh kitorg main Cashflow free=)

    Aritu internet investment, arini website, esok2 ape plak?BSKL plak nak diisytiharkan haram?lepas tu ape plak?macam2 “fitnah” yg dicipta dan disebar2kan. “org2 atas” sane tu, selagi kuase ade, silela salahgunekan..

    p/s:betul kate dikmal, BJ dgn WC nie menyediakan info2 yg SANGAT berguna for FREE..sape yg nak aja pasal candlestick, chart analysis, and what so ever secare FREE.aku ulang FREE..mende2 tu sume,kalau tak beli ebook, mane ade org nak aja, melainkan BJ!

  4. Fai Berkata:

    Ntah ler.. Kadang2 berita yg palsu ini menjatuhkan kreadibiliti org lain..
    Rasanya langsung tak menyiasat pun kot cuma skadar dgr nama domain name je kot.. :|

    PS: Hati tgh panas ni.. :P

  5. alirfan Berkata:

    Betul tu Faiz..
    Aku stuju gak ngan ko.. Sesiapa yang nak tau sangat macam mana BJ dan WC tu.. jemput ke sana dan lihat sendiri..

    Nak tambah, siapa lagi nak ajar aku sistem finance management “Pay Yourself 1st” kalau bukan BJ (aku dah amalkan). Sapa lagi nak ajar “loan/cagar property”, “francais”, retail, trading suma… banyak betul jasa BJ ni kat aku.. sabo je lah..

  6. dikmal Berkata:

    Salam semua,

    wah panasnya..panasjuga kat ampang ni… :) sesungguhnya, melalui Bj la saya tau pasal cashflow,saya belajar cashflow, saya beli buku Robert Kyosaki.

    Melalui BJ jugalah saya sedar perlunya kita beri lebih pendedahan dan menghidangkan perbincangan-perbincangan yang berilmiah. Ini tidak, hal hal lain dibiarkan dibincangakn melarut-larut. Tetapi ilmu di senyap-senyapkan.

    Bukanlah hendak menunding jari, tetapi bangsa Melayu sendiri perlu saling menyokong barulah kehadapan. Ini juga hasil yang dapat diperolehi melalui BJ.

    Pada saya, bukan Melayu menjadi isu, tapi saya lebih gemar siasatan menyeluruh dibuat. Saya dapat rasakan, perkembangan siasatan nanti bakal berlarutan.

    p.s:melalui BJ juga, orang ramai didedahkan dengan buku-buku yang dpat membantu tahap ilmu mereka. Kalau nak harap sendiri baca, berapa orang saja. Uh sungguh tidak berpatutan fitnah yang dilemparkan .:)

  7. Faiz Sulaiman Berkata:

    heh..sume tau fitnah tu dose,tp buat gak. satu Malaysia plak tu yg bace. nak kumpol berape byk lg dose. klu dose tu bleh convert jd USD ke, GBP ke, takpe la.berbaloi sket..
    Bile masela BJ buat skim cepat kaye, internet investment la, hape la..kelaka siot. pasni utusan bleh tuka jadi komik la.buat komik bersiri..mmg org suke bace.

  8. dikmal Berkata:

    komik bersiri…hehehehhe…

    dapat convert jadi USD…leh kayo den! :p

  9. Faiz Sulaiman Berkata:

    eh, bleh kaye plak org tu klu bleh convert USD??mesti selalu buat nie=) hehe..

  10. ibnuhassim Berkata:

    Aku pun baru dok intai-intai belajar cash flow kat situ..

  11. Badruzamani Bin Azmi Berkata:

    Mari sama – sama bersihkan nama baik WangCyber.Com. Kat situ la selama ini, ‘padang’ yang mengumpulkan ramai usahawan dan bakal usahawan internet ‘berlepak’. Kalau tak ada nanti, kat mana kita nak ‘lepak’ lagi?

    Keep your good work.

  12. alirfan Berkata:

    ibnuhassim :
    ooOO.. Layan cashflow jugak ke? aku tak sempat2 lagi nak blajar tu..

    Badruzamani Bin Azmi :
    betul tu abg zamani.. next time kita lepak kat YM je la..hehe..

  13. Esprit De Corps » Blog Archive » Utusan Malaysia: BicaraJutawan dipantau kerana offer skim cepat kaya? Berkata:

    [...] En. Aku 2. The Baker’s Place 3. Dikmal 4. Alyani 5. Labanon 6. Melor 7. Irfan 8. x-kl 9. Kumbang 10. AhmadRidzuan 11. LinnComel 12. [...]

  14. pakdi Berkata:

    “Laman ini telah dibangunkan oleh seorang yang dikenali sebagai Pakdi adalah seorang penasihat kewangan dan pelaburan saham di papan bursa yang disegani.”

    e-fun, rasanya yang ini perlu di edit / dipadam. kenyataannya agak misleading. “penasihat kewangan” tu tidak tepat. dan belum disegani lagi. jauh lagi perjalanan ini.

    cukuplah menyebut pakdi adalah konsultan / trainer untuk usahawan muda dan juga seorang pelabur kecil di Bursa Malaysia.

    mohon diedit / dipadamkan terus.

  15. ImoImora.com! Mentor E-Biz Remaja Malaysia | Motivasi Remaja Berjaya | Semangat | Kejayaan | » Blog Archive » WangCyber.com + Skim Cepat Kaya = Biar Betul? Berkata:

    [...] E-Fun [...]

  16. alirfan Berkata:

    Ok, pakdi.. sudah diedit. Harap dimaafkan ya.

  17. Mohd Sufian | Rahsia Perniagaan Internet Berkata:

    Skim cepat kaya (SCK) dan WangCyberDotCom

    Boleh dikatakan ini adalah satu topik hangat yang sedang diperkatakan. Wangcyber dan beberapa forum lain telah dikaitkan dengan skim cepat kaya (SCK). Kenyataan ini sememangnya tidak masuk akal. Bagaimanakah satu forum perbincangan untuk usahawan-usaha…

Tinggalkan Balasan