“APA AWAK CAKAP??”
PANGG!!!!!!!!!!
Lempangan berbisa tahap meneran di puncak gunung…letakkan pipi kau di celah tingkap dan hempaskan ia. Apa yang kau rasa? Itulah ibaratnya.
Pipi ini masih terngiang-ngiang akan kebasnya lempangan itu (cehh..). Sesekali melihat cermin, pipi ini akan selalu kubelek-belek. Nama dia akan kusebut-sebut. Tanpa lempangan itu, takkan aku merasa sejuknya salji atau putihnya sakura itu. Mungkin juga merahnya puncak Fuji mampu dilihat di poskad saja.
Petang itu, aku ke kelas agama tak macam biasa. Kalau tak, belukar belakang sekolah jadi markas. Main gasing, kereta mini Tamiya, macam-macam yang kami buat. Mungkin di Luh Mahfuz sudah tertulis, aku akan lalui ini semua.
(Perhatian, kisah ini yang terpanjang pernah ku tulis..awasi waktu anda)
Jadi kebiasaan, selepas sekolah kebangsaan waktu pagi,kami takkan terus pulang ke rumah. Memandangkan rumah kami nun jauh di ceruk hulu sana, apatah lagi sekolah agama dan kebangsaan sepelaung jaraknya, maka kehidupan persekolahan 9jam sudah lama sebati dalam diri. Tamat sesi sekolah kebangsaan, kami akan bertukar pakaian dan terus berjalan ke sekolah agama.
Al-kisah petang itu, Ridhwan, kawan rapatku tak pakai kasut putih. (beliau pengawas di sekolah kebangsaan, jadi, kasut hitam jua yang dipakainya dek terlupa nak bawak yang putih).
“Ridhwan, mana pegi kasut putih kamu? Berapa kali saya nak cakap? Sekolah agama pun masih ada peraturannya. Saya tengok, bukannya awak orang susah pun.”
entah mengapa angin Ustaz Fakih lain semacam.
“Saya terlupa ustaz. Tapi, semalam Hilmi pun terlupa jugak. Ustaz tak cakap apa-apa pun?” Ridhwan tetap membela diri. Biasalah, budak-budak..lubang guni dah ditutup, dilubangkan lagi yang lainnya.
Aku memang tidak bersangkut paut dalam hal ini. Bukan dilantik sebagai hakim, apatah lagi ditabal menjadi polis. Sebagai pemerhati, memang aku bebas untuk mengulaskan apa sahaja bersendirian.
“Alaa..dah memang ustaz pilih kasih..” getusan kerdil di pelosok hati.
Apakan daya, seakan takdir terciptalah ajaib, ayat itu terucap di lidah. Cetusan hati menjadi bisik, aku yakin cuma aku sendiri yang mendengarnya.
Malang sekali, telinga Ustaz Fakih secekap kelawar, dapat menangkap setiap butir sayup bicara itu.
“APA AWAK CAKAAAP??” suaranya menjerkah ruang kelas.
Melenting jadinya. Berlari-lari anak menuju aku. Diangkat lengannya searas siling.. mengambil posisi menghadap tenggara..
lalu…
PAAANG!!!!!
Sedar-sedar, aku di bawah meja.. dengan kerusi yang terpelanting.
Berpinar-pinar, yang kelihatan cuma bulan, bintang dan planet berlegar-legar di atas kepala. Pipi ini terasa kebas ya amat. Sesekali pandangan jadi kabur.
Perasaan ini berkecamuk. Ku toleh kiri, hina. Ku toleh kanan, caci. Terasa satu dunia sedang mengeji. Aku tak dapat terima kenyataan ini. Malu ini tak ditutup lagi, lebih malu daripada bertelanjang di pasar tani.
Lempangan itu mengejutkan semua orang. Ustaz Fakih yang terkenal dengan “cool”nya, bertukar jadi raksasa biru bermata tujuh. Leterannya selepas itu terawang-awangan. Aku masih dalam dilema, adakah mimpi? atau Tidak Realiti? yang pasti bukan kedua-duanya..IA MEMANG TERJADI!!!
Sepanjang kelas aku tertunduk. Malu dengan ustaz. Malu dengan orang sekeliling, malu dengan diri sendiri. Jika sebelumnya, ke mana sahaja kawan-kawan di pinggang, kini semuanya hilang. Aku banyak menghabiskan waktu rehat di belakang bangunan tanpa teman. Kadang-kala, memang sengaja aku larikan diri dari mereka semua. Cerita aku ditampar Ustaz Fakih dengan dahsyatnya sudah tercanang di sana sini. Hatta di sekolah-sekolah lain sekalipun, nama aku dah dijaja tiada harga.
