Kembalikan PC anda ke waktu silam..

Aku sering mendapat keluhan daripada kawan-kawan sebab masalah-masalah yang membelenggu PC mereka.. Walaupun aku bukanlah seorang pomen PC, tapi sedikit sebanyak aku “terpaksa” juga untuk mempelajarinya semata-mata untuk diri sendiri dan orang lain.

Masalah yang sering berlaku:

1. Terkena penangan Virus Teruk-jan (Trojan la tu), Spyware, Cecacing (worm.. hehe..) DLL

2. PC mengalami gangguan pelik (santau, disihir, sakit, meracau dan sebagainya..)

3. Tertekan Link pada Emel/mesej YM sampah (SPAM) yang menyebabkan PC diceroboh dan terkena gangguan seperti no.2

Jawapan yang aku berikan sudah pastinya “Perisian Anti-Virus”. Ramai juga kawan-kawan aku yang masih belum ada antivirus ni. Bila dah terkena nanti, barulah sibuk ke sana sini mencari jalan bertanya rakan. Pernah dengar pepatah “Sudah terhantuk baru nak tengadah“?? (Rasanya kawan kita Si Yeh tu pasti tak tahu..hehe gurau k?).

Tetapi, ingat ya.. Membuang virus-virus seperti ini bukanlah seperti makan kacang Cap Ayam. Apatah lagi jika ianya adalah sejenis virus yang baru dicipta dan perisian Antivirus anda sukar untuk mengesannya.

Bila dah penat berusaha…pasti ramai orang gunakan jalan terakhir..iaitu “FORMAT”.. huhu..

Bila Format, pastinya perisian-perisian yang sudah sedia ada akan terpadam dan kita perlu untuk meng’install’kannya semula. Sedihnya.. ;_(

Jadi, saya ingin menyarankan alternatif lain untuk langkah terakhir, jalan yang lebih baik daripada “Format” dan selamat. Iaitu “System Restore” yang sudah sedia ada pada PC Windows anda. (mungkin ramai sudah tahu, ramai juga tidak tahu)

Baiklah, kali ini aku nak buat kelainan berbanding tutorial sebelumnya. Kita belajar dahulu.. baru aku akan terangkan kelebihan “System Restore” ini..

PERTAMA. Tekan “Start”, “Programs”, “Accessories”, “System Tools” dan “System Restore” seperti gambarajah di bawah.

 

KEDUA. PilihRestore my computer to an earlier time” dan tekan “Next”. (Untuk “Create a restore point”, pastikan PC anda tidak mengalami masalah kesihatan sebelum berbuat demikian ya?)

 

KETIGA. Pada bahagian ini, pilih tarikh sebelum PC anda dijangkiti virus (katakan PC aku terkena virus pada 20 Januari, jadi aku pilih tarikh 18 Januari untuk PC aku kembali seperti keadaan sebenar pada tarikh tersebut) Selepas klik tarikh, sila klik pada ruangan waktu System Checkpoint. (Harus diingat, hanya tarikh yang berHURUF TEBAL sahaja yang boleh dipilih). Klik Next.

EMPAT. Terakhir, pada paparan berikutnya, ada ruangan untuk anda memastikan sekali lagi tarikh yang telah dipilih. INGAT.. pastikan tarikh itu betul. Akhir sekali, Tekan “Next“. PC anda akan di’restart‘kan untuk tujuan “reboot” dan “restore” untuk jangka masa yang agak lama, bergantung tempoh tarikh yang anda tetapkan.

 

Selepas tamat semua proses, ikut arahan yang diberikan olehnya. Pada waktu itu, anda akan merasakan seolah-olah PC anda sudah kembali ke keadaan asal pada tarikh yang anda tetapkan. Dari segi susunan fail, fail-fail yang anda sudah buang, semuanya akan kembali ke keadaan pada tarikh itu.

 

Kebaikannya:

1. Cuma perisian dalam tempoh “flashback” sahaja yang akan hilang. Jadi anda tidak perlu bimbang untuk meng”install”kan semua perisian yang sudah sedia ada. (amalkan menyimpan fail-fail “installer” setelah anda men”download” sesuatu perisian) .

2. Cuma fail-fail baru sahaja yang akan hilang. Jadi, anda perlulah melakukan “backup” dengan menyimpan fail-fail yang dirasakan perlu (sepanjang tarikh pilihan) ke dalam “pendrive” atau “hard disk” yang berasingan.

PERINGATAN: Tidak semua PC boleh melakukan “restoring” atas sebab-sebab tertentu. Aku pun tak pasti apa puncanya. Jadi, “Format” adalah pilihan anda. Jika anda mempunyai cadangan, silakan ya?

Sekian sahaja kelas tutorial pada hari ini. Jika mengalami masalah, utarakan saja bincangkan bersama. Selamat Mencuba..

NOTA: Komputer terkena virus ada
ubatnya, virus pada “sikap” kita macam mana?

Apa anda fikirkan?..

8 Respon untuk Kembalikan PC anda ke waktu silam..

  1. tilmiiz mengatakan:

    laptop aku crash..so solution paling baik kena gi AIB kan? kua duit beli baru…wakakaaka

  2. zwan yg hensem mengatakan:

    cmne nk tau pc kita yg skg ni sihat?yela …sblm restore kena pastikan pc sihat kan?klu kita pilih tarikh mula2 kita beli pc dlu…abis prog2 yg lepas tarikh tu nnt terpadam ke?lg satu..ni plg penting….asal aku punya blog tk termasuk dlm blogroll kau_?

  3. Al-Irfan mengatakan:

    erm..utk tahu PC anda sihat.. lakukan Defragment (Accessories > System Tools > Disk Defragmenter) , kemudian buat imbasan Anti-virus untuk memastikan cakera keras anda tidak berpenyakit.. (skema la plak ayat aku ni)..

    nanti aku letakkan, bagi aku URL blog ko ya?

  4. amalina mengatakan:

    senpai…pc sy still xleh restorelah….but dah xder attack cam ritu tu….alhamdulillah….

  5. Al-Irfan mengatakan:

    aik?? peleknye pc ko?? dh restore la kot, mybe ko xprasan agknye keadaan die dh mcm sdia kala..

    kalo nk test, cube ko check status YM ko? brubah x mcm tarikh time tu? sbb pc aku pn bile dh restore mcm xde prubahan, tp bile tgk file dalam folder cookies, byk yg dh ilang..

  6. amalina mengatakan:

    lepas restart pc tuh…die kuar msg ‘sytem restoration umcomplete.plz choose another date and start a new sesion…” xkuar pun mcm yg senpai kata y last tu…
    dou shiou shitara ii desuka?sy rase tarikh sume xder perubahan..mcm xwat restoration pun…

  7. amir yg kakkoiii naa mengatakan:

    weh
    dah pindah ka
    amboi
    luas nya umah depa
    leh tumpang menginap setahun dua??

  8. miza mengatakan:

    assalamualaikum,
    thank sla bro..
    i’ll try..

Tinggalkan Balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.