Entah mengapa, hati ini menjadi gusar. Aku memang bercita-cita untuk meminta maaf dari Ustaz Fakih. Namun apakan daya, lidah ini memang tajam, tapi untuk mengucapkan kata maaf, menjadi tumpul kaku sekeras batu. Setiap hari dibelenggu kerisauan, keresahan dan rasa bersalah yang tak mampu dibendung lagi.
Kehidupan aku yang berubah drastik, sedikit sebanyak membawa makna yang tersendiri. Agak memeranjatkan semua orang apabila keputusan peperiksaan aku setiap tahun meningkat mendadak. Ketika itu, lagenda seorang bernama “Balqis” yang setiap tahun memegang tangga teratas tak lagi jadi sebutan. Memang namaku yang jadi pengganti. Bukan aku saja, malah ustaz Fakih, kawan kelas, sehinggakan guru besar pun terkejut. Seorang yang dulunya kaki ponteng, sudah berubah
segala-galanya.
Sampailah pada suatu hari, tatkala hari itu adalah hari terakhir dalam perkhidmatan Ustaz Fakih di sekolah, beliau memberi ucapan yang amat bermakna dalam perhimpunan. (Beliau dinaikkan pangkat menjadi pegawai agama di Jabatan Agama.)
Ucapan syahdu ini, benar-benar menyentuh hati. (Aku cuma tuliskan setakat apa yang mampu diingat)
“Ini mungkin menjadi ucapan saya yang terakhir sepanjang karier saya sebagai pendidik. Jika dahulu, hati saya pernah terguris, pasti esoknya dah saya lupakan. Tapi, gurisan yang ini benar-benar memberi kesan pada saya sampai bila-bila.
Saya juga seorang manusia. Tak lari dari membuat kesilapan. Saya akui saya agak emosional ketika itu, dan memang saya tak dapat untuk mengawal perasaan.
Namun, ingatlah anak-anak. Jika ada ustaz ustazah yang marah, bukan bermakna dia jahat. Tapi kerana Sayang. Jika dia puji, bukan bermakna dia mengangkat. Tapi untuk semangat.
Secara peribadi, saya nak memohon kemaafan pada seseorang. Tapi, biarlah ucapan ini diucapkan di depan anak-anak semua. Saya mahu dia, dan anak-anak semua tahu, bahawa saya sayangkan kamu semua.
Dan saya takkan pernah menyimpan dendam, apatah lagi kejam untuk tidak memaafkan orang lain. Perubahan dia benar-benar menyentuh hati saya. Saya amat berbangga dengannya.
Sekurang-kurangnya, pengunduran saya ini sedikit sebanyak meninggalkan sebuah permata.
Tak perlu lah saya nyatakan siapa orang itu. Semua orang pun sedia maklum. Untuk anak-anak semua, contohilah dia dan jadilah anak yang baik. Doakan ibu bapamu, doakan guru-gurumu.
bla bla bla bla…(aku pun tak berapa ingat ucapan lepas tu)
Saya mengucapkan selamat maju jaya, dan mendoakan anak-anak semua menjadi khalifah berjaya, baik di dunia mahupun di akhirat”
Sungguh tak diduga, airmata kami semua begitu murah, berderai jatuh mencurah-curah. Ucapan Ustaz Fakih benar-benar membuatkan kami semua sayu.
Selepas waktu sekolah, sempat juga aku berjumpa dan bersemuka dengan Ustaz Fakih. Bak anak yang rindukan seorang ayah, kami berpelukan erat. “Saya minta maaf, ustaz..” Sesungguhnya
perpisahan itu amat memeritkan.
S. A . Y . A . N . G
Tidak tahu ke mana lagi perkataan ini harus kuucap. Sesungguhnya aku menyayangi Ustaz Fakih. Alangkah bahagianya jika Ustaz Fakih membaca ini semua.
—————————————————————————————
Tak kisah la kalau tak ada orang yang baca cerita ini. Apa yang penting, kerinduan itu tetap juga hadir, lebih-lebih lagi pada seseorang yang banyak berjasa pada kita. Semoga Ustaz Fakih sihat dengan banyak beribadah…. amin..
[Episod Pertemuan Semula dengan Ustaz Fakih]
peristiwa ini takkan aku lupakan jugak. Tapi, nanti lain hari lah aku taip ye?
Nak pegi Ngorokkkk….
Januari 24, 2007 pukul 8:10 am
huhu..sedih ceta ni..sy pun mengeluarkan air mata..dlm hati je la..apa2 pun mmg cikgu tu sorng yg mulia..
Januari 24, 2007 pukul 12:15 pm
OK Bro. Linkkan saja. Salam muhibbah.
Januari 24, 2007 pukul 1:37 pm
Salam, sangat syahdu dan hampir2 menitiskan air mata membaca kisah ini. Ceritanya menggabungkan unsur-unsur lucu dan sadis, membuatkan jalan cerita tidak hambar dan membuatkan pembaca tidak kering gusi. Selain itu, penulis juga tidak lupa untuk menitipkan nilai-nilai moral atau pengajaran yang boleh diambil daripada cerita tersebut. Tahniah, anda memang berbakat.
Januari 24, 2007 pukul 1:45 pm
ha.. ni mesti mardiah pk crita ni crita rekaan..
mardiah..
ini butul2.. bukan rekaan ye??
Januari 25, 2007 pukul 12:40 am
salam ziarah. nanti saya add anda
Januari 25, 2007 pukul 12:53 am
entri blog kau bagus aku suka sebab sempoi. join projek kami kat
http://tanahseberang.blogspot.com
Januari 25, 2007 pukul 9:17 am
aku sker potongan ayat`Malu ini tak ditutup lagi, lebih malu daripada bertelanjang di pasar tani.`..prnah buat ke kt pasar tani?nih bukn ko prnah cter kt aku dkt bilik ko dlu ke?..hehe…ape2 pn tahniah sbb dilempang…
Januari 25, 2007 pukul 10:16 am
Basri:
insyaAllah aku join projek tu lepas aku setelkan projek JAKUN II tu.. ko join projek JAKUN x??
Men:
Hoho.. bagusla Men ni.. ingat lagi cite tu ek? terharu aku ade kwn cmni.. KANDOUU!!
Januari 25, 2007 pukul 10:32 pm
Salam again, hehe, saye mmg tahu ini adalah kisah benar, bukan rekaan mahupun cobaan. Sebab itulah saye rase anda mmg berbakat. Bukan semua orang boleh menceritakan pengalaman atau kisah silamnya, dengan berkesan sekali. Saye rase anda mesti mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan, betul tak? Kalau belum, mungkin anda boleh menyertai Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) atau mana-mana grup karyawan atau penulis yang ada untuk mengasah bakat yang sedia ada. Untuk makluman, grup GKLN gabungan grup ADABUNA akan menganjurkan Bengkel Penulisan dan Puisi secara online.
Januari 25, 2007 pukul 11:37 pm
Uhum… Saya gagal berkata apa2pun….
Januari 26, 2007 pukul 3:52 am
mardiah:
memang minat, aritu dibah meow (klik kt blogroll) ada cerita jugak… nanti ape2 inform pkembangan k?
ubie79:
hoho..ubi, tang mana tuh? tang pasar tani ka?
Januari 26, 2007 pukul 6:47 am
baik betul ustaz itu…aku pernah dimasukkan bangkai cicak ke dlm mulut aku olh ustaz aku kerana kenakalan aku..dan juga pernah di pukul menggunakan kerusi dan batang penyapu..sampai skrg mereka2 ini tidak pernah meminta maaf.
namun aku tetap juga mendoakan kesejahteraan…=(
Januari 26, 2007 pukul 6:48 am
maksud aku kesejahteraan mereka..=(
Januari 26, 2007 pukul 8:31 am
heeem… sedih jugak dgar citer ni,rasa syahdu jee,berguna sungguh pelempang tu ye…
Januari 26, 2007 pukul 8:33 am
tapi mase yang aku kenal ko kat sekolah agama sungai tongkang nampak cam budak skema jee…tak ada tanda-tanda cam budak nak mtak pelempang je,hehhehe..
Januari 26, 2007 pukul 10:32 am
ceh..tu cite lame la bayah.. mase aku kcik2.. ms aku kt tongkang tu zaman dewasa sket.. keh2..
Januari 26, 2007 pukul 11:27 pm
pergh..
Januari 27, 2007 pukul 1:22 am
Salam kenal,
Terimakasih kerana sudi berkongsi cerita yang menyentuh jiwa dan rasa. Betapa besarnya kesan perkataan MAAF. Pendek tetapi susah sangat manusia nak sebut. Moga jaid pengajaran pada kita.
Januari 27, 2007 pukul 9:16 am
ok dah link!!
Januari 28, 2007 pukul 9:57 pm
jangan minum air kacang soya ya!
Januari 29, 2007 pukul 11:46 pm
salam. bengkel penulisan (puisi&cerpen) tu akan diadakan sabtu(3 feb) insyaAllah. Kalu x silap, yg bukan peserta(i.e. x ade karya utk dibedah/dibincangkan) pun boleh join, tp sbg pemerhati lah. Boleh add Huda Zakaria (yahoo id: tecolpet) or Hafez Iftiqar (yahoo id: hafeziftiqar) or Hisyam (yahoo id:ise_sekoda) utk minta join bengkel. setakat ni tue je, and oh ya, GKLN sedang dalam perancangan untuk melahirkan Antologi Cerpen GKLN pula, selepas kelahiran sulung Antologi PUISI. Anyway, kalau berminat, boleh tahu lebih lanjut dengan melawat: http://gkln.blogspot.com/ wallahua’lam, wassalam.
Januari 30, 2007 pukul 6:17 am
erm.. OK, thanx mardiah for your info..
Januari 31, 2007 pukul 6:50 am
“Sekurang-kurangnya, pengunduran saya ini sedikit sebanyak meninggalkan sebuah permata.” —– itulah harapan seorang guru.. walau tak semua anak murid, sekurang2nya pengorbanan mereka membuahkan hasil… ape pun, aku kagum dengan keteguhan ko menghadapi dugaan yg cukup besar ni ketika usia baru nak meningkat dewasa…-peace-!
Januari 31, 2007 pukul 7:15 am
salam.aku tak tau nape aku tetap suke citer ni,macam ada tarikan utuk aku baca walaupun aku dah baca,aku rasa sedikit sebanyak dapat mendidik aku tentang erti kesabaran seorang pendidik.
Januari 31, 2007 pukul 9:44 am
hmm best best.
Januari 31, 2007 pukul 9:46 am
dah empat kali aku baca crita ni tp smpai la ni xsmbg2.. bila nk smbg [Episod Pertemuan Semula dengan Ustaz Fakih] kau tu?
Februari 6, 2007 pukul 3:13 pm
ipe, cito betol ko nih? sedih gilo…nk jjerik doh nih….tp mujo la dok tengho CAL…x jadi…wahahahaha
Februari 11, 2007 pukul 7:52 am
hahaha…lucu-lucu…
Tapi best sungguh pengalaman kamu.
Cara penulisan kamu buat aku gelak golek-golek. hehe
(ayat skema sih)
September 17, 2007 pukul 6:01 am
[...] Tiba-tiba terpacul ayat itu dari mulutku. Tanpa dikawal. Monolog bertukar dialog. Jujur yang tak tepat pada masanya adalah suatu yang membahayakan. (penyakit bahaya ini aku alami bila keadaan agak mendesak. Aku pernah melaluinya sebelum ini). [...]
September 18, 2007 pukul 8:20 pm
Tak guna. Tanak nangis..tanak nangis..
September 19, 2007 pukul 3:42 am
titan :
haha.. sememangnya kita manusia biasa.. ada emosi yang bisa tersentuh.. sekeras mana hati seseorang, pasti pernah menangis jugak kn?
Desember 4, 2007 pukul 12:59 am
irfan..
sy baru lepas kesat air mata nih..sebak cerita nih..saya membayangkan keadaan ketika di alam sekolah agama (di negeri johor)..
teruskan bakat menulis..moga satu hari nnt nama irfan akan sebaris dengan penulis-penulis ternama…
Desember 17, 2007 pukul 6:58 am
sedih ade..lawak pon ade..hehe
Januari 9, 2008 pukul 4:45 am
salam..terkedu seketika…
anda memang hebat!
Februari 14, 2008 pukul 3:30 am
ermmm..berair gak bijik mata neh…
Februari 26, 2008 pukul 8:17 am
Great story with great style of storytelling. Byk pengajaran yg dpt diambil dr kisah saudara ini.
Maret 23, 2008 pukul 2:20 pm
hmm…speechless…sedih sangat waktu saat -saat seolah-olah anda dipulaukan…tapi tahniah cz mengambil semua cabaran-cabaran tu sebagai satu inspirasi untuk awak terus berjaya…
April 8, 2008 pukul 2:25 am
Saya pun pernah jugak kena tampar kat depan orang ramai…hehehe…
budak nakal la katakan…masa tu buat suara katak dalam kelas… ajak la kawan sekali… apa lagi…kena panggil lepas tu sorang-sorang kena lempang… fuh! memang kebas !! dan pedas !!
p/s: lepas tu tobat tak buat dah….hehehe
Mei 24, 2008 pukul 3:52 am
wow..sungguh sadis sehingga menitiskan air mata. teringat balik peristiwa kena marah dengan cikgu arshad (cukgu add math). irfan ok lagi, hanya rakan sekelas je yang nmpk peristiwa kena tampar. kita, satu bgnn akademik (ms prep mlm) dgr suara cikgu arshad melepaskan kemarahan. malu rasa nak ddk dlm kelas. tapi nsb baik semua mustarian memahami. cikgu zamri (kaunselor) yg byk memberi semangat.
mana sambungan cerita